SERUM STEM CELL DMS360 BERWAJAH BAHARU, SASAR JUALAN CAPAI 37,000 UNIT
Melihat pada wajahnya yang bersih, putih mulus dan pipi pauh
dilayang boleh dikatakan kalah seorang wanita.
Malah dalam usia 42 tahun, pengasas produk kecantikan Wonder
Glow Cosmetic Sdn Bhd, Datuk Ryzal Jamaludin tetap nampak muda, segak dengan penampilan
seorang ahli perniagaan yang sepadan dengan bisnes yang diterajuinya. .
Ya lah… dalam zaman era teknologi ini di mana masa mengejar
kita samada wanita mahu pun lelaki penampilan dan penjagaan diri perlu
diutamakan.
Jangan kata lelaki tidak pandai beregek ya….setengah lelaki
tu lebih cerewet perihal menjaga ‘kecantikan’ dirinya daripada Hawa tau….
Anda mungkin ingin tahu apa agaknya rahsia Datuk Ryzal dalam
rutinnya menjaga kecantikan dan kesihatan diri waima seorang ahli perniagaan
dalam industri ‘beauty’ lagi.
Ok jika ko orang sering mengikuti perkembangan Wonder
Glow sudah tentu tahu
mengenai tujuan syarikat ini ditubuhkan. Sepadan dengan
namanya sudah pasti objektif syarikat untuk menyerikan penampilan anda dan
tentu sekali ia bermula daripada wajah yang bersih, cantik zahir dan batin
barulah terpancar ‘glow’ pada diri sekali gus mereka yang mendampingi anda pula
akan ‘wonder’ bagaimana seri wajah itu timbul. Tak gitu? haha...
Apa pun apa yang Kak Fas nak ceritakan kini sudah tentu
mengenai produk kecantikan milik Wonder Glow yang sejak dipasarkan tahun lalu
mendapat sambutan hangat justeru Ryzal mahu berkongsi informasi itu kepada
khalayak yang mahu memiliki kulit berseri sepertinya.
Jenama yang dimaksudkan adalah Serum StemCell DMS360 dengan
packaging baharu di mana syarikat mensasarkan jualan sebanyak 37,000 dalam tempoh suku
pertama pada tahun 2018 ini.
Yang belum pernah mendengar produk ini tentu mahu tahu
lanjut kan apa kah khasiat dan penggunaannya?
Serum StemCell DMS360 merupakan satu-satunya produk yang
dapat mengatasi pelbagai masalah antaranya jeragat, kulit kusam, tona tidak
sekata, parut lama dan anti- penuaan.
Wow! Semua masalah itu dapat diatasi sekali gus… menarik tu...khusus bagi mereka yang kini sedang bermasalah kulit ya tak?
“Kini masalah kulit bukan lagi penghalang kerana pengguna
hanya perlu memakainya secara konsisten bagi hasil yang
menggembirakan,” yakini Dato Ryzal sewaktu ditemui dalam sesi bersama
media/bloggers di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya baru-baru ini.
Kebetulan pula pada hari pertemuan adalah hari kelahiran Datuk jadi terlanjur berada di situ semua yang hadir turut menyambut meraikan Hari Jadinya. Selamat Hari Jadi Datuk Ryzal semoga bertambah rezeki ya..
Baik kembali pada tajuk utama.... hihi.... Serum StemCell DMS360 dapat membantu
menyihatkan kulit untuk kompleks wajah lima kali lebih awet muda, membantu
mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari, mengurangkan lingkaran hitam di
bawah mata dan menjadikan kulit wajah lebih lembut, halus dan berseri.
Meneliti produk ini secara dekat, Kak Fas diberitahu juga
bahawa ia dapat menganjalkan kulit,
mengurangkan kedutan pada wajah, meneutralkan dan merawat kulit rosak
disebabkan oleh pemakaian kosmetik yang mengandungi kimia.
Sejujurnya sebelum ini Kak Fas belum pernah berani mencuba
sebarang produk ‘stem cell’ maklumlah takut kesannya negatif pulak nanti bahkan merosakkan kulit
wajah Kak Fas…,, mahu duduk rumah je nanti… sorok muka haha……apa tah lagi Serum
StemCell DMS360 pernah berdepan dengan isu produk tiruan dulu huhu..
Tetapi jangan risau dan gundah gulana kerana produk
berkenaan kini sudah berwajah baharu dalam pek baharu lengkap dengan pelekat
hologram sebagai bukti keasliannya.
Jadi jika anda membelinya pastikan ada pelekat hologram pada
kotaknya ya… jangan ‘tipah tertipu’ buat kali kedua pulak ya…
Bagi menjamin kualiti dan keaslian produk, Datuk Ryzal
memberitahu, pihaknya telah melantik stokis utama yang sah bagi memastikan
pengguna tidak ragu-ragu mendapatkannya di pasaran.
Malah sebagai tanda penghargaan pada sokongan padu pengguna
selama ini sempena tahun baharu, Wonder Glow menjalankan kempen harga promosi
bagi Serum StemCell DMS360.
Serum StemCell DMS360 memiliki 10 botol di dalamnya di mana
satu botol boleh digunakan antara satu minggu hingga dua minggu
bergantung kepada cara penggunaan.
Dan jika harga asalnya adalah RM150 selama
ini, anda kini boleh mendapatkan tiga kotak sekali gus dengan harga sama.
Iya… Kak Fas tak bohong tau… harga promosi untuk tiga kotak Serum
StemCell DMS360 ketika ini hanya RM150. Apa kata tepuk tangan sikit kepada
Dato Ryzal yang sanggup untung sedikit asalkan pengguna mendapat faedahnya.
Apa pun ko orang kena cepat membuat tempahan sebelum harga
promosi ditutup. Hubungi talian 013-6310018 atau layari Facebook Rizi Biz Shop Hq Bangi untuk maklumat lanjut ya…
Sementara itu, Ryzal turut mengumumkan perancangannya untuk
mengeluarkan produk dalam segmen ‘jewellery/aksessori’ tidak lama lagi.
Uniknya produk ‘Wonder Gem’ ini ia bukan sahaja direka dalam
desain yang cantik malah permatanya dihasilkan daripada fosil dinosaur gitu..... yang mampu menimbulkam aura kepada
setiap pemakainya. (lihat contoh batu permata pada cincin di jari Ryzal)
Ryzal sempat melakukan demonstrasi terhadap ‘aura’ setiap
seseorang itu dan apa lagi kami semua pun berdiri di hadapannya untuk melihat
aura masing-masing daripada dua kayu yang dihulurkan di hadapan badan kami oleh
Dato Ryzal.
Ada yang kembang ada yang kuncup ada yang pusing sehingga
360 darjah haha…
Menurut kata Ryzal, jika kayu berkenaan terbuka luas
bermakna kita mempunyai aura yang cantik gitu tetapi jangan risau jika aura
menguncup boleh sahaja di ‘bukakan’ kembali dengan memilih permata sesuai.
Wah… unik kan permata ni… sambil memakainya untuk kecantikan
ia sekali gus memancarka aura diri masing-masing.
Tak sabar rasanya Kak Fas nak tengok koleksi produk ‘Wonder
Gem’ ini apabila dihasilkan nanti namun daripada gambar-gambar batu permata
yang ditunjukkan kepada Kak Fas melalui telefon bimbit Dato Ryzal … memang cantik-cantik
belaka.
Tetapi jangan jual mahal dah Datuk ya… boleh lah ramai yang
membelinya semoga aura tahun 2018 akan berkembang dengan insan-insan yang
berfikiran positif dan berjaya dalam setiap langkah yang diambil dan Negara pun
aman damai dan maju jaya…
Pilihan raya dah nak dekat ni… jom kita buka aura orang
ramai dengan pengenalan ‘Wonder Gem’ ini kelak ya…
Dalam pada itu, Kak Fas tabik dengan kegigihan Datuk Ryzal
dalam perniagaan waima pernah ditikam dan dirompak malah koma selama 10 hari dan alhamdullilah Allah masih menyanyanginya dan memberikannya kekuatan untuk
menyumbangkan tenaganya kembali kepada pembangunan masyarakat melalui Wonder Glow
Cosmetic Sdn Bhd.
Ngeri Kak Fas dengan pengalamannya sewaktu cedera ditikam
sehingga bersendirian beberapa jam sebelum ditemui dalam rumah dalam keadaan
kesakitan dan berlumuran darah dengan pisau masih terpacak di dada.
Kak Fas percaya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut dan
kejayaan yang dicipta kini adalah berkat kesabaran dan kesengsaraan yang
dirasai itu.
Antaranya seperti serum Evolutra HD, serum rona putih yang dimuatkan di dalam tube agar mudah dipicit keluar untuk disapukan ke kulit wajah. Cantik Kak Fas tengok packaging ini... agak lain daripada lain... macam jarum pulak gayanya...
Produk ini kata Datuk Ryzal baik untuk mencerahkan kulit malah dijadikan sebagai 'base' sebelum bersolek. Harganya cuma RM199.90.
Oh ya jika ko orang nak jadi ejen boleh sahaja kerana Datuk
Ryzal tidak mengenakan sebarang caj atau fees keahlian melainkan membeli sekurang-kurangnya
10 kotak StemCell sebagai kelayakan menjadi ejen jualan produk tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan