NEELOFA, HEBE TAN ARTIS TERBAIK WAKILI OPPO F7
Antara Neelofa dan bintang muda Taiwan, Hebe Tan, agaknya yang mana satu lebih popular dan mendapat sambutan hangat ketika kedua artis popular ini muncul pada majlis pelancaran OPPO F7 baru baru ini.
Rasanya korang boleh menjawab sendiri ya... tetapi yang penting kedua artis terkenal di dua benua berbeza ini disatukan oleh OPPO sebagai duta produk telefon bimbit terbaharu OPPO F7
Masing-masing mempunyai aura, keanggunan, kelas dan keperibadian yang tersendiri untuk memancing pengguna dan peminat jenama OPPO.
Selain kecantikan yang dimiliki serta bakat yang telah membawa kemenangan pelbagai anugerah serta dikenali di peringkat antarabangsa menyakinkan OPPO untuk memilih mereka mewakili OPPO F7.
"Saya teruja dilantik oleh OPPO sebagai duta produk F7. Sebagai seorang yang suka berswafoto,
telefon pintar luar biasa ini dilengkapi dengan teknologi Pengecaman
Kecantikan A.I. 2.0 akan membawa fotografi swafoto ke suatu tahap yang baru.
Dengan keupayaan F7 mengimbas wajah dengan lebih tepat dan memberikan kesan
kecantikan yang lebih baik, saya kini dapat mengambil swafoto secara semulajadi
dengan mudah dan kemudian berkongsinya bersama para peminat saya", kata Neelofa.
Dan ini pula kata Hebe:
"Pengecaman
Kecantikan A.I. 2.0
telah mempertingkatkan teknologi swafoto daripada pendahulunya dengan membolehkan penggunanya mengambil
swafoto yang lebih baik dengan impak semulajadi. Di samping itu, cermin khas
yang berkilat di belakangnya dapat menjimatkan masa saya untuk mencarinya dari
dalam beg saya kerana warna merahnya itu mudah menarik perhatian. Saiz telefon
6.2 inci OPPO
F7 ini senang untuk dipegang
dan sesuai bagi kegunaan harian saya".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan