Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RISTEENA LEBARKAN SAYAP 'CANTIK DARA'



Pelakon 'Playboy Itu Suami Aku' ini baharu berusia 28 tahun dan masih dara.

Jadi kesimpulannya, memang sesuailah Nur Risteena Munim Zainul Ilyas atau lebih dikenali dengan nama singkat Risteena bergelar Pengarah Urusan kepada syarikat yang mengeluarkan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang diberinama "Cantik Dara"..

'Cantik Dara' diberikan penjenamaan semula di bawah syarikat Cantik Dara Sdn Bhd milik Risteena dan seorang rakan yang mahu namanya dirahsiakan.

"Saya melabur kira-kira RM100,000 untuk perniagaan ini," ujar Risteena ketika ditemui pada majlis pelancaran produk 'Cantik Dara" dan pengumumannya sebagai Pengarah Urusan syarikat tersebut di Kuala Lumpur petang semalam.


Mesti korang tertanya-tanyakan duit siapa yang Risteena guna tu kan?

Jangan nak gosip tau, duit berkenaan merupakan simpanan Risteena selama lima tahun dalam bidang lakonan.

"Ini duit titik peluh saya yang saya simpan selama 5 tahun hasil berlakon," kata Risteena menafikan persoalan yang timbul kemungkinan beliau mendapat tajaan seseorang.

Menurut Risteena, beliau tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa apatah lagi menerima tajaan daripada mana-mana individu khususnya lelaki yang mahu mengambil kesempatan.

Tindakannya melabur semata-mata kerana yakin dengan produk yang  mampu menyelesaikan masalah kulit dihadapinya.

"Selama empat tahun menggunakan produk ini saya mendapati ia amat berkesan dan kulit saya semakin bebas masalah jadi kerana itulah antara faktor kenapa  saya sanggup melabur menjadikan Cantik Dara satu perniagaan yang mampu menjana  pulangan," harapan Risteena.

"Selama mana bidang lakonan boleh menjamin masa depan. Satu hari nanti bila dah tiada tawaran, di mana mahu mencari duit. Jadi dengan bisnes ini saya berharap dapat membina pendapatan tetap malah membuka peluang juga kepada khalayak untuk menjana duit sampingan," tambah kakak kepada pelakon Ruhainies ini.

“Saya  mahu memberi peluang kepada segelintir masyarakat  menjana pendapatan bersama Cantik Dara dengan menjadi agen dan stokis. saya yakin dengan kualiti produk ini, la bukan saja laris serta mendapat sambutan, bahkan mampu membantu agen dan stokis Cantik Dara untuk meningkatkan taraf kualiti hidup mereka,” katanya.

Iya! peluang yang dibuka Risteena ini boleh direbut mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi agen dan stokis produk Cantik Dara BeauSkincare.

Mereka boleh berurusan dengan pihak pengurusan Cantik Dara Sdn Bhd menerusi talian 03-78325333 atau emel: info@cantikdara.com.


Produk Cantik Dara Beauty & Skincare dihasilkan di Melaka Biotechnology Corporation (Mekala Biotech), dijamin bebas dan selamat dari bahan kimia dan bahan terlarang malah, produk yang halal serta sah wudhuk ini turut mendapat kelulusan pihak Kementerian Keshatan Malaysia (KKM)

Setekat ini 'Cantik Dara" mempunyai lima produk utama iaitu Habatus Sauda Soap, serum Moisturizer Apple Stemcell, CC Cream Foundation Full Coverage Natural Color, Lip Matte (7 warna) dan Mascara. 

Antaranya, kegemaran Kak Fas tentulah mascara apatah lagi menurut Risteena, mascara Cantik Dara mudah ditanggal malah mesra solat. Terima kasih Risteena... nanti Kak Fas cuba ya!


Dengan harga mampu milik dari antara RM30 hingga RM100 lebih, Risteena yakin 'Cantik Dara' boleh berkembang maju dan mendapat sambutan hangat.

"Melalui jenama nya ia bukan bermakna produk ini untuk si dara sahaja tau tetapi untuk kegunaan golongan wanita yang mahu kelihatan cantik bagaikan anak dara," ujarnya dalam ketawa kecil persis slogan produk.

Sempena promosi dan pelancarannya juga, pihak pengurusan turut memperkenalkan teknologi e-KUT di mana  Cantik Dara merupakan  produk kecantikan dan penjagaan kulit tempatan pertama di dunia menggunakan teknologi seumpama.

Teknologi berkenaan dilihat mampu memberikan pengalaman baru buat pengguna untuk mendekatkan diri dengan produk  menerusi paparan video.

Selain mengetengahkan info produk, pengguna  berpeluang untuk mengetahui cara produk Cantik Dara dengan lebih efisyen dan mendalam menerusi beberapa paparan video tutorial yang turut dikongsi di dalam aplikasi tersebut.

Anda cuma perlu download app berkenaan dan mulakan perniagaan bersama Risteena agar penampilan anda nanti sentiasa cantik macam bunyi sloganya 'cantik macam anak dara' ya!

Yang berminat boleh membuat pembelian produk menerusi link laman webnya www.cantikdara.biz atau bagi memudahkan sila klik  INI.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan