MENANGI HADIAH HEBAT TONTON 'BALIK KAMPUNG BERSAMA PENSONIC'
Pejam celik, pejam celik dah nak masuk Ramadan dan pastu dah nak Raya. Sekejap je kan masa berlalu. Kadang kala tak terkejar kita dengan masa. Terasa macam banyak lagi yang perlu dilakukan namun masa tidak menunggu kita... jadi kita pun harus mempercepatkan apa yang perlu dipercepatkan gitu!
Dan apabila tiba bulan yang penuh mulia itu, sudah tentu banyak juga pihak tertentu mengadakan pelbagai promosi jualan samada untuk berbuka puasa atau pun produk berkaitan menyambut Raya.
Salah satu daripada promosi terawal Raya dianjurkan Pensonic Malaysia melalui kempen yang dinamakan 'Balik Kampung Bersama Pensonic'.
Kali ini Pensonic menyediakan lebih banyak ganjaran hebat sebagai tanda terima kasih kepada pengguna produk-produk berjenama Pensonic.
Contohnya, Kempen Chef’s Like Pensonic pada tahun-tahun sebelum
ini amat popular kerana ia seperti pesta bagi pengguna-pengguna produk
Pensonic.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik dianjurkan seperti kelas memasak bersama Chef
Selebriti Dato Chef Haji (DCH) Ismail, peraduan ‘Raya
Merdeka Bring Chef Home’, rancangan masakan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’
dan banyak peraduan ‘Tonton & Menang’.
Malah,musim ketiga rancangan ‘Chef Mail
Masak Bersama Pensonic’ berjaya mencapai penonton lebih daripada 6.3 juta
walaupun ia disiarkan hanya di TV3.
Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung
Bersama Pensonic' akan ke udara setiap Hari Isnin, jam 6.00 petang mulai 30
April 2018.
Dan bila menonton jangan lupa pula menyertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi
hadiah bernilai RM200,000.00 termasuk kereta Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan
rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 June 2018.
Nak sertai pun mudah sahaja di mana pengguna hanya perlu mengikuti
langkah-langkah peraduan seperti di bawah:
- Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke
atas dalam satu resit.
- 'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.
- 'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi
kepada Am).
- Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama
Pensonic’ di TV3.
- PM gambar-gambar resit, kad waranti,
butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.
Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook
Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini.
Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:
- Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
- TV LED 43" Pensonic
- Pendingin Udara Pensonic4.
- Ketuhar 45L Pensonic
- Pengisar Nutri De Blender Pensonic
- Penyaman Udara
Jangan kemana-mana jika anda ingin mengetahui
senarai Hadiah-hadiah istimewa yang akan dipaparkan di Facebook Pensonic tidak
lama lagi.
Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari
peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton &
Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan
‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai
30 April 2018.
Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri
daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah
80 pemenang bagi kesemua 8 episod.
Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan
dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah
menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi
sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah
Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!
Wow! Hebat-hebat belaka hadiahnya kan?
Selain daripada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah
utama, hadiah-hadiah mingguan dan mempelajari cara menyediakan resipi-resipi menyelerakan juga akan ditunjukkan dalam rancangan ini.
Antara barisan artis tempatan undangan Chef Ismail sudah tentu akan membuatkan
anda terpaku di hadapan kaca TV setiap Hari Isnin pada jam 6.00 petang.
Mereka terdiri daripada artis-artis tempatan ‘hot’ seperti Hafidz
Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Islam, Alif
Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas, Nur Ruhainies
Farehah Binti Zainul Ilyas, Ika Nabila binti Abdul Rahim dan YB Khairy
Jamaluddin Abu Bakar.
Kali ini, rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’
mengabdikan kenangan indah amalan tradisional ‘Balik Kampung’ di Hari Raya.
DCH
Ismail akan ‘Balik Kampung’ bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual
mengenai kenangan masa lalu. Kemudian, DCH Ismail dan selebriti akan memasak
makanan yang mereka gemari di Hari Raya.
"Tujuan produk-produk Pensonic wujud adalah
untuk para pengguna menikmati hidup dengan sepenuhnya dan membantu anda
meluangkan masa dengan mereka yang tersayang, terutamanya keluarga anda. Tiada perkara
yang lebih memuaskan hati daripada memasak hidangan-hidangan anda sendiri dan
berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan.
"Oleh itu, kami berharap supaya anda
mempunyai pengalaman yang menyeronokkan apabila anda memasak untuk mereka yang
tersayang. Resipi-resipi DCH Ismail dalam rancangan 'Balik Kampung Bersama
Pensonic' dan Kelas-kelas Memasak 'Balik Kampung Bersama Pensonic', termasuk produk-produk
Pensonic, tentu akan membuat pengalaman memasak satu perkara yang
menyeronokkan", kata Pengarah Executive Kumpulan Pensonic, En.Nelson Chew.
Beliau menambah, "Tahun ini juga, kami
bekerjasama dengan peniaga-peniaga untuk mengadakan ‘Kelas-kelas Memasak Secara
Langsung’ (Live Cooking Classes) di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.
Lokasi
kelas-kelas memasak ini akan dipaparkan di Facebook Pensonic, oleh itu anda
dipersilakan supaya mengikuti (follow) Facebook Pensonic untuk
mendapatkan informasi terkini.
Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam
kelas memasak ini dapat membawa pulang hidangan lazat yang telah mereka
sediakan dalam kelas memasak, dan juga hadiah-hadiah bernilai RM450.00,
termasuk Periuk Serbaguna Pensonic!
Satu lagi berita menarik ialah peserta-peserta Kelas
Memasak juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM200,000.00 apabila
mereka menonton rancangan 'Balik Kampung Bersama Pensonic', dan menyertai peraduan
Beli, Tonton & Menang. Jadi, segera ke laman Facebook Pensonic untuk
mengetahui lebih lanjut!"
Pensonic, bersama-sama dengan DCH Ismail, inginkan
rakyat Malaysia menikmati hidangan-hidangan berkhasiat yang dimasak di rumah,
meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan mengamalkan kehidupan yang sihat.
Resipi-resipi yang dipertontonkan didapati dalam kebanyakan rumah tangga di Malaysia. dan lebih memudahkan apabila memasak menggunakan produk-produk Pensonic,
Yang pasti, anda akan belajar bagaimana untuk memasak seperti
seorang ‘Chef gitu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan