Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANUAR ZAIN DIAPIT DUA WANITA INDONESIA


Apabila menerima undangan ke sidang media yang melibatkan penyanyi tersohor, Anuar Zain.... Kak Fas pasti akan melapangkan waktu pada hari berkenaan untuk hadir.

Sejak berita mengenai 'lelaki' ini mengalami masalah hilang suara dan gara-gara itu konsert 'Yonder Music Live Series By The Lake di Panggung Anniversari tahun lalu dibatalkan... lama juga tidak bertemu pemilik nama penuh, Shahrul Anuar Zain ini.

Sehinggalah baru-baru ini Anuar muncul kembali dan ditemui pada sidang media pelancaran 'BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert'.

Seperti biasa penampilannya segak dan masih mengekalkan rambut mencecah bahu dan alhamdullilah suaranya dah kembali untuk menghiburkan peminat yang merinduinya selama ini.

Cuma kali ini AZ akan berkongsi pentas dengan dua nama yang tidak asing lagi, Bunga Citra Lestari serta Yuka Kharisma, keduanya berasal dari Indonesia namun bersuamikan orang Malaysia.


Kak Fas tak perlulah nak perkenalkan Bunga kan. Sudah tentu semua dah tahu isteri kepada Ashraf Sinclair ini tetapi siapa pula Yuka? Barangkali ada yang belum mengenalinya seperti Kak Fas sendiri.

Yuka yang merupakan penganjur untuk konsert ini adalah penyanyi bagi lagu "Hati Berbisik' yang merupakan lagu runut bunyi filem Love Supermoon. Harapannya melalui konsert ini akan membawa pengertian tersendiri bukan sahaja buat dirinya tetapi juga peminat di luar sana,

Lebih istimewa beliau diapit oleh dua nama tersohor seperti Anuar Zain dan Bunga Citra Lestari di sebuah pentas berprestij di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sudah tentu Yuka telah bersedia untuk sekurang-kurangnya berdiri sama tinggi dengan dua nama besar itu walau pun beliau tidaklah se popular mereka. 

Katanya, penglibatannya dalam dunia nyanyian sudah lama ditinggalkan gara-gara mahu tumpukan perhatian pada anak dan keluarga.


“Selain menjadi sebuah platform untuk syarikat  saya bergerak sebagai sebuah penganjur acara,konsert kali ini menemukan saya dengan dua nama yang cukup besar di negara masing-masing. Pastinya sebuah kegembiraan dan kesyukuran buat saya apabila mereka bersetuju untuk berada satu pentas bersama saya nanti”, ujar Yuka yang merupakan pemilik Kharisma Entertianment Sdn Bhd bersama suaminya.

Konsert berskala besar ini sudah tentu menjadi penanda aras mengukur keupayaan Kharisma Entertainment sebagai penganjur.

Pun begitu sudah tentu tarikannya tertumpu kepada Anuar Zain dan Bunga Citra Lestari waima kehadiran Yuka mungkin disimpulkan sebagai mencari populariti.

Apa pun pendapat netizen Kak Fas yakin dengan suaranya yang merdu mampu memikat audiens cuma Yuka perlu ada lagu 'killer' kata orang sebab lagu-lagunya masih baharu pada halwa telinga ramai.

Sempena pengumuman konsert itu juga, Yuka mengambil kesempatan melancarkan album terbaharunya berjudul  #1. 

Album yang mempunyai lapan buah lagu ini menyaksikan kerjasama Yuka dan Pay,komposer Indonesia yang bertindak sebagai produser.

“Saya mengambil masa setahun untuk menyiapkan album ini yang mempertaruhkan lagu gubahan saya sendiri bertajuk' Mati Rasa' sebagai single pertama." tambah Yuka.

Nak dengar lagunya dan mengenali Yuka lebih dekat eloklah anda sekeliang ke konsert gabungan dua negara serumpuan ini.



Konsert yang akan berlangsung dalam durasi dua setengah jam ini turut mendapat kerjasama dari DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd. 

Bunga Citra Lestari yang diterbangkan dari Indonesia bakal membawakan kumpulannya yang terdiri dari enam pemuzik manakala nyanyian Anuar Zain serta Yuka  pula akan diiringi oleh lapan orang pemuzik tempatan,tiga penyanyi latar dengan Sze Wan sebagai Pengarah Muzik. 




Seperti yang semua maklum, penampilan Anuar Zain tidak akan diiringi sesiapa malah beliau lebih suka bernyanyi sambil berinteraksi dengan penonton.

"Bila bernyanyi saya suka melihat reaksi penonton dan suka berhubung dengan mereka agar rasa lebih dekat waima menghiburkan mereka mengikut keadaan semasa," ujar Anuar.


Kepada para peminat yang tidak sabar menantikan konsert yang mengabungkan tiga nama ini, tiket-tiket dijual dengan harga RM2199 (Intimate), RM1599 (platinum), RM588 (diamond), RM488 (gold), RM388 (silver), RM288 (bronze) dan RM188 (regular).

Dan berita baiknya... setiap pembeli tiket  untuk pembeli tiket bukan sahaja dapat berhibur bersama penyanyi-penyanyi kesayangan mereka malah berpeluang memenangi enam cabutan bertuah yang akan disediakan termasuk sebuah skuter sebagai hadiah utama. 

Malah untuk pembeli tiket 'intimate',mereka akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert, peluang bergambar bersama artis serta  laluan VIP. Manakala pembeli tiket 'Platinum' akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert dan laluan Vip.

Tiket  konsert dijual mulai 31 Januari 2018  di  www.yuka.com.my atau www.tickethotline.com.my. Tiket juga turut dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. 

Untuk maklumat lanjut sila layari www.yuka.com.my



Tiada ulasan:

Catat Ulasan