PAPARKAN KREATIVITI BERMAIN DARI PRODUK IKEA
Walaupun tinggal sehari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Syawal namun tidak bermakna akan berhenti juga waktu membel-belah.
Kadang kala shopping saat terakhirlah yang paling teruja apatah lagi mengejar waktu. Dan sekiranya anda sedang mencari-cari sesuatu untuk dibawa pulang terutama produk yang mampu mengisi waktu lapang barangkali kunjungan ke pusat membeli-belah IKEA mampu memberikan jawapannya.
Iya... IKEA kini sedang meraikan pentingnya
bermain dalam kehidupan harian kita menerusi kempen berterusannya berjudul Make Room for Play.
Menerusi kempen ini,
IKEA beriltizam untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang pentingnya bermain
serta menggalakkan mereka untuk menilai semula cara dan tempat mereka bermain.
Inisiatif ini disokong oleh penemuannya dalam Laporan Play IKEA (IKEA Play Report), yang merungkai betapa bermain itu penting di kalangan kanak-kanak
dan orang dewasa dalam kehidupan moden ini serta meneroka cara kita akan
bermain pada masa depan.
“Di IKEA, kami amat
mengutamakan bermain kerana ia sangat penting demi manjalani kehidupan harian
yang lebih baik. Kami ingin menggalakkan semua rakyat Malaysia meningkatkan
aktiviti bermain mereka di rumah, yang merupakan ruang untuk mengeratkan
silaturahim serta menikmati detik menyeronokkan bersama-sama keluarga. Apabila orang
ramai mendukung pemikiran yang mementingkan bermain, tugas akan menjadi lebih
mudah, dan lebih-lebih lagi ia akan mengurangkan tekanan dalam kehidupan harian
mereka,” demikian kata Gerard Jensen, Timbalan Pengurus Runcit, IKEA Malaysia.
“Keperluan bermain
kekal relevan meskipun kehidupan moden yang sentiasa berubah-ubah dan mungkin
menjadi lebih penting kerana manfaatnya terhadap kesihatan mental, fizikal dan
sosial semakin ketara dan boleh diukur.”
Laporan Play IKEA menonjolkan
beberapa trend yang akan mempengaruhi cara kita bermain, khasnya dalam 10 tahun
yang akan datang. Antaranya:
· - Seiring dengan rentak kehidupan yang semakin pantas
di mana masa menjadi semakin suntuk, aspek permainan akan menjadi lebih rapat
dengan semua aspek kehidupan lain kita. Kita akan bermain di tempat-tempat yang
secara biasanya bukan untuk tujuan bermain, misalnya di tempat kerja.
· - Sejajar dengan perkembangan teknologi yang
pantas, semakin banyak orang akan akan mencabarnya dengan memilih pelbagai permainan
nostalgik yang menggamit memori zaman kanak-kanak kita.
“Penemuan dalam
laporan ini akan membantu membangunkan pelbagai produk serta penyelesaian
baharu merentasi kediaman. Kami akan terus belajar, membangunkan serta meneroka
cara-cara baharu untuk membantu pengguna menjalankan kehidupan yang lebih baik dan
berseronok sambil melakukannya,” tambah Jensen.
Dalam satu bengkel kerja yang dianjurkan baru-baru
ini, IKEA menunjukkan cara beberapa produk popular IKEA yang boleh mengubah sesebuah
kediaman kepada taman permainan yang mengujakan.
Bermula daripada keseronokan
memasang meja hingga kepada menggunakan meja IKEA LACK sebagai papan mainan,
IKEA menunjukkan betapa senangnya untuk kita mencipta ruang main di rumah
Jadi pastinya Hari Raya kali ini akan lebih menyeronokkan kerana selain mampu berkumpul satu keluarga dapat pula bermain dan menajamkan minda melalui beberapa produk mainan yang dicipta oleh IKEA.
Untuk maklumat
lanjut, sila layari IKEA.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan