Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAFI SHAYLA LANCAR RANGKAIAN TERBAHARU DENGAN GAYA LASAK


Bagi setiap golongan wanita Islam, bertudung itu wajib!

Sebagaimana disebut dalam al-Quran, Surah Al-Ahzab, ayat 59 Allah berfirman:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan mu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Berlandaskan perintah Allah itu, sudah ramai di kalangan wanita muda bertudung malah dilihat juga  perniagaan produk tudung tumbuh bagaikan cendawan.

Hakikat itu juga menyaksikan para peniaga berlumba-lumba mengeluarkan pelbagai barangan khusus untuk wanita bertudung dan tidak terkecuali produk untuk penjagaan rambut. Maklumlah apabila lama sangat berkuap ditutupi tudung tentu rambut  mudah rapuh malah boleh mengakibatkan kegatalan pada kulit kepala.


Antara produk penjagaan rambut yang tidak asing lagi bagi wanita bertudung sudah tentulah rangkaian jenama 'Safi Shayla' keluaran Wipro-Unza.

SAFI,  merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. 

Sebagai produk khas untuk wanita bertudung Safi Shayla,  bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung mendapatkan  rambut yang sihat dan bersinar.



Dengan formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda, ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar. 

Ditambah pula dengan Micro Bamboo Charcoal, ia membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. 

Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. 


SAFI SHAYLA kini  juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam..

Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. 

Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.

Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan.

Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.

Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.


Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :

1.         Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)
a)   SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.

b)   SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih
mudah untuk djaga/dimanja.

c)   SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.

d)   SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

e)   SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan– Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam
berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.

f)     SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol– Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.

g)   SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak– Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.

h)    SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.

2.         Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi)
a)  SAFI SHAYLA Syampu Kawalan  Rambut Gugur
b)      SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c)      SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d)      SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e)      SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

3.         Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)
a)  SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b)      SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c)      SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d)      SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e)      SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

4.         SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)
Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.

5.         SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90)
Juga terdapat dalam dua variasi
Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:

a)     Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria.
b)     Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.
c)     Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.
d)   Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.

6.         SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)

SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-

a)   SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran  cahaya matahari.
b)  SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.
c)      SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.

Dalam usahanya membuktikan Safi Shayla sesuai bagi semua golongan daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski, agak bertetapan sekali apabila majlis pelancaranya baru-baru ini dilangsungkan di sebuah pusat permainan lasak di  District 21, IOI City Mall, Putrajaya.

Gimik pelancarannya menyaksikan aksi lasak seorang wanita sebelum rangkaian produk Safi Shayla diserahkan ke pentas dan disambut oleh tetamu kehormat yang antaranya terdiri daripada Encik Sriram Krishnamurthy, Ketua Eksekutif Wipro-Unza (Malaysia) Sdn Bhd.


Seterusnya diikuti dengan aktiviti zumba serta permainan lasak lainnya oleh tetamu dan pihak media serta bloggers yang hadir.

Segala perancangan itu sudah tentu mahu memperlihatkan bahawa Safi Shayla bukan sahaja diciptakan khas untuk wanita bertudung dengan mesej bahawa golongan ini juga tidak kurang terserlahnya keaktifan mereka pada kegiatan lasak.

SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di SAFI@safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia




Tiada ulasan:

Catat Ulasan