SURIA KLCC BINA SUASANA PERKAMPUNGAN CINA
Bertepatan dengan sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, gedung terkenal, Suria KLCC membawa pengunjung menikmati suasana perkampungan CIna dengan sebuah rumah warisan dua tingkat bercirikan seni bina tradisional Cina dahulu kala.
Deretan kedai lama lengkap dengan hiasan lampu tanglung merah menimbulkan lagi suasana memikat setiap pengunjung yang hadir ke Suria KLCC untuk membeli-belah barangan sempena menyambut Tahun Baharu CIna.
Ya... Suria KLCC seperti pusat membeli-belah lainnya sekitar Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang menghiasi ruang legar utama dengan hiasan unik dan menarik setiap tahun apabila munculnya musim-musim perayaan.
Sekorasi di Suria KLCC menggabungkan ciri-ciri tradisional dengan paparan proses pembuatan teh dengan hiasan pokok bunga plum setinggi 20 kakim dilegkapi dengan juntaian 1,000 riben berwarna merah dan emas simbolik kepada harapan baharu bagi tahun-tahun mendatang
Sesungguhnya hiasan indah itu membuatkan pengunjung tidak henti-henti mengambil gambar mahu pun swafoto.
Dan lebih menarik lagi, seperti tahun lalu, sebuah tanglung gergasi menjadi tumpuan ramai di ruang luar Esplanade,
Berukuran 22 meter tinggi dan 12 meter lebar ia merupakan replika tanglung tertinggi di Malaysia yang telah disahkan oleh The Malaysia Book of Records. Struktur hebat ini akan berdiri teguh sehingga 22 Februari ini bagi memberi peluang orang ramai bergambar.
Dan seperti biasa, pelancarannya disempurnakan oleh pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd, diketuai oleh Mr. Andrew Brien, Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif; Francis Tan, Ketua Pegawai Operasi; Ben Chong, Pengurus Besar Suria KLCC serta Edmund Lim dan Yap Sook Yee, pengasas bersama Persatuan 'We Care Journey'.
Ya sekali lagi, Suria KLCC menyebarkan kegirangan Tahun Baharu Cina kepada 'We Care Journey' melalui penubuhan tabung ’Share The Care’ dengan harapan dapat mengumpulan dana minima sebanyak RM10,000 dari 25 Januari lalu hingga 28 Februari ini,
Caranya, setiap pembeli dan pengunjung yang meyumbang RM10 bagi tujuan tersebut akan menerima riben merah sebagai tanda apresiasi sokongan mereka. Mereka diberikan sekeping kad untuk menulis nama atau mesej mereka dan seterusnya menggantung kad berriben tersebut pada pokok bunga plum yang terletak di pintu masuk Park Mall Suria KLCC.
Sepanjang tempoh perhiasan Tahun Baru CIna ini pelbagai akiviti boleh dinikmati pengunjung seperti pertunjukan akrobatik yang diterbangkan khas dari China, persembahan muzik Cina (GuZheng) mahu pun penampilan Dewa Kemakmuran.
Upacara sama turut disajikan di pusat membeli-belah Alamanda, Putrajaya serta di Mesra Mall di mana pengunjung juga berkesempatan mengikuti pelbagai aktiviti disediakan.
Selamat Tahun Baru Cina 2018 kepada semua yang menyambutnya... Gong Xi Fa Cai!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan