TV3 MENUTUP TIRAI 2017, SIAR DRAMA BAHARU
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua akan menginjak ke tahun baharu dengan pelbagai azam baharu ditanam di dalam diri masing-masing.
Jika ketika ini anda masih belum ada perancangan untuk meraikan tahun baharu di luar tetapi sekadar berehat santai sahaja di rumah terutamanya bagi mereka yang masih di kampung halaman masing-masing... barangkali peti tv lah teman seharian.
Jika malas hendak ke luar dan duduk di rumah sahaja bersama keluarga apa kata di minggu terakhir tahun 2017 ini anda menonton tv sahaja lah. Banyak program menarik di sediakan sebenarnya.
TV3 contohnya mempunyai 'line up' yang cukup menarik untuk mengisi waktu lapang anda ketika masih bercuti ini. Nak tahu apa meh baca seterusnya ya...
TV3
bakal memaparkan empat buah drama baharu bermula pada 26 Disember ini.
Ya...para penonton akan disajikan
dengan tiga drama baharu iaitu Iris: Bilo Nogori Jupo Kelate, Akasia: Kekasih
Paksa Rela, dan Seramedi: Kisah Yang Hilang.
Manakala, bermula pada 28 Disember
2017 pula, slot drama Lestary: Cinta Hati Batu akan bertemu penonton di TV3.
Jika nak tahu sinopsisnya dipersilakan 'layan' di bawah ini ya...
IRIS: BILO NOGORI JUPO KELATE
TARIKH SIARAN: Isnin – Khamis, 26 Disember 2017
MASA : 6.30 petang
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Nazrief
Nazri, Mia Ahmad, Hanna Aqeela, Tisha
Shamsir, Didie Alias, Kuna, Mat Over
Adat dan
budaya merupakan identiti sesebuah masyarakat. Pastinya setiap masyarakat mempunyai
adat resam serta gaya kehidupan yang mereka banggakan. Namun bagaimanakah keadaan
jika dua pasangan yang berasal dari negeri berbeza yang begitu kuat memegang
tradisi masing-masing diikatkan dalam pertalian yang sah? Noah (Nazrief Nazri)
dan Safiya (Mia Ahmad), baru sahaja berpisah dengan pasangan masing-masing,
membuat keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan hanya dalam tempoh enam
bulan. Konflik mereka bermula apabila tiba masanya untuk bertemu dengan
keluarga masing-masing yang mempunyai banyak perbezaan. Dapatkah keluarga
Noah yang berasal dari Negeri Sembilan bersatu dengan Safiya yang berasal dari
negeri Kelantan, pastinya mengamalkan adat resam yang berbeza daripada mereka?
AKASIA: KEKASIH PAKSA RELA
TARIKH SIARAN: Isnin – Khamis, bermula 26 Disember 2017
MASA :
7.00 malam - 8 malam
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman,
Dayang Areeda, Fizz Fairuz, Emelda Rosnaida, Aman Graseka
Kehidupan bermadu sememangnya tidak pernah manis
bagi kaum hawa yang sentiasa menganggap diri mereka mangsa penipuan. Apatah
lagi apabila mereka dimadukan tanpa pengetahuan mereka. Remy Ishak, Ain Edruce,
dan Intan Najuwa akan menceritakan situasi itu dalam Drama Akasia: Kekasih
Paksa Rela ini. Berkisarkan tentang Adham (Remy Ishak) dan
Rosnaida (Ain Edruce) bernikah
selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu,
hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan
oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka. Berputus asa
dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan
melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. Ketika
ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan daripada kejahatan ayah
tirinya. Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham
memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik
institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba. Sanggupkah
Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan
meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?
SERAMEDI: KISAH YANG HILANG
TARIKH SIARAN: Isnin – Rabu, bermula 26 Disember 2017
MASA :
10.00 malam - 11.00 malam
PENGARAH : Mohd Azaromi Ghozali
PRODUKSI : Metrowealth x MindOrder Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Eyka Farhana, Epy
Kodiang, Aizat Hassan, Wan Gegau, Fathil Dani
Fatah Aqil (Izzue Islam), seorang penulis novel romantik dan
aksi yang terkenal di Malaysia
sehinggakan karyanya juga diangkat untuk menjadi filem oleh penerbit-penerbit
terkenal di Malaysia. Pada suatu hari, setelah menghadiri
majlis pratonton filem seram
timbul keinginannya untuk menulis novel bergenre seram. Namun, apabila
Aqil mula ketandusan idea, Aqil bersama rakan baiknya
Baihaqi, mengembara ke sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Ajal. Di
situ, Aqil meminta izin daripada Tok
Penghulu untuk mengumpulkan kisah-kisah seram yang tidak pernah diceritakan
oleh sesiapa lagi. Di kampung itu, Aqil berkenalan dengan Sabri, Asmat dan
Johan yang kemudiannya menjadi sahabat baiknya. Selain mereka, Aqil turut
berkenalan dengan seorang gadis cantik manis, Suri Bakawali. Melalui bantuan mereka,
Aqil mula mengumpul cerita-cerita seram yang diingininya. Namun, ketika Aqil mahu mula menaip kisah-kisah seramnya,
computer
riba yang dibawanya rosak dan
Suri menggantikannya dengan sebuah mesin taip lama milik datuknya. Tanpa
disedari Aqil, setiap kisah seram yang ditaipnya menjadi kenyataan. Pada
awalnya, Aqil tidak menyedari hal ini namun lama-kelamaan dia seperti dapat
mengesan sesuatu yang aneh tentang kampung tersebut. Aqil mula menyiasat
sendiri dan pelbagai peristiwa berlaku pada dirinya sehinggalah dia menemui
kebenaran bahawa kampung tersebut.
LESTARY: CINTA HATI BATU
TARIKH SIARAN: Rabu dan Khamis, bermula 28 Disember 2017
MASA :
9.00 malam - 10.00 malam
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Primeworks Studio
PELAKON : Ashraf
Muslim, Aishah Azman, Fadlan Hazim, Ardell Aryana, Sasqia Dahuri, Fazren Rafi, Nadzmi
Adhwa, Indah Emeerlda DFKL
Cinta Hati Batu ini adalah sebuah
drama yang bertemakan cinta dan kasih sayang. Berkisar tentang Anith Fitriah
(Aishah Azman) yang hanya mahukan sebuah kisah percintaan yang sempurna, tetapi
akhirnya penderitaan yang diperolehinya. Perkahwinannya bersama Dzul Ehsan
(Ashraf Muslim) merupakan desakan dan aturan keluarganya hanyalah untuk melupakan
bekas tunangnya, Nik Afezal (Fadlan Hazim) yang terkorban dalam satu
kemalangan. Perkahwinan yang pada dasarnya atas niat yang murni, sebenarnya
membebankan Anith kerana Ehsan merupakan seorang duda beranak satu yang
dinamakan Aya (Indah Emeerlda). Walau bagaimanapun, Anith dapat menyesuaikan
dan melatih dirinya untuk menjadi seorang ibu yang penyayang. Sungguhpun
begitu, perkahwinannya bersama Ehsan terpaksa ditamatkan kerana perkahwinan
mereka tidak bahagia. Ketika berduka itu, Anith bertemu semula dengan
bekas tunangnya disangkanya yang telah meninggal, Nik Afezal. Anith mendapati
bahawa kematian Nik Afezal beberapa tahun dahulu sebenarnya hanyalah satu helah
keluarga Nik Afezal untuk memisahkan mereka. Setelah tiga tahun bertemu
kembali, Anith mula mencintai Nik Afezal semula. Walau bagaimanapun, Nik
Afezal sebenarnya sedang menghidap penyakit kemurungan yang menyebabkannya
sering bertindak diluar pemikiran yang waras. Dapatkah Anith menemukan
percintaan yang sempurna seperti yang diinginkannya?
Saksikan keempat-empat drama baharu
ini ketika mengira turun waktu di ambang tahun baharu 2018 bersama seluruh ahli
keluarga.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang rasmi TV3 (www.tv3.com.my)
atau laman media sosial rasmi TV3 di Facebook dan Instagram, @TV3Malaysia serta
laman Instagram rasmi drama TV3, @dramasangat. Saksikan juga siaran ulangan
drama ini di portal video nombor satu Malaysia, tonton di www.tonton.com.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan