Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RAWAT WAJAH GUNA 'MEERACLE' DISALUTI TIGA JENIS BATU PERMATA


Semasa pertama kali diperkenalkan kepada produk ini dan membaca nama jenamanya, "Meeracle'... Kak Fas bayangkan perkataaan Inggeris "Miracle' yang bermaksud 'ajaib'.

Jadi Kak Fas fikir interesting juga ya.. apa yang ajaibnya fikir hati?

Tetapi apabila tiba ke majlis pelancarannya baru-baru ini, sangkaan Kak Fas meleset seratus peratus out haha.

'Meeracle' sebenarnya adalah gabungan nama pengasasnya, Meera Nordin manakala huruf 'cle' pada  hujungnya itulah yang menjadikan Kak Fas fikir ia memang perkataan ajaib yang di melayukan haha...

Apa sebenarnya 'Meeracle'?

Meeracle adalah produk kecantikan kulit jenama pertama di Asia, dikeluarkan oleh Edelsteen Sdn Bhd, berasaskan formula berinovasikan batu permata dengan menggunakan ekstrak berlian, rubi dan mutiara.

Dengan ekstrak unik campuran tiga bahan batu permata ini yang disumberkan daripada Perancis, ia  diformulasikan agar menjadikan kulit lebih berseri, muda dan mulus.

Difahamkan, berlian yang dikisar halus ini berfungsi lembut pada kulit sekaligus membantu meratakan tona warna kulit di samping memudarkan kesan parut dan kedut, menjadikan kulit lebih mulus dan berseri.

Keajaiban batu rubi merah memulihkan kesihatan dan keserian kulit kerana ia membantu memulihkan, mendetoksifikasi dan menyucikan jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menyuburkan kulit menjadikan kompleksi tona warna kulit kelihatan merah jambu.

Kemujaraban dengan sinarnya yang bergemerlapan, pearis mempunyai banyak kebaikan melembap, anti-penuaan dan mencerah juga boleh membantu menjadikan kulit lebih anjal dan rata.
.
Keunikan formula batu permata adalah bahan utama dalam rangkaian produk-produk Meeracle yang mempunyai bahan aktif semula jadi untuk memberikan hasil yang terbaik.

Dan apabila melihat wajah pengasasnya, Meera terbukti produk keluarannya ini memang memperlihatkan kulitnya lembut, bersih dan cantik.

Terkini, Meeracle mempunyai dua produk iaitu Meeracle Facial Serum dan Meeracle Facial Cleanser.

Jadi jika korang mahu wajah tampil menawan seperti Meera kenalah mencubanya ya...



Meeracle Facial Serum dalam botol 30ml dijual dengan harga RM79 sebotol juga mempunyai 23 bahan aktif semula jadi yang menunjukkan perubahan yang ketara pada jangka masa yang singkat.

Produk Meeracle Facial Cleanser dalam botol 50ml dijual dengan harga RM49 sebotol pula mempunyai malakit, satu lagi batu permata yang membantu mengawal minyak berlebihan dan mempunyai bahan anti-bakteria untuk memulihkan masalah jerawat. 

Pencuci ini juga mempunyai bahan yang terbukti kesegaran aloe vera serta teh hijau anti-penuaan, menjadikan kulit lebih tulen dan segar selepas mencuci.

Lebih baik digunakan secara set, Meeracle Facial Serum dan Cleanser ini sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kulit.

Rangkaian produk penjagaan kulit Meeracle dicipta hasil kajian selama beberapa tahun oleh kumpulan kajian farmaseutikal.  

 “Kami percaya dengan melabur dalam R&D, kami dapat memberikan hasil produk yang berkualiti tinggi dan selamat untuk para pengguna. Kami mengambil masa selama 2 tahun dalam pembangunan produk untuk Meeracle Facial Serum sebelum membuat pelancaran, dan kami juga menghabiskan banyak masa untuk mencipta formulasi terbaik untuk pencuci muka dengan malakit kami yang telah pun dilancarkan tahun lepas,” kara Meera Nordin.


Ketika pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Edelsteen Sdn Bhd, Raja Mohd Nasrullah Haziq b. Raja Abdul Rashid turut merasmikan “EMPOWERING YOU”, program tanggungjawab sosial korporat syarikat yang mensasar dan membantu golongan wanita yang mempunyai masalah kewangan dengan memberikan mereka peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka.
  
Bekerjasama rapat dengan para Master Stokis Meeracle – yang merupakan tulang belakang kepada rangkaian pengedar jenama tersebut – program ini menawarkan para wanita dengan latihan, sesi mentor serta kit untuk memulakan perniagaan.

 “Wanita adalah golongan semula jadi yang bekerja keras lagi bersemangat dan dengan membantu mereka yang memerlukan pendapatan sampingan lebih, kami juga berharap dapat membantu menambahbaik kehidupan anak-anak mereka, keluarga dan juga komuniti. Program CSR ini akan memberikan mereka peluang untuk memulakan perniagaan kecil demi kemajuan mereka serta menjanjikan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Kami berazam untuk mensasar lebih kurang 50 ke 60 orang wanita untuk tahun yang pertama,” kata Raja Haziq  dalam ucapan pelancarannya..

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk serta para pengedar yang terdekat, layari laman web www.meeracle.com.my atau Facebook Meeracle.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan