'GARCINIA MAXX' MAMPU BANTU TURUN BERAT BADAN
JASON bersama atlet Nik Fariezal (kiri) dan Nadia Zuki memperkenalkan Garcinia Maxx... |
Wow! Besornya!….(tersembur loghat Perak huhu)…
Itulah reaksi pertama sebaik Kak Fas melihat ‘packaging’
produk yang dinamakan ‘Garcinia Maxx” ini.
Sepanjang Kak Fas membuat penuisan mengenai pelbagai produk
di pasaran ini pertama kali rasanya melihat sebuah botol ‘gergasi’ yang
memuatkan sejumlah 30 sachet produk minuman tambahan khusus untuk mengurangkan
masalah berat badan.
Pendekata, selepas habis kesemua 30 sachet di minum setiap
hari selama sebulan ko orang bolehlah mempelbagaigunakan botol ‘gergasi’
Garcinia Maxx berkenaan … ternyata memang tahap maksima lah hihi…sepadan
namanya… Maxx…
Dihasilkan daripada penyelidikan selama setahun oleh seorang anak muda, Jason Teo, 27. (bukan adik David Teo tau haha), “Garcinia Maxx” dicipta dengan rumusan yang berbeza daripada produk saingannya.
Dihasilkan daripada penyelidikan selama setahun oleh seorang anak muda, Jason Teo, 27. (bukan adik David Teo tau haha), “Garcinia Maxx” dicipta dengan rumusan yang berbeza daripada produk saingannya.
Apa keistimewaan dan bezanya anda tanya?
Jason memilih buah assam gelugor atau dalam bahasa pasarnya …asam keping sebagai
ekstrak utama dalam ramuan menghasilkan Gracinia Maxx.
“Buah asam gelugor kaya dengan pelbagai khasiat seperti HCA iaitu asid hidro
citrit untuk mengatasi masalah obesiti seraya membantu mengekang dan mengawal
nafsu makan sekali gus menguraikan sel sel lemak dari terkumpul di perut atau
otot,” jelas Jason.
Usahawan muda dan kacak ini ditemui pada sesi temuramah khas
bersama media dan bloggers di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya baru-baru
ini.
Melihat pada wajahnya yang cerah dan bentuk badan yang ‘fit’
tidak syak lagi Jason testimoni terbaik dalam memperkatakan mengenai
keberkesanan Gracinia Maxx ini.
Sebelum bercerita lanjut berhubung produk Jason terlebih
dahulu memulakan mukadimah dirinya yang sejak muda memang suka berniaga malah
telah mengharungi pelbagai dugaan sehingga kerugian hamper RM40,000 akibat
ditipu rakan niaga sendiri.
Namun jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan sedikit tidak
mematahkan semangat juangnya walau pun gagal dalam dua bidang niaga yang
diusahakan sebelum ini.
“Selepas tamat belajar, saya berhasrat meminjam duit ibu bapa untuk memulakan
perniagaan tetapi gagal mendapatkannya,” cerita pemegang Ijazah Perakaunan dari
Universiti Tun Abdul Rahman yang mudah mesra ini walau pun nampak pemalu.orangnya.
Menurut Jason, kerana kegagalan memperoleh pinjaman itu
beliau bekerja di sector hartanah namun hanya mampu bertahan selama dua tahun
waima hati berkobar-kobar mahu membuka bisnes.
Dengan pengalaman tidak lama itu, Jason memberitahu beliau berjaya membuka bisnes produk software atas talian dengan seorang rakan.
Dan ketika itulah bisnes nya lingkup gara-gara ditipu rakan
dan segala pelaburannya lesap sehingga mengakibatkan kerugian hamper RM40,000.
Tidak mengenali erti kekalahan, Jason terus mengorak langkah
dengan menceburi pula bisnes import daging lembu namun itu pun beliau berdepan
dengan isu aliran tunai walau pun permintaan menggalakkan dan akhirnya
‘terkubur’ jua.
Namun Jason tetap tidak berputus asa. Beliau membuat kajian
untuk mencari bisnes yang sesuai dengan permintaan masyarakat di mana akhirya
percaya bidang kesihatan dan kecantikan adalah jawapannya, justeru selama
setahun Jason mengabdikan dirinya membuat penyelidian dan pembangunan produk
sehingga terhasilnya “Garcinia Maxx”.
Sebagai Pengarah Eksekutif Pemasaran Grand Million Bodywork.
Jason Teo kini sudah boleh tersenyum lebar apabila hasil produknya sudah dapat
diterima umum sehingga mampu menjual kira-kira 3,000 hingga 5,000 unit produk
dalam tempoh sebulan.
“Untuk tahun 2018, saya sasarkan jualan mampu mencecah
sehingga 10,000 unit sebulan sehingga mencapai 1 juta berakhir tahun 2018,”
harapan Jason yang turut mendapat khidmat nasihat daripada ahli perniagaan terkenal,
Dato Ryzal Jamaluddin (tengah), Pengasas Wonder Glow Cosmetics Sdn Bhd.
Dato Ryzal yang turut hadir yakin dengan kemampuan dan
strategi pemasaran Jason malah yakin Garcinia Maxx dapat diterima khalayak
apatah lagi masyarakat sekarang amat pentingkan soal kecantikan dan kesihatan.
Sudah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan,
produk berkenaan bukan sahaja sesuai untuk semua peringkat usia namun ibu
selepas bersalin pun boleh minum.
“Air rebusan asal gelugor mampu membantu mengecutkan Rahim dan menurunkan lemak-lemak
yang terdapat di sekitar perut wanita selepas bersalin,” sambung Jason.
Malah menurutnya, kandungan HCA bersifat tidak beracun dan
tidak bertoksik, jadi apabila pengguna meminumnya mereka dapat mengawal nafsu
makan apabila mudah rasa kenyang serta membantu mengurangkan kadar kolestrol.
Berapa pula harganya…. Haaa soalan cepu emas?
Walau pun nampak besar namun harga nya tidak lah memerlukan
pengeluaran wang besor tetapi sekadar RM168 untuk 30 paket berkenaan.
Jika anda tertanya-tanya pulak kenapa besar sangat botolnya
itu?
Jawapannya kata Dato Ryzal, “itulah kelainannya kami mahu
memberikan packaging yang lain daripada lain malah di dalamnya kami turut
memberikan hadiah percuma iaitu losyen pembakar lemak sepanjang tempoh promosi
yang akan berakhir sehingga stok masih ada.
Baik Dato Ryzal mahu pun Jason…. dalam membangunkan
perniaggan mereka tidak mahu untung seorang tetapi mahu berkongsikan ‘kek’
keuntungan kepada seramai yang mungkin.
Jadi untuk itu, pihaknya membuka peluang kepada mana-mana
individu atau ibu tunggal untuk bersama memperjuangkan pemasaran Garcinia Maxx.
“Yang berminat hanya perlu membeli produk dan mereka
sudah layak menjadi ejen atau pengedar dengan pulangan keuntungan sebanyak 20 peratus sekotak,” ujar Jason berhubung kemudahan
program niaga yang diperkenalkannya ini.
Pada majlis santai berkenaan, Jason memperlihatkan cara
bancuhannya di mana setelah dituang air sejuk atau suam… warna minuman berwarna
unggu muda.
Tertarik dengan ronanya Kak Fas pun tidak melepaskan
peluang mencuba sepekat…. dan bila dirasa perlahan-lahan (gara gara lidah Kak
Fas ni bukan boleh telan sebarangan rasa haha)…. Emmm boleh tahan rasanya…
macam kelat-kelat manis tetapi jangan risau manisnya bukan semanis gula gitu
sebab kandungannya hanya menggunakan gula nano yang tidak manis tetapi
berkhasiat.
Kalau dah lidah Kak Fas ni boleh telan kira ok lah produk
ni sebab Kak Fas ni jenis yang memang sukar nak telan sesuatu yang belum pernah
dirasa haha… Nak ulang balik gurauan rakan-rakan Kak Fas yang berkata, “Kak Fas
ni lidah Melayu… tak adventurous untuk cuba hidangan lain kecuali yang dia suka
terutama roti… haha…” Jadi sebab itu juga Kak Fas jarang nak ‘attend’ ‘food
review” hihi…
Jadi kiranya Garcinia Maxx ni dapat chop atau stamp LULUS
lah hihi…
Menariknya, produk ini tidak pula menggunakan artis sebagai duta namun memilih atlet sukan dalam merangka promosi jualan seperti Nik Fariezal Emran Nik Abd Hadi dan Nadia Zuki (gambar atas) yang kedua-duanya merupakan Atlet Olahraga Lompat Jauh Sukan SEA ke 29.
Menariknya, produk ini tidak pula menggunakan artis sebagai duta namun memilih atlet sukan dalam merangka promosi jualan seperti Nik Fariezal Emran Nik Abd Hadi dan Nadia Zuki (gambar atas) yang kedua-duanya merupakan Atlet Olahraga Lompat Jauh Sukan SEA ke 29.
Nak dapatkan maklumat lanjut atau mahu membelinya boleh
menghubungi talian 03-8235551 dan 013-6310018 atau layari laman web garciniamaxx DI SINI atau Facebook Rizi Biz Shop Hq Bangi atau Instagram, garciniamaxxoffiial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan