Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NONISWARA, NEERA AZIZI KONGSI KRIM MUKA APSKIN


Dua artis mewakili generasi lama dan baharu telah diundang untuk menjadi jurucakap produk nombor satu di Australia, 'Apskin Face Cream ' keluaran jenama Renovatio Bioscience yang diperkenalkan di pasaran Malaysia baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada pelakon Noniswara Baharudin dan artis muda, Neera Azizi atau nama penuhnya, Nurazneera Azizi, 20 tahun.
,
Seperti yang dapat anda lihat, perbezaan usia  antara mereka tidak banyak ketara daripada segi tekstur, kelembutan dan seri wajah  masing-masing.

Bagaimana nak mendapatkan wajah licin dan segar seperti mereka? 

Jawabnya tentulah dengan penjagaan muka yang baik dan sistematik lebih -lebh lagi apabila produk yang digunakan serasi kulit. 

Sudah tentu selama ini mereka berdua mempunyai produk penjagaan muka yang berlainan jenama apatah lagi jarak usia masing-masing contohnya produk A milik Noniswara (kanan) mungkin belum pernah dicuba atau dikenali oleh Neera.

Begitu juga sebaliknya.

Namun yang pasti terkini, kedua mereka sudah mencuba 'Apskin Face Cream' iaitu krim wajah yang khabarnya merupakan produk jualan nombor satu terhangat di Australia.

"Dalam masa tiga bulan mencuba produk ini, saya rasa ia sesuai dalam memelihara, memulih mahu pun menyegarkan kulit wajah," komen Noniswara berkaitan kesan yang diperoleh selama menggunakannya.

Dengan formula antioksida yang terkandung di dalam krim ini ia membantu Noniswara kelihatan awet muda dnegan kulit wajah yang lebih tegang.

Apa pula pendapat Neera? Sudah tentulah kulit wajahnya masih tegang dan berseri dalam usia 20an kan... jadi apa perlu menggunakan 'Apskin"? 

Mungkin itu persoalan anda ya tak?

Mereka yang arif mengenai pentingnya penjagaan wajah tentu kurang setuju jika dikatakan apa perlu menggunakan  produk jika kulit masih tegang ya tak?

Kita dengar dulu apa kata pakar saintis muda yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran dan penciptaan 'Apskin Renovatio Bioscience' ini...


KAK Fas bersama Dr, VIncent dan Patrick Goi (kanan)

"Kita harus menjaga kulit wajah ketika remaja dan tidak perlu menunggu kulit dah matang baharu nak mula menjaganya. Walau pun masih belum terlambat tetapi disyorkan mengguna prodok penjagaan kulit yang sesuai bagi memelihara tona dan tekstur kulit agar tidak kendur pada usia muda, " pendapat Dr. VIncent Candrawinata sebagai pengasas dan pengkaji rangkaian produk 'Renovatio Bioscience'.


"Ya benar, setelah menggunakan produk ini selama lebih 2 bulan saya dapati kulit wajah saya semakin segar dan kurang berhadapan dengan masalah jeragat, pigmentasi dan sebagainya," ulas Neera Azizi.

Turut hadir berkongsi pengalaman masing-masing terdiri daripada tetamu jemputan seperti Pengarah 'Mrs Malaysia Globe National', Isabelle Low yang merupakan seorang pesakit barah tetapi masih bertahan setelah mencuba produk keluaran 'Renovatio Bioscience'. Bersamanya, Mrs ASEAN 2016, Samantha Goh serta Gerard Clancy, Pengedar bagi Rantau Asia dan juga Patrick Goi, rakan kongsi Malaysia bagi 'Renovatio Bioscience'.

Korang dah dengar kan? 

Daripada penerangan lanjut yang disampaikan oleh Dr. Vincent, Kak Fas yakin produk ini bakal menjadi tular malah mendapat sambutan hangat di kalangan netizen yang prihatin terhadap penjagaan dan kecantikan diri apatah lagi kandungannya seratus peratus daripada buah epal.

Apa pun, jika  nak tahu lanjut berhubung khasiat 'Apskin Renovatio Bioscience' ini  mahu pun produk lain dalam 'keluarganya' boleh klik ke LINK INI.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan