Majlis yang dihoskan oleh Faizal lsmail dan Elfira Loy dihadiri seramai lebih 800 tetamu termasuk , barisan selebriti lainya, pelanggan tetap Primavalet, ejen, personal shoppers dan ramai lagi.
Bertemakan glam lebaran, koleksi raya ini ternyata mempunyai sentuhan eksklusif dan mewah yang pastinya menawan hati semua tetamu yang hadir.
Menghimpunkan lebih daripada 126 orang model memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya, koleksi kali ini dijangka memberikan impak yang lebih maksima berbanding tahun sebelumnya.
Tidak terikat dengan konsep tertentu, Koleksi Primavalet Raya 2018 menampilkan elemen mewah, eksklusif, kontemporari namun ringkas dan sesuai serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat
Antara koleksi yang diperagakan pada malam tersebut termasuk Baju Melayu, Kurta, Baju Kebaya, Baju Kurung, baju kanak-kanak, koleksi sedondon famili dan juga himpunan koleksi baju kurung berasakan fabrik saree yang begitu memukau setiap mata yang memandang.
Tentu ada yang dah tak sabar nak rebut pilihan hati kan? Tetapi kenalah tunggu kerana kesemua busana yang diperagakan hanya akan mula dijual di seluruh cawangan PrimaValet bermula pada 5 Mei depan
Pilih sahaja dari mana-mana koleksi raya himpunan terbaik dari Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Ezuwan Ismail dan sudah tentunya koleksi pertama dari Primavalet sendiri iaitu PV Man, PV Woman dan PV Kids.
Selain itu koleksi jenama seperti Syus Couture, Zoud, Kukubesi dan Buranku.co akan turut berada di semua outlet Primavalet sempena hari raya nanti.
Kemuncak pertunjukan fesyen dimeriahkan oleh penampilan barisan duta 2018 yang digelar “Stars of Primavalet” menampilkan Zul Arifin, Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak beliau Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Amyra Rosli, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie dan Asyallie. Bagaimana pun, pelakon Shaheizy Sam.tidak dapat hadir kerana terlibat dengan penggambaran filem.
Barisan bintang yang cukup gah ini diyakini mampu menarik Iebih ramai pelanggan baru dan lama untuk membeli belah di Primavalet samada di outlet mahupun di atas talian.
Menurut Dr. Arshad,pada sidang media yang berlangsung terlebih dahulu, pemilihan selebriti dilakukan secara telus berdasarkan imej artis yang sesuai dengan Primavalet dan jumlah pengikut yang ramai di media sosial.
Kata beliau, untuk Syawal kali ini, Primavalet akan melancarkan Iebih dari 70 koleksi dan rekaan eksklusif malah mampu dimiliki oleh semua golongan.
"Kami turut tampilkan koleksi kanak kanak malah menyediakan pakej sedondon untuk keluarga yang sukakan konsep sedondon di pagi syawal”, tambah Dr. Arshad.
Sekali lagi untuk pengetahuan anda, kesemua busana yang diperagakan akan berada di semua outlet PrimaValet secara berperingkat peringkat bermula 1 Mei sehingga 1 Ramadhan dan pelanggan yang berminat boleh terus mendapatkan koleksi berkenaan di outlet, juga online di www. urimavalet.com dan juga melalui ejen dan personal shopper rasmi Primavalet.
Mencapai usia genap setahun pada hari ini, Primavalet terus unggul dalam melebarkan sayapnya untuk menjadi hub fesyen pakaian muslimah dan kontemporari tanah air.
Selain mempunyai outlet, terbesarnya di Ostia Bangi, primavalet turut mempunyai cawangan di Senawang, Negeri Sembilan ;di Kota Bharu, Kelantan malah bakal membuka cawangan terbaharu di Wangsa 118, Wangsa Maju Kuala Lumpur pada 5 Mei 2018 depan.
Corat-coret:
- Ketika keluar dalam gaya mengkut tarian 'katak' yang disiarkan pada layar pentas, penyanyi muda,Asad Motawh tergelincir dan jatuh di runaway (lihat video di bawah yang dimuat naik Asad dalam laman Instagramnya.(lihat video bawah).
- Pelakon Zul Ariffin dikejar media bagi mendapatkan kenyataannya bersabit isu 'anu' tular di laman sosial dan kata Zul kata laluan untuk laman IGnya diketahui oleh 3 orang kawan rapatnya dan bekas kekasihnya Zahira MacWilson bukan salah seorang daripada yang memiliki kata laluannya itu.
- Sementara itu, gara-gara Zul Ariffin memeluk pinggang Farah Nabilah, pelakon muda ini juga diasak dengan soalan apakah benar dia bercinta dengan Zul? Tetapi Farah masih tidak mahu mengiyakannya.
- Pelakon Atikah Suhaimi turut mendapat perhatian media dengan persoalan berhubung pertemuan dengan tunangnya, Awi Rafael. Awi dilihat hadir lewat tetapi sempat menatap tunangnya di pentas sambil memberikan tepukan dan sorakan. Kata Awi in sha Allah akan melangsungkan pernikahan pada bulan Mac tahun depan iaitu pada tarikh lahir Atikah.
- Dato Seri Vida tidak ketinggalan dikerumuni media dengan pelbagai soalan antaranya kenapa beliau kelihatan dah kurus. Bukan 'makan hati' kerana cinta katanya tetapi risau dengan pemasalahan perniagaannya. Jutawan kosmetik ini khabarnya menghadapi saman hutang dari LHDN sebanyak lebih RM4 juta. Wow!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan