NIKMATI 100 HIDANGAN BERBUKA DI ASIATIQUE ROYAL CHULAN SEREMBAN
Bufet Ramadan: Restoren Asiatique The Royal Chulan, Seremban.
Terima kasih Ms Sofiah Baharuddin, Pengurus Pemasaran & Kommunikasi
Baru-baru ini Kak Fas dijemput untuk hadir menikmati bufet Ramadan di hotel The Royal Chulan Seremban.
Agak jauh juga apatah lagi Kak Fas tinggal di Kuala Lumpur. Tetapi pada hari yang ditetapkan Kak Fas terpaksa tolak undangan kerana jadual tidak mengizinkan. Waktu itu Kak Fas berada di luar kota atas urusan lain.
Namun, tidak disangka pula, Pengurus Pemasaran & Kommunikasi hotel berkenaan, Sofiah Baharuddin tidak menolak cadangan Kak Fas agar dapat hadir pada tarikh lain malah diberikan pula penginapan sekali gus supaya tak perlulah Kak Fas pulang tergesa-gesa ke Kuala Lumpur selepas berbuka.
Iya lah kan... selalu selepas berbuka dan solat tarawih sudah tentu mengantuk nak bawa kereta ya tak?
Jadi pada 26 Mei lalu, Kak Fas pun bertolaklah ke The Royal Chulan Seremban. Mengambil masa kira-kira hampir dua jam disebabkan kesesakan lalu lintas, kehadiran Kak Fas di meja pendaftaran sudah dimaklum. Jadi segala urusan berjalan pantas malah kakitangannya mesra melayan.
Sejujurnya ini pertama kali Kak Fas berada di The Royal Chulan Seremban yang terletak di kawasan Taman Perdana Seremban, Negeri Sembilan. Mujur ada 'waze' bagi membantu perjalanan yang licin hihi!
Hotel bertaraf empat bintang ini mengandungi 345 bilik dan suites dengan pecahan 3 kategori bilik tetamu serta 5 kategori suites seperti Standard Room, Deluxe Room, Executive Room dan Executive Suite, Alcove Suite, Duplex Suite serta Royale Singgahsana Suite.
Kak Fas diberikan bilik Kingsize Deluxe Room rasanya...biliknya luas dan mempunyai amenities sebuah hotel bertaraf antarabangsa lengkap sterika, hair dryer mahu pun sejadah yang digantung dalam plastik lagi agar tidak dicemari habuk.
Memang itu kemudahan penting yang sering Kak Fas cari apabila menempah hotel iaitu sterika, pengering rambut dan sejadah. Semuanya ada dalam bilik ini....kudos!
Berehat seketika sementara menunggu waktu berbuka, Kak Fas membelek beberapa flyers yang dibekalkan dalam bilik dan antaranya itu sudah tentu brocur Bufet Ramadan 'Citarasa Asiatique'.
Sebab itulah tujuan utama kedatangan Kak Fas... ingin merasai hidangan berbuka puasa di Restoren Asiatique.
Membaca temanya sahaja, ‘Citarasa Asiatique” sudah dapat
dibayangkan hidangan serta juadah berbuka puasa yang ditawarkan.
Bayangkan, ada lebih kurang 100 pilihan pelbagai hidangan setiap negeri di Malaysia termasuk menu antarabangsa disediakan oleh 37 kakitangan yang diketuai oleh Sous Chef, Ahmad Mahamod.
Antara hidangan utama popular khabarnya meliputi 'Whole Roasted Lamb" (Kambing Panggang), Sup Gear Box, Nasi Briyani Kambing, Kari Kepala Ikan, Udang Seri Menanti, Gulai Perut Rebung, Daging Salai Mangga Muda, Kari Tulang Rawan Istemewa dan Ekor Asam Pedas .
Pendekata, terdapat sembilan masakan untuk hidangan utama tidak termasuk pelbagai lagi juadah yang disediakan melalui 15 gerai berkonsepkan warung dengan nama berkaitan daerah-daerah di negeri Sembilan seperti Warung Seri Menanti, Warung Seri Mantan, Warung Seri Rasah malah ada juga Warung Uncle Lim.
Kehadiran Kak Fas di Restoren Asiatique menyaksikan begitu ramai tetamu yang hadir sehingga hampir penuh ruang dalaman restoren malah melimpah ke bahagian luar di mana beberapa meja bulat 10 orang dipasang.
Barangkali, pada hari berkenaan tetamu hadir untuk meraikan ulang tahun ke 9 hotel berkenaan yang menawarkan diskaun sehingga RM95 seorang berbanding harga biasa iaitu RM110 (dewasa) dan RM55 (kanak-kanak).
Mungkin juga ditambah dengan kehadiran mereka yang menempah awal pada harga sama yang ditawarkan pada 1 April hingga 16 Mei lalu tetapi belum sempat hadir berbuka.
Meninjau terlebih dahulu suasana di bahagian dalam restoren serta warung-warung di sebelah anjung berdekatan kolam renang, memang meriah.
Sayang sekali Kak Fas tidak dapat tempat duduk yang selesa di dalam ruang restoren, (mungkin pihak F&B terlepas pandang untuk menempah meja agaknya), jadi terpaksalah Kak Fas berulang alik agak jauh untuk mengambil makanan.
Warung pertama yang Kak Fas tuju selain mengambil minuman yang beraneka jenis disediakan adalah 'signature dish' nya iaitu Apam Balik
Kak Fas memang suka apam balik apatah lagi dimasak panas-panas. Istemewanya, walau pun apam balik berisi kacang dan jagung ini nampak keras dan garing di luar tetapi bila dimakan ia lembut dan cukup lemaknya. Memang enak...lain daripada kebiasaan yang dijual digerai - keras, garing dan tidak lemak.
Kak Fas ini jenis berbuka dengan manisan jadi selain Apam Balik yang dituju, Kak Fas juga ternampak bubur durian.
Emm... memang favorit tu. Apa lagi itu juga pilihan utama Kak Fas lengkap dengan pulut sehingga terlupa nak menjamah buah-buahan terlebih dahulu seperti kebiasaannya. Kan disyorkan makan buah dulu sebelum nasi kan?
Tetapi disebabkan apam balik dan bubur durian terlupa buah-buahan huhu... tak apa lah sekali sekala kata orang kan?

Jadi selepas berbuka dengan manisan, Kak Fas berpusing lagi untuk meninjau bahagian utama hidangan yang terdapat pada ruang dalaman restoren Asiatique yang cukup luas ini.
Selain nasi putih, tetamu mempunyai pilihan beberapa jenis nasi lain seperti nasi briyani, nasi ulam, nasi goreng ikan masin dan banyak lagi.
Kak Fas memilih sedikit nasi briyani dan nasi ulam dengan campuran ayam briyani dan acar termasuklah ikan pari, beberapa kepingan kambing panggang dan juga otak-otak rasanya ni. Tengok gambar di bawah ni ya haha...
Bila nak review kenalah rasa serba sedikit ya tak... nanti kekenyangan pulak.
Tetapi itulah... perut perempuan ni kecil... banyak mana sangat boleh hadam sekali gus terpaksalah pilih mana yang berkenan di mata dan selera.
Kak Fas tidak ketinggalan merasa kari kepala ikan apabila suami kata sedap sangat. Tetapi bila nak ambil alamak dah habis.... cepat sungguh.... patutlah .....sedap rupanya...tetapi dapatlah juga rasa kuahnya... memang ummph!
Memandangkan perut dah pun sendat Kak Fas mahu mengakhiri makan dengan mencari buah-buahan (kerana terlepas waktu berbuka) di Warung Seri Mantin. Sambil itu mata memandang ke arah kiri di mana terletaknya warung ABC.
Wah! Ini lagi hebat... tetamu bolem mengisar ais sendiri dan memilih lebih daripada 20 'condiments' tersedia. .. tepuk dada tanya selera gitu!
Pada ruang lain pula, ramai juga yang mahu menikmati hidangan oriental di Warung Uncle Lim antaranya seperti mee kari dan meehoon, malah ada juga char kuey teow.
Dan bagi yang mahukan makanan ringan boleh memilih murtabak, popiah atau roti john, satay, 'seafood' dan yang tersedia di warung-warung berhampiran.
Jika mahu diperincikan satu persatu hidangan yang ada memang panjang lebarlah.jadinya tulisan ini.
So... sebaiknya anda pergi sendiri untuk merasai dan menikmati 'Citarasa Asiatique' yang terdapat di Hotel Royal Chulan Seremban ini.
Terutama yang suka makan 'bubur lambuk' yang menjadi menu khas setiap Ramadan, boleh mencuba 'Bubur Lambuk Berempah Asli' di hotel ini kerana ia dikatakan sering mendapat kemenangan dalam pertandingan.
DIbuka dari jam 6 petang hingga 10.30 malam, anda boleh makan sepuas hati cuma jangan membazirlah ya... seperti peringatan yang dipaparkan pihak hotel...
Malah jika rasa mengantuk boleh menempah bilik di mana pihak pengurusan hotel ada menyediakan promosi khas sempena Ramadan.
BIla dah ada bilik penginapan tak perlu lah tergesa-gesa makan ya tak? Boleh naik bilik bersolat dan turun balik sambung makan hihi...itu pun jika masih lapar lah kan...
Ya! Dengan harga RM276 nett sebilik untuk semalam, anda boleh berehat di bilik Deluxe di mana pakej penginapan ini termasuk bersahur untuk dua orang. Waktu bersahur di buka dari jam 2 pagi hingga 5 pagi.
Jadi, bagi mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung atau pun balik KL selepas berehat hujung minggu elok sahaja singgah di sini jika tidak sempat sampai ke rumah untuk berbuka.
Lokasi hotel pun tidak jauh daripada lebuh raya Utara-Selatan, hanya 30 minit perjalanan dari KLIA, 20 minit dari Port Dickson malah berdekatan Istana Menanti mahu pun gedung membeli-belah Seremban Parade.
Dengan rehat yang cukup membolehkan anda meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju dengan rasa segar.
Tempahan bufet ramadan mahu pun penginapan boleh dibuat melalui talian 06-766 6666 Ext 6106 atau emel ke sales@royalchulan-seremban.com.
Malah untuk mendapatkan info lanjut boleh juga layari laman webnya dengan KLIK SINI
Semoga tahun hadapan Kak Fas dapat sekali lagi berbuka di sini untuk mencuba pula beberapa hidangan yang terlepas rasa seperti Sup Gear Box, Mee Kari, Bubur Pulut Hitam, ABC, Kari Tulang Rawan Istemewa dan tentunya Kari Kepala Ikan sekali lagi.
Malah mungkin juga boleh review bilik penginapannya pula yang memberikan kemudahan berehat dalam suasana tenang lagi damai berhadapan Taman Tasik Perdana Seremban yang pemandangannya sejuk saujana mata memandang!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan