Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'ELEANOR' MENCIPTA SENI KECANTIKAN WANITA


'Being beautiful never goes out of Art"....

Begitu petikan sebaris ayat  Inggeris yang menjadi slogan kepada produk 'Eleanor' daripada jenama kosmetik 'Sasa" hasil buatan pengasasnya, Dr. Eleanor Kwok.

Jika diterjemahkan ia bermaksud 'menjadi cantik tidak terkeluar daripada seni'... 

Kak Fas rasa agak mendalam juga maksud yang ingin diterjemahkan oleh...'Eleanor' jenama kosmetik terbaharu dari Sasa ini.

Dijemput menghadiri majlis pelancaran dan memperkenalkan rangkaian kosmetik "Eleanor" baru -baru ini...Kak Fas berasa seolah-olah berada di sebuah majlis flora dan fauna gayanya apa tah lagi dekor pada sekeliling cukup pesona.




Selain peluang wajah dilukis tetamu juga diberi pilihan memilih lima jenis bunga untuk dijadikan bunga hiasan tangan.

Paling menarik perhatian Kak Fas sudah tentu product kosmetik 'Eleanor' itu sendiri... 'packaging'nya cukup menarik dan menawan hati.



Memang cantik...dan sesuailah Eleanor direka untuk mengintegrasikan solekan dengan estetika seni. Lantas bersandarkan konsep 'being beautiful never goes out of Art" itu, 'Eleanor' percaya setiap kehendak dalaman wanita untuk cantik menghasilkan satu seni.


Dekor yang menyerlah pada majlis pelancaran sudah cukup menggambarkan konsep produk yang estetik.

Setiap meja media/bloggers diletakkan rangkaian produk Eleanor untuk dicuba samada gincu bibir, bedak asas, foundation, eyeliner, maskara termasuk 'sponge' sekali pun.

Melihatnya sahaja Kak Fas dah jatuh cinta dengan desain produk ini...sebuah kunci kecil yang tergantung menambahkan lagi seri pembungkusannya.


Pendekata, tiada kata secantik bahasa yang dapat Kak Fas luahkan kepada rekaannya.
Malah melihat pada kehalusan dan kualiti produk Kak Fas dapat andaikan ia sebuah produk eksklusif.

Diperbuat di Jepun, negara yang terkenal dan kaya dengan produk kosmetik bermutu tinggi, Eleanor apa kurangnya.













Sejak diperkenalkan pada bulan Jun tahun lalu pada sebuah majlis pelancaran eksklusif di Sasa Hong Kong, Eeanor mendapat sambutan hangat malah dengan keberadaannya di pasaran Malaysia diharap produk ini terus menjadikan wanita ibarat karya seni yang cantik dan bernilai tinggi.

Kak Fas dan tetamu lain yang hadir begitu  asyik menyaksikan demonstrasi penggunaan kosmetik Eleanor bagi make up waktu siang dan malam... memang kelas dan cantik...terserlah kecantikan si pemakai gitu...

Dan terima kasih daun keladi kerana membekalkan kami dengan cermin eksklusif berserta beberapa produk Eleanor yang eksklusif itu.

Untuk info lanjut berhubung Eleanor boleh KLIK SINI.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan