CRISTINA SUZANNE BERGELAR ISTERI LELAKI BERASAL JOHOR
Hari ini sudah jatuh 1 April 2018.
Cepat sungguh masa berlalu kan? Terasa macam baharu sahaja kita menyambut Tahun Baru 2018 tetapi sekarang dah masuk bulan akhir suku tahun pertama.
Lazimnya bila jatuh 1 April 2018, ramai yang akan merancang pelbagai trik dan lawak agar dapat 'menipu' mangsa dengan berkata, "April Fool".
Kak Fas pun masa remaja dulu sering melakukan 'April Fool" pada rakan-rakan rapat hihi dan rasanya sehingga sekarang ia masih dipraktikkan netizen.
Pun begitu apa yang ingin Kak Fas kongsikan hari ini bukan main-main atau berita olok-olok tau tetapi benar dan betul haha?
Mungkin ada yang sudah tahu, pelakon berdarah kacukan dan berbakat dalam lakonan, Cristina Suzanne sudah pun bergelar isteri kepada seorang lelaki berasal Johor yang bernama Mohamad Faiz Zakaria.
Iya betul tau! Ini berita sahih.bukan main-main. Mana boleh main dengan perkahwinan kan?
Iya lah! Siapa sangka diam tak diam, tiada angin tiada ribut, pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman ini selamat bernikah dengan M. Faiz sehari sebelum 'April Fools Day'.
Perkongsian majlis ijab kabul dikongsi Cristina melalui laman Instagramnya dengan memuat naik foto hitam putih diiringi kapsyen ringkas '310318' sahaja.
Pemilik nama penuh Cristina Suzanne Stochill ini sebelum itu melangsungkan majlis malam berinai pada Jumaat sebelum upacara akad nikah berlangsung Sabtu.
Berita gembira itu turut dimuat naik oleh adik ipar pelakon 'Surf The Love' ini melalui Instagramnya (Siti Faiza Amira).
Jadi, tahniah diucapkan kepada Cristina dan pasangannya semoga bahtera perkahwinan yang dijalin kekal hingga ke Jannah.
Cristina sebelum ini pernah bertunang dengan seorang ahli perniagaan dari Pahang yang dua tahun lebih muda daripadanya namun ikatan bersama pemuda yang dikenalinya sejak di bangku sekolah tersebut terputus.
Percancangan untuk perkahwinan yang dijadualkan pada 22 Januari 2014 terpaksa dibatalkan atas alasan 'tiada jodoh" kata Cristina, selepas melayari tempoh pertunangan singkat bermula Oktober 2013.
Cristina mengakui putus tunang pada pertengahan Disember 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan