Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PALUAN GENDANG,TARIAN NAGA GEGARKAN SOGO KL


Seperti tahun lalu, kompleks membeli-belah Sogo Kuala Lumpur menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina dengan penuh meriah.

Berlangsung di Dataran Sogo, pagi 20 September lalu dipenuhi orang ramai yang mahu turut serta meraikan kedatangan Tahun Anjing dengan persembahan Tarian Singa dan paluan gendang.

Dan seperti biasa, tahun ini Kak Fas turut mendapat jemputan untuk bersama meraikan sambutan Tahun Baru Cina bertemakan slogan 'Togetherness -Celebrate Happiness' atau dalam bahasa ibundanya bermaksud 'Bersama - Raikan Kebahagiaan'.

Memang kami dari kalangan rakan-rakan media yang sama setiap tahun merasai kebahagiaan bersama. Malah kami berpakat berpakaian rona merah semua mengikut tema majlis.

Acara yang berlangsung kira-kira jam 11 pagi bermula dengan paluan gendang Cina diikuti persembahan  tarian singa oleh ahli-ahli Hong Teck Dragon dan Lion Dance.




Tumpuan ramai sudah tentu terhadap gaya dan loncatan singa di atas tiang tinggi malah tidak kurang ramai yang berebut untuk mendapatkan sebiji buah oren yang dilontarkan oleh dua ekor singa.

Mengikut kepercayaan Cina, sesiapa yang dapat menangkap buah oren yang dilontar akan bertuahlah rezekinya tahun ini.


Pada tahun ini Sogo KL dihiasi dengan tanglung gergasi di bahagian Atrium tengah dalam bentuk instrumen Cina tradisional dan porselen dengan gambar ikan emas, seraya mewujudkan suasana perayaan yang megah.

Sementara itu,  pintu utama kompleks turut  dihiasi dengan bunga ceri dan peonies gergasi menandakan kedatangan musim bunga.

Jika anda seorang pembeli yang setia dengan Sogo, sudah tentu tahu bahawa setiap kali tibanya musim perayaan, Sogo KL akan menyambutnya dengan pelbagai aktiviti dan hiasan menarik yang sudah tentu direka khas bagi menghargai pelanggan.

JIka ramai yang berpendapat Sogo KL adalah antara kompleks yang mendapat sambutan hangat setiap hari atau pun minggu daripada kalangan orang Melayu...ia memang benar.

Kak Fas tidak malu untuk memberitahu, Sogo KL antara pusat membeli-belah pilihan Kak Fas yang bukan sahaja dekat dengan kediaman tetapi terletak di tengah-tengah syurga membeli-belah sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Walau pun kadangkala sukar mendapat parkir memandangkan ia sentiasa penuh namun Kak Fas tetap mengunjunginya bila perlu. Bila parkir penuh kan itu tanda maju ia tak?

Apatah lagi Sogo KL sekarang dah pun cantik dan berubah wajah mengikut peredaran masa jadi dah nampak eksklusif dengan barang-barang berjenama turut menjadi produk jualan. So siapa kata Sogo KL tak ada kelas...? Memang 'buta' lah dia!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan