Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GUARDIAN TAWAR HARGA 'RUNTUH' SETIAP JUMAAT HINGGA AHAD


Uish! Biar betul? Harga produk di Guardian akan turun sepanjang tahun?

Ya betul ... anda tidak salah dengar sebab Guardian Malaysia sudah pun melancarkan kempen ini dan dihadiri media serta bloggers lagi... jadi sah ya berita tu...

Guardian Malaysia  mengumumkan, ia akan menurunkan harga barangan terpilih pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini.

Pengumuman ini sudah tentu menggembirakan pengguna yang sering ke Guardian untuk membeli barang seperti Kak Fas.

Kak Fas akan selalu ke Guardian untuk mencari produk-produk kegunaan harian dan ruang yang selalu dikunjungi tentunya bahagian kosmetik haha.

Initiatif Guardian ini  satu langkah berani untuk membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ni. Maklumlah minyak naik, barang dapor naik lagi-lagi nak masuk musim perayaan ni,

Dikenali sebagai Kempen Harga Runtuh, ia menampilkan empat ke lima rangkaian produk yang lengkap, dengan penurunan harga sebanyak 10 hingga 70 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen (pix bawah, kiri), dalam ucapan perasmiannya di kedai Guardian di Sunway Pyramid baru-baru ini berkata: 

“Kempen Harga Runtuh ini sangat penting bagi kami kerana ia membolehkan syarikat menyumbang secara langsung, dan untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat secara signifikan.

“Pelanggan di seluruh negara, tidak kira dimana mereka berada, dan termasuk mereka yang lebih gemar membuat pembelian secara dalam talian, boleh menikmati harga runtuh ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad,” tambah beliau.


Bercakap lanjut Soren menjelaskan: “Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan kami memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai rangkaian barangan eksklusif dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Malah, harga yang ditawarkan di Guardian adalah antara yang terendah dalam pasaran. Tetapi kenyataan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya kerana tumpuan yang diberikan dalam kempen pemasaran sebelum ini adalah berbeza.”

“Dengan pelbagai desas-desus yang kita dengar tentang peningkatan kos sara hidup dan barangan yang semakin mahal, kami memutuskan untuk membuat keputusan berani untuk menawarkan harga runtuh ini, setiap Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini.”

Anggaran sebanyak 260 barangan, daripada produk penjagaan badan, kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian, pencuci muka, masker muka dan banyak lagi akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah sepanjang tahun ini.

“Kami percaya kempen ini diadakan pada waktu yang tepat dan bersesuaian, memandangkan persekitaran perniagaan semasa. Dan kami yakin pengguna akan teruja dengan kempen ini,” tambah beliau.

Turut hadir beberapa selebriti terkenal tempatan antaranya pasangan deejay Radio Era, Hanif (dua dari kanan)  dan Ray (dua dari kiri).

Harga runtuh adalah tambahan kepada penjimatan hujung minggu (weekend super savers) yang masih diadakan dan promosi eksklusif Koleksi Edisi Terhad Hello Kitty yang sedang ditawarkan sehingga 18 April.



Soren menekankan bahawa Guardian juga telah melancarkan satu lagi inisiatif promosi iaitu BEAUTY DAYS, dimana produk-produk kecantikan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 40%.

Beliau berkata: “Bukan itu sahaja. Saya jamin ada banyak lagi promosi menarik yang telah kami rancang untuk anda.”

Beliau menambah bahawa kempen-kempen ini membolehkan Guardian menentukan semula fokusnya terhadap DNA jenama itu, yang mana, sentiasa menawarkan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan perkhidmatan kepada pelanggan. Ia juga selari dengan strategi syarikat untuk menawan hati pelanggan, setiap kali mereka berkunjung ke stor Guardian!


Untuk maklumat dan butiran lanjut tentang kempen dan promosi yang ditawarkan, sila layari www.guardian.com.my       

Thumbs up untuk Guardian Malaysia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan