Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DAPATKAN TIKET KE AJL32 PADA 9 FEBRUARI INI


Hello...sebelum lanjutkan cerita Kak Fas nak minta maaf sebab dah lama tak 'update' you alls... 

Ini gara-gara Kak Fas balik kampung  tengok ayahanda yang dah 'bed ridden' pastu ke Langkawi jap ada hal... 

Tetapi kini Kak Fas dah pun pulang ke Kuala Lumpur dan akan menyambung story-story yang anda sebagai pembaca setia kesayangan Kak Fas membaca waktu santai ya...

Ok Kak Fas mulakan dengan kisah Anugerah Juara Lagu ke 23 yang hanya tinggal 20 hari lagi ya...iaitu pada 11 Februari 2018 ini.

Dan baru-baru ini satu sidang media AJL telah pun berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota memperkenalkan 12 finalis dengan tema 'Fesyen dan Muzik' menjadi pilihan.

Seperti kata Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, memasuki edisi ke 32 AJL masih utuh mendominasi sebagai pentas terbaik mengangkat  usaha para pemuzik merangkumi komposer, penulis lirik dan juga penyanyi melalui penjurian profesional.


"Kami turut berbangga kerana tidak hanya mengiktiraf lagu terbaik, AJL dilihat menjadi pentas idaman para penyanyi untuk mempamerkan kualiti vokal nyanyian dan persembahan mereka. Selain itu, buat pertama kalinya demi menampilkan kelainan bersesuaian dengan tema yang dipilih, trofi AJL 32 telah disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini," tambah Johan.


Selain mahu menghayati komposisi lagu, nyanyian merdu serta bertenaga para finalis dan persembahan yang dipertaruhkan, penonton juga sentiasa ternanti-nantikan fesyen apakah yang bakal digayakan mereka. 

"Muzik dan fesyen sememangnya saling melengkapi. Kami merasakan tema yang dipilih pada tahun ini amat bertepatan. ujarnya lagi.

Mengambil kira transisi fesyen yang sentiasa berubah-ubah dari tahun 1986 hingga kini, pasti ramai yang masih ingat fesyen pilihan Ramlah Ram yang berani untuk berevolusi ketika itu dengan memakai baju berbentuk kunci dan hati.

Begitu juga jika melihat pada pemilihan fesyen terkini, Dayang Nurfaizah antara finalis yang dilihat peka dengan penampilannya di atas pentas. Beliau pasti tampil dengan persalinan mewah dan bergaya, bersesuaian dengan lagu yang disampaikan sehingga menjadi identitinya.  

Tidak kurang juga dengan pemilihan pakaian oleh Ning Baizura yang memakai baju kurung lusuh (Awan Yang Terpilu) dan Hafiz Suip yang tampil ringkas berbaju T, seluar track menerusi lagu Awan Nano.

Ringkas, namun pemilihan pakaian itu memberi impak yang besar dan melengkapkan lagi jalan cerita lagu yang disampaikan mereka. 

Setiap artis bebas bereksprementasi dan memilih bagaimana mereka mahu menyerlahkan ekspresi diri melalui muzik dan fesyen, samada bergerak seiring dengan peredaran zaman atau terus kekal dengan identiti walaupun dunia telah berevolusi.

Selain 12 lagu yang dipertandingkan, gandingan pengacara majlis turut menjadi tumpuan. 

Jika tahun lalu menampilkan Awal Ashaari, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fara Fauzana dan Fizi sebagai pengacara, tahun ini Alif Satar dan Sherry Al Hadad bakal menggalas tugas berat untuk mengacarakan AJL 32.

 AJL 32 dibawa khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+

Selain itu, Samsung akan menyumbangkan hadiah bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan juga Persembahan Terbaik. 

Pada malam AJL 32 nanti akan turut diserikan lagi dengan persembahan hebat oleh Stacy, AG Coco, Edrie Hashim, Waris, Awie, Siti Sarah, A. Rahman Hassan dan Jeffrey Din. 

ERNIE Zakri dan Haqiem Rusli (bawah) antara penyanyi generasi muda...

Berikut  12 lagu yang telah layak ke pentas AJL 32:


LAGU
KOMPOSER
PENULIS LIRIK
PENYANYI

1.        
AKHIRNYA, CINTA
Ajai
Slen
Salma

2.        
AKU CINTA
Syamel
Syamel
Syamel & Ernie Zakri

3.        
AKU YANG SEBENAR
M.Nasir
Ad Samad
Hazama  The Penglipur Lara

4.        
AMBOI
Navigator
Altimet
Altimet

5.        
BAYANG
Alam (Harry Khalifah)
Patrick Anohada
Khai Bahar

6.        
JAMPI
Hael Husaini, Ezra Kong
Hael Husaini, Ezra Kong
Hael Husaini

7.        
LEBIH SEMPURNA
Syamel, Edry Abd Halim & Boy Anaz
Syamel
Syamel

8.        
MENAHAN RINDU
Ibnu & Gouffran
Ibnu & Gouffran
Wany Hasrita

9.        
SEJATI
Faizal Tahir & Mike Chan
Faizal Tahir & Mike Chan
Azmi Caliph Buskers (Penyanyi Asal Faizal Tahir)

10.    
SEPARUH MATI KU BERCINTA
Ajai
Ajai
Dayang Nurfaizah

11.    
TERGANTUNG SEPI
Gouffran / Ibnu
Gouffran / Ibnu
Haqiem Rusli

12.    
WARKAH UNTUK MU
Hang Nadim
Laq
Ara Johari


ALTIMET,..
HAZAMA...
AJL32 POST PARTY RATED XTRA

Tambah menarik, AJL32 tahun ini turut menawarkan peluang buat penonton mengundi kategori Persembahan Terbaik pada malam kemuncak iaitu pada 11 Februari 2018 menerusi laman web www.xtra.com.my/ajl32

Undian yang hanya akan dibuka bermula jam 9.00 malam – 11.30 malam itu akan menyumbang kepada 50% markah keseluruhan manakala baki 50% markah adalah daripada juri profesional. Ketahui info finalis, berita terkini AJL32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran penstriman langsung menerusi LIVE TV di xtra yang dikuasakan oleh tonton bermula 9 malam.

Merancakkan lagi arena atas talian, tonton membawakan temubual eksklusif dan terkini bersama finalis dari belakang pentas AJL32 menerusi laman web www.tonton.com.my.

Buat pertama kalinya, tonton turut menawarkan 170 pas masuk VIP ke malam kemuncak termasuk akses penuh ke AJL32 Post Party Rated Xtra buat pelanggan bertuah. 

Ketahui cara memenangi pas VIP untuk akses penuh ke selebriti terkenal di malam AJL32 menerusi laman web www.tonton.com.my dan www.xtra.com.my. Ikuti siaran FB LIVE di laman Facebook @tontonMY bermula 11.30 malam sehingga lewat malam untuk merasai bahang kemeriahan acara AJL32 Post Party Rated Xtra yang menghimpunkan ramai selebriti selain finalis AJL32.

KHAI Bahar dan Hael Husaini (bawah) juga penyanyi angkatan baharu...

PENTAS AJL BERGERAK

Untuk merancakkan lagi AJL 32, TV3 dengan kerjasama Transit Aliran Massa (MRT) akan menampilkan dua penyanyi yang akan menyanyikan lagu-lagu 12 bintang AJL 32 secara akustik dari MRT aliran Sungai Buloh ke aliran Bukit Bintang. Seterusnya mereka akan singgah di gerai pop up Samsung di Bukit Bintang Untuk mengetahui siapakah penyanyi yang bakal membuat persembahan, jangan lupa untuk saksikan secara langsung menerusi LIVE stream di Facebook TV3Malaysia pada 20 Januari, nanti bermula jam 11 pagi.

UNBOXING AJL 32 X WAK DOYOK

Video kolaborasi bersama Wak Doyok ini akan memperlihatkan Wak Doyok meneka dan memberi komen-komen beliau mengenai pemilihan pakaian finalis AJL 32. Jangan ketinggalan untuk menonton kandungan-kandungan menarik yang disediakan bagi menyemarakkan lagi AJL 32, di laman Youtube TV3Malaysia.

PENGAMBILAN TIKET AJL 32

Orang ramai yang ingin menonton siaran langsung dan merasai sendiri bahang kemeriahan AJL 32 dijemput hadir ke Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Februari 2018 (Jumaat) untuk pengambilan tiket. Kaunter akan dibuka bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Tiket adalah terhad.

AJL 32 juga boleh di tonton secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my). AJL 32 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Berita Harian dan Harian Metro serta Geng Media Digital Ohbulan & Durian Stroberi!.

Layari dan dapatkan perkembangan semasa menerusi Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Gunakan hashtag #AJL32 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang anugerah ini di laman sosial.


Jadi you alls... siapa yang tidak mahu melepaskan peluang memeriahkan AJL32 ini jangan lupa tandakan kalendar anda pada 9 Februari untuk pengambilan tiket.

Cuba teka... siapa agaknya pemenang tahun ini ya? Ada kah Dayang bakal mengulangi kejayaannya? Atau pemenang tahun ini milik penyanyi generasi baharu?
SYAMEL... satu-satunya penyanyi yang mempunyai dua buah lagu bertanding dalam AJL32 tahun ini.
Corat coret:

Pasangan yang tidak asing lagi, pelakon Azrel Ismail dan Ruhanies sekali lagi dilihat berdua-duaan malah teka teki antara mereka ini kadang kala jadi keliru. Pernah akui sedang bercinta tetapi kadang kala menafikannya pula. Apa pun semasa ditemui Azrel mahu pun Ruhanies tetap tidak mahu memberikan kata 100% mengenai hubungan mereka.
"Kami sekadar kawan baik sahaja," jawab Ruhanies yang menganggap persahabatan mereka serasi. Kata Ruhanies, Azrel seorang teman yang baik hati dan selalu memberikannya nasihat serta tunjuk ajar. Kak Fas tengok wajah kedua mereka ini pun dah nak sama jadi kata orang tua-tua kalau dah ada persamaan itu jodoh akan berpanjangan... jadi apa tunggu lagi silalah wahai Azrel cepat-cepat hantar rombongan meminang ya.. tetapi jangan lupa jemput Kak Fas tau...

Kak Fas: Mula mengenali Azrel sewaktu menjadi artis residen MIG satu ketika dahulu dan orangnya memang seperti kata Ruhanies baik sangat... mudah mesra dan tidak sombong.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan