Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FELDA D'SAJI TAWAR BUFET RAMADAN HARGA MAMPU!


Dengan 20 tahun pengalaman dalam penyediaan Bufet Ramadan, Felda D’Saji merupakan satu-satunya destinasi pilihan ramai yang menghidangkan kepelbagaian menu dengan harga mampu bayar.

Mama tidaknya dengan hanya berbelanja kira-kira RM88 seorang, pengunjung boleh menjamu kira-kira 120 jenis juadah bertemakan ‘Colours of Malaysia.



Lebih menariknya, apabila diberikan pula diskaun sehingga RM44 seorang jika tempahan dibuat pada tiga hari pertama Ramadan.

Pun begitu, anda harus cepat merebutkan peluang itu samada buat tempahan secara dalam talian atau berhubung dengan pihak berkenaan terus. Ini kerana harga khas berkenaan hanya terhad kepada 100 tempahan awal sahaja.

Kak Fas percaya dengan harga mampu itu, sasaran Felda D’Saji untuk mengaut sekurang-kurangnya RM3 juta jualan daripada lima buah cawangan restorannya bakal direalisasikan. 

Selain buffet Ramadan di Dewan Perdana Felda, pengunjung boleh memilih untuk berbuka di empat lagi cawangannya iaitu di Red Carpet Avenue, Orchard Villa, Tasik Titiwangsa dan Lake Cempaka Villa.

Memandangkan baru-baru ini Kak Fas dijemput hadir untuk menikmati prebiu Ramadan di Dewan Perdana Felda, jadi tumpuan Kak Fas sudah tentu kepada juadah yang disediakan di restoran induk Felda D’Saji berkenaan.   

Seramai 40 chef digunakan bagi menyajikan juadah berbuka puasa dengan hidangan utamanya. ‘Nasi Dalam Perut Kambing’.






Ramai yang teruja dan tidak sabar mahu menikmatinya sebaik sahaja gimik pelancaran dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif D’Saji, Encik Ahmad Zaki Abdullah di mana beliau memotong perut kambing golek dan bertaburan nasi jatuh bagaikan hujan. 

Kak Fas dan rakan-rakan media serta bloggers yang hadir sudah tentu tidak berkesempatan untuk mencuba kesemua masakan yang tersedia tetapi yang pasti nampak cukup menyelerakan.

Untuk memudahkan golongan yang sentiasa sebuk atau tida'k sempat untuk masak berbuka bolehlah mencuba tawaran istimewa dari Felda D'Saji tahun ini iaitu perkhidmatan 
D’Saji Delivery.

Iya... sepanjang bulan Ramadan,  D’Saji Delivery menawarkan  pakej serendah RM300 yang boleh dinikmati oleh 12 sehingga 15 orang lengkap dengan hidangan utama serta pencuci mulut. 


Namun penghantaran hanya dibuat sekitar Lembah Kelang di dalam radius15 kilometer. Yang duduk jauh eloklah datang sahaja ke Dewan Perdana Felda ya.

Jadi bagi mereka yang mahu membuat tempahan boleh menghantar  emel ke salesdsaji@felda.net.my, atau menghubungi talian 03-2698 8302.

Selain dari itu, 4 lokasi Bufet Ramadan yang lain dengan tema tersendiri juga sedia untuk dikunjungi. Orang ramai boleh terus ‘walk-in’ ke cawangan – cawangan D’Saji untuk berbuka puasa.



Tema yang diperkenalkan mengikut lokasi adalah ‘Colours of Malaysia’ di Dewan Perdana Felda, ‘Taste of Asean’ di D’Saji KL Titiwangsa, ‘Malay Authentic and Grills’ di Orchard Villa Gombak dan Cempaka Villa Bangi, dan citarasa ramadan di Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara.

Jadi, tepuk dada tanya selera.. pilih yang mana berkenan di hati.

Namun bagi Kak Fas, memandangkan perut pun kecil Kak Fas ambil secubit dua untuk merasai jika tidak semua pun sebahagiannya sahaja. Yang penting walau sedikit pun lidah boleh membuat ulasan sedap ke tidak kan?

Sebagai anak Perak, tentulah Kak Fas mencari gulai tempoyak. Di sini disediakan pais  ikan patin masak tempoyak... kalau ikan temoleh dari Sungei Perak mesti lagi sedap. Lama sungguh dah tak jumpa ikan temoleh yang terkenal di Kuala Kangsar. Entah ada ke tidak lagi jenis ikan itu?

Apa pun janji tempoyak... Kak Fas belasah je... memang sedap hihi.

Paling Kak Fas suka juga melihat stesen pemanis mulut. Beraneka jenis kuih muih termasuklah yang wajib di dahulukan iaitu buah kurma disediakan. 

Iyalah bagi Kak Fas bila berbuka mesti nak dahulukan dengan kurma dan pemanis mulut sebelum mencari menu utama haha.. Lain orang lain seleranya kan. Tetapi jangan lupa u alls dahulukan pemakanan anda dengan buah-buahan tau.

Ok.. Kak Fas tak mau cerita panjang.. kalau nak rasa keenakan juadah berbuka puasa yang lazat dan murah...jom buat tempahan di Felda D'Saji dan di empat lagi cawangannya yang disebut di atas tadi.

Boleh juga KLIK SINI untuk mendapatkan info mengenai Felda D'Saji Titiwangsa ya atau layari 

Khabar terbaharu, Felda D’Saji kini juga telah bersedia untuk meneroka pasaran perkhidmatan perhotelan dan franchise. Penerokaan bidang baharu ini pastinya akan membawa Felda D’Saji ke fasa baharu yang lebih baik serta lebih berdaya saing.






..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan