AME:UNDIAN ARTIS PILIHAN DITUTUP 8 APRIL
Senarai penuh pencalonan akhir ‘Top 5’
bagi 16 kategori pencalonan yang dipertandingkan untuk anugerah pilihan
penonton, ‘AME 2018’ sudahpun
dikenal pasti setelah talian undian fasa pertama ditutup secara rasmi pada 23 Februari lalu.
Acara gilang gemilang ini bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit
Jalil pada hari Ahad, 8 April 2018, jam 9.00 malam secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu
Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134).
Ia juga boleh diakses secara live streaming menerusi YouTube di saluran ‘MeleTOP’ serta perkhidmatan Astro Go, NJOI Now dan 'on demand' untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Sebagai
bonus, program istimewa ‘Showcase
Eksklusif AME 2018’ turut disiarkan menerusi platfrom digital di laman Astro Go pada 8 April kelak bermula jam
5.00 hingga 6.30 petang.
TRIVIA PENCALONAN AKHIR ‘AME
2018’
|
2. Filem lakonan Zizan Razak, ‘Abang Long Fadil 2’ turut tercalon
dalam kategori ‘Filem MeleTop’.
3. Manakala
Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Jep Sepahtu turut menyerlah dengan
pencalonan kedua terbanyak, masing-masing dalam tiga kategori.
4. Pelakon
Zul Ariffin tersenarai dalam
kategori ‘Bintang Filem MeleTOP’
untuk dua buah filem lakonan beliau iaitu ‘J
Revolusi’ dan ‘Tombiruo; Penunggu
Rimba’. Selain itu, Zul Ariffin juga merupakan calon akhir untuk kategori ‘Pelakon TV MeleTOP’.
5. Filem
lakonan Zul Ariffin, ‘J Revolusi’
dan ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ juga
dicalonkan untuk kategori ‘Filem
MeleTOP’. Manakala drama lakonan beliau, ‘Titian Cinta’ juga turut tercalon untuk kategori ‘Drama MeleTOP’.
6. Selebriti
terkenal, Siti Nordiana turut
cemerlang menerusi kategori individu ‘Hos
MeleTOP’, ‘Penyanyi MeleTOP’, dan ‘Pelakon
TV MeleTOP’.
7. Drama
lakonan Siti Nordiana, ‘Cekelat Semanis
Honey’ serta program yang beliau kendalikan selaku hos, ‘Gema Gegar Vaganza’ turut dicalonkan
menerusi kategori ‘Program MeleTOP’.
8. Pelawak
terkenal, Jep Sepahtu menerima
pencalonan akhir untuk kategori ‘Artis LawakMeleTOP’, ‘Penyampai Radio MeleTOP’ dan pencalonan bersama dengan isteri
beliau yang juga merupakan pelakon Sari
Yanti menerusi kategori ‘Couple
MeleTOP’.
9. Dalam masa yang sama, program yang
menampilkan Jep Sepahtu sebagai tonggak utama, ‘Sepahtu Reunion Live 2017’ juga turut tercalon menerusi kategori ‘Program MeleTOP’.
10. Kolaborasi
mantap penyanyi nombor satu negara, Datuk
Seri Siti Nurhaliza dan bintang versatil, Faizal Tahir turut diangkat menerusi dua kategori iaitu ‘Grup/Duo MeleTOP’ dan ‘Lagu MeleTOP’ untuk lagu popular ‘Dirgahayu’.
11. Komposer
dan penyanyi popular, Hael Husaini
serta bintang sensasi, Ayda Jebat
tidak kurang hebatnya apabila turut tersenarai dalam kategori ‘Lagu MeleTOP’ dan ‘Penyanyi MeleTOP’ menerusi lagu ‘Jampi’ dan ‘Nakal Nakal Nakal’.
12. Seiring
dengan populariti yang diraih, senarai akhir ‘AME 2018’ juga menyaksikan
kebangkitan penyanyi dan komposer muda atau istilah lebih tepat, ‘Budak Baru
Nak Up’ (BBNU) yang turut bergelar calon akhir dalam beberapa buah kategori
yang dipertandingkan.
13. Antaranya
termasuklah Khai Bahar dan Haqiem Rusly menerusi kategori ‘Penyanyi MeleTOP’ dan ‘Lagu MeleTOP’ untuk lagu hits mereka, ‘Bayang’ dan ‘Tergantung Sepi’.
14.Wany Hasrita
juga turut bersaing sebagai calon akhir untuk kategori ‘Artis Baharu MeleTOP’ dan pencalonan bersama dengan rakan
seperjuangannya, Tajul menerusi
kategori ‘Grup/Duo MeleTOP’.
15. Anak-anak
selebriti popular yang menjadi tumpuan ‘netizen’ seperti Syeriv Samheizy dan Arif
Jiwa Asyraf turut tercalon buat kali pertama menerusi kategori ‘Si Cilik MeleTOP’. Manakala pemenang
tahun lalu, Yusuf Iskandar serta
calon ‘favourite’ Aaisyah Dhia Rana
dan Lara Alana turut tercalon pada
penganjuran kali ini untuk dua tahun berturut-turut.
16. Pasangan
sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura tidak kecewa, masing-masing dengan dua pencalonan. Malah, pasangan
ini turut bersaing menerusi kategori individu ‘Fesyen MeleTOP’. Fattah Amin juga merupakan calon akhir untuk
kategori 'Pelakon TV MeleTOP’.
Manakala Fazura pula menerusi kategori ‘Bintang
Filem MeleTOP’.
17. Dalam
masa yang sama, drama lakonan pasangan ini, ‘Hero Seorang Cinderella’ juga tercalon menerusi kategori ‘Drama MeleTOP’.
18. Selain
itu, filem lakonan Fazura, ‘J Revolusi’
juga turut dicalonkan menerusi kategori ‘Filem
MeleTOP’.
FAKTA MENARIK TENTANG ‘AME
2018’
|
1. Pelbagai kejutan yang merangkumi kriteria pemilihan
pengacara, penyampai trofi dan barisan artis popular yang bakal membuat
persembahan istimewa pada malam itu telah disusun rapi bagi menyemarakkan lagi
edisi tahun ini. Pemilihan setiap mereka adalah berdasarkan pelbagai aspek
termasuklah keserasian dan populariti.
2. Berbeza dengan penganjuran sebelum ini, ‘AME 2018’
membuat kejutan besar bagi memberi
kelainan apabila tidak lagi
menampilkan pengacara bersama untuk mengendalikan pentas utama bersama, Nabil Ahmad dan Neelofa. Sebaliknya, kali ini penonton
bakal dihiburkan dengan kaletah barisan selebriti yang dijemput istimewa untuk mewarnai pentas menemani Nabil dan Neelofa secara bergilir-gilir.
3. Antara nama-nama besar yang bakal menemani mereka
termasuklah pelakon & pengarah yang terkenal dengan watak Pok Ya Cong
Codei; Sabri Yunus, ikon rock tanah
air; Datuk Mohd Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, selebriti popular yang juga merupakan calon akhir ‘AME 2018’
seperti Zul Ariffin dan Zizan Razak serta ramai lagi.
4. Manakala antara nama-nama popular yang bakal membuat
persembahan pada malam kemuncak kelak termasuklah Awie & Mus May, Mas Idayu, Ernie Zakri & Syamel, Hael Husaini,
Haqiem Rusly, Xpose Band. Pentas ‘AME 2018’ juga akan diserikan dengan
persembahan eksklusif daripada kumpulan yang cukup sinonim dengan lagu-lagu
berirama hip hop dan R&B yang baharu sahaja membuat kemunculan semula
selepas menyepi selama 10 tahun; Ruffedge,
serta artis seberang yang sedang tular dengan lagu berhantu ‘Surat Cinta
Untuk Starla’; Virgoun.
PETIKAN KENYATAAN RASMI
WAKIL ASTRO
|
“Saban tahun penganjuran AME sentiasa mengundang
sudut persepsi berbeza yang diambil secara membina untuk meletakkan jenama ini
di tanda aras yang cemerlang. Menginjak tahun kelima, segala perancangan dan
penelitian sudahpun memasuki fasa terakhir bagi memastikan acara ini
berlangsung gilang gemilang seperti yang dirancang.
Pakej kandungan pengisian yang padat dan penuh
kejutan sudahpun dirangka untuk memberikan impak paling mendalam kepada bukan
sahaja penerima anugerah yang dipertandingkan serta penggiat seni tanah air
tetapi juga jentera peminat hiburan yang merupakan tunjang utama di sebalik kejayaan
AME selama ini.”
Pengurus
Kandungan ERA, Dhan Andreas:
“Seperti tahun-tahun berikut, ERA akan
mengekalkan momentum sebagai rangkaian radio dan digital yang akan menyajikan
hiburan dan informasi berguna kepada pendengar bagi AME 2018. Kami amat berbesar
hati dengan penglibatan kami dalam mengetengahkan penyanyi-penyanyi berbakat,
dan melihat nama-nama besar kali ini, kami yakin pemilihan pemenang kali ini
pasti memberikan debaran yang hebat kepada penonton.”
CARA UNTUK MENGHANTARKAN
UNDIAN ‘AME 2018’ BAGI FASA KEDUA
|
Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap
kategori boleh dibuat menerusi laman web rasmi di www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi
ERA dan Raku serta melalui kiriman
SMS bermula 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018, jam 12.00
tengahari.
Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung
malam ‘AME 2018’ kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan