Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KFC PERKENAL HIDANGAN 'GOLDEN EGG CRUNCH'


Jika ko orang suka telur asin dengan bau aroma daun kari... pasti suka hidangan terbaharu daripada KFC Malaysia ini.
Iya... seperti biasa sempena menyambut musim perayaan, KFC tidak akan melepaskan peluang menghidangkan perasa terbaharu dan kali ini sesuai dengan sambutan Tahun Baharu Cina ia memperkenalkan 'KFC Golden Egg Crunch"
Kak Fas tengok memang nampak 'crunchy' dan paling Kak Fas suka baunya... bila bawa masuk ke dalam kereta memang mewangi harumannya... terus terasa lapar gitu haha..
Citarasa keemasan khusus untuk mengukir keceriaan kepada para penggemarnya selain menambah kemeriahan dalam pertemuan seisi keluarga dan sahabat handai. KFC Golden Egg Crunch menampilkan perisa telur asin bersama daun kari dan selasih manis, membawakan keenakan yang tidak tertahan.
Hidangan masa terhad ini menampilkan ayam Hot & Spicy KFC yang diolah bersama ramuan istimewa, menghasilkan rasa unik masin, pedas dan manis, lengkap dengan aroma lazat yang pasti membangkitkan selera.

.“Telur asin amat popular di dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami berikan sentuhan KFC di dalam hidangan ini bagi menghasilkan sesuatu yang lebih tersendiri untuk dinikmati para pelanggan kami. KFC Golden Egg Crunch adalah sebuah ciptaan yang sangat istimewa, bersesuaian dengan perayaan yang bakal menjelang tiba,” ujar Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Restoran, QSR Brands (M) Holdings Bhd.
Bermula daripada RM14.50, setiap kombo didatangkan dengan hidangan sampingan KFC kegemaran ramai iaitu coleslaw, kentang putar serta secawan minuman Mug Sarsaparilla.

Untuk hidangan yang lebih besar sepanjang musim perayaan ini, KFC turut menawarkan Celebration Bucket yang menampilkan ayam Original Recipe dan Hot & Spicy bersama hidangan sampingan istimewa, KFC Cheezy Golden Sticks dengan keju krim, cebisan udang dan cendawan. 
KFC Celebration Bucket ini sesuai untuk dihidangkan di dalam jamuan keluarga dan rakan – rakan, didatangkan di dalam kombo 5 ketul dan 9 ketul ayam bersama KFC Cheezy Golden Sticks, kentang putar dan minuman ringan berkarbonat.
“Perayaan mengeratkan hubungan seisi keluarga dan hidangan enak menjadi penyeri kepada kemeriahannya. KFC Golden Egg Crunch dan Celebration Bucket telah dicipta khas bagi tujuan ini. Kami berharap anda semua menikmati saat- saat indah di musim perayaan ini serta menggemari kesemua hidangan istimewa yang telah kami sediakan!” tambah beliau.

KFC Golden Egg Crunch dan KFC Celebration Bucket boleh didapati di semua restoran KFC dari 25 Januari 2018, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan