Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO TAWAR SALURAN PERCUMA 'RAMADAN HD'


Bertemakan 'Meriah Bersama' stesen televisyen berbayar, Astro  bakal menyajikan pelbagai program istimewa  di kesemua platformnya termasuklah di ruangan digital televisyen, radio dan menerusi penganjuran aktiviti lapangan (on ground), sempena bulan  Ramadan 1439 Hijrah yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi.

Berita paling menarik tentulah usaha Astro menghargai pelanggan yang mempunyai perkhidmatan berdefinisi tinggi (HD) kerana mulai 12 Mei ini mereka berpeluang mendapatkan saluran khas yang dinamakan 'Ramadan HD' (saluran 122)  secara percuma .

Betul tau! Anda tidak perlu membayar apa-apa sebab ia percuma disalurkan khas sempena bulan mulia ini.

Ia kemudiannya akan dipanjangkan ke musim perayaan menerusi saluran ‘Raya HD’ dari 14 Jun 2018 sehingga 15 Julai 2018.

Dan saluran khas ini bakal menyajikan seleksi program Ramadan dan Raya terbaik yang disusun berselang-seli tanpa henti merangkumi pelbagai genre berbeza.

Kemeriahan Ramadan dan Raya akan turut dirasai oleh pelanggan perkhidmatan satelit televisyen percuma pertama di Malaysia, NJOI, yang mana mulai 15 Mei 2018, NJOI akan memperkenalkan sebuah saluran khusus untuk pelanggannya. 

Saluran NJOI (saluran 100) ini akan bersiaran selama 24-jam dalam Bahasa Melayu dan bakal menyorot kembali kehebatan program-program terdahulu yang pernah menambat hati penonton. Menarik lagi, saluran ini memiliki akses langsung dengan kandungan-kandungan premium yang pernah disiarkan di saluran-saluran bahasa Melayu Astro.

Mengulas mengenai pemilihan tema ‘Meriah Bersama’ yang melatari kempen Ramadan dan Raya Astro 2018 serta pengenalan saluran ‘Ramadan HD’, Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh \berkata:


“Kami merasakan bahawa tema ‘Meriah Bersama’ yang dipilih ini bertepatan dengan usaha kami untuk menghargai pelanggan yang selama ini setia bersama kami. Tema ini memberi maksud yang sangat luas dan ia menggambarkan kegembiraan yang dikongsi bersama setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang masing-masing.

Kami juga ingin meraikan konsep kebersamaan, keharmonian dan kepelbagaian di antara setiap rakyat Malaysia menerusi kandungan yang kami zahirkan di musim perayaan ini. Justeru itu, pada tahun ini, untuk pertama kalinya kami memperkenalkan saluran ‘Ramadan HD’ yang menyajikan kompilasi program yang padat dengan aspek kerohanian dan moral untuk membantu kita lebih menghayati bulan yang penuh barakah ini.”

Untuk tahun 2018 ini, sebanyak 38 program menarik dan terbaharu disediakan khas buat santapan rohani penonton. Merangkumi program-program keagamaan, telefilem, dokumentari, drama bersiri, majalah, sketsa, animasi dan rancangan khas seperti variasi, travelog serta bual bicara, saluran Islamik; Astro Oasis sekali lagi bertindak sebagai saluran utama yang menghiasi seleksi Ramadan Astro.

‘Inspirasi Luar Biasa’ dijadikan latar dan panduan kandungan yang dizahirkan di saluran Astro Oasis. Tema khas ini dipilih bagi memberi penghormatan kepada insan-insan istimewa yang memiliki keperibadian hebat dan menjadi sumber inspirasi ramai di atas kejayaan demi kejayaan yang telah diraih sebelum ini seperti antaranya, Encik Sukur Ibrahim.

Di antara program-program menarik yang disusun khas untuk penonton termasuklah ‘Legasi Luar Biasa’ yang turut memartabatkan golongan kurang upaya yang telah memperkasakan komuniti menerusi pelbagai inisiatif positif.

‘Al Kauthar: Sentuhan Qalbu’ yang dikemudikan oleh Ustaz Don Daniyal akan mengupas isu-isu terkini yang berlaku dalam masyarakat hari ini, ‘Trek Muslim’ pula bakal memaparkan kisah-kisah kejayaan ulama dan ikon Islam, serta sebuah program masakan yang berlandaskan sunnah Nabi, ‘Mahabbah Meals’ yang dihoskan oleh Mat Dan bersama selebriti media sosial, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali dengan nama Adamdidam.

Saluran utama berbahasa Melayu lain turut memainkan peranan masing-masing dalam menyinari bulan mulia ini dan hadir dengan program-program menarik seperti ‘Meremang: Suriram’ (Astro Prima), ‘Diari Ramadan Neelofa’ dan ‘Resipi Memikat Isteri 2’ (Astro Ria) serta ‘Sepahtu Reunion Al Puasa’, ‘Ustaz Evo’ dan ‘Dapur Hancur Lebur’ (Astro Warna). 



Menariknya lagi di bulan Ramadan ini, animasi Islamik kanak-kanak yang menyampaikan mesej Islamik secara santai menerusi lagu-lagu menarik khas buat si cilik, ‘Omar & Hana’ bakal kembali dengan musim kedua – lebih segar, lebih keceriaan. ‘Omar & Hana’ juga baru-baru ini telah mengumumkan kolaborasi bersama Naelofar Hijab, Siti Khadijah dan Durra dalam mempromosikan produk-produk istimewa edisi ‘Omar & Hana’ sempena Ramadan dan Raya ini.

Lebih istimewa lagi, Astro akan terus memeriahkan Ramadan dengan menjayakan beberapa aktiviti lapangan, bertujuan untuk beramah mesra dengan pelanggan, 

Astro akan berada di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada setiap hari Sabtu, mulai jam 3.00 petang, dari 18 Mei hingga 20 Jun 2018




Selain dari kaunter-kaunter jualan Go Shop dan Astro Circle, peminat akan berpeluang menemui barisan selebriti terkenal tanahair seperti Siti Nordiana, Nazim Othman, Zara Zya, Wany Hasrita, Tajul, Haqiem Rusli dan ramai lagi.

Astro turut terlibat menjayakan ‘Karnival Karangkraf Meriah Bersama Astro’ yang akan diadakan di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada 1 hingga 3 Jun 2018. Pelbagai aktiviti menarik, acara ilmiah dan Islamik serta hadiah misteri menanti pengunjung yang hadir.


Dengan adanya himpunan program dan aktiviti sempena Ramadan serta ditambah pula dengan kepelbagaian pilihan platform yang ditawarkan, segala-galanya menjadi lebih mudah dan cepat.





Corat-coret:


  • Mawi tidak sabar untuk melihat filem arahan pertamanya yang belum diberikan judul tampil menemui penonton pada bulan Oktober ini. Walau pun sudah bersedia dikritik namun Mawi berharap biarlah kritik yang akan dilemparkan itu membina dan bukan pandai cakap sahaja tanpa memberikan input atau cadangan bagaimana perlu diperbaiki kelemahan yang ada tersebut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan