Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TEKNOLOGI 'BLOCKCHAIN' PENERAJU KEWANGAN DIGITAL MASA DEPAN?


Hari ini umat Islam seluruh dunia sudah pun menyambut 4 syawal. Sungguh pantas masa berlalu kan? Esok semua akan kembali ke pejabat masing-masing untuk menjalankan tugas harian.

Waktu ini kotaraya akan kembali sebuk dengan lalu lintas dan kesesakan jalan raya. Dan sekembalinya anda pada rutin harian sudah tentu juga ada yang merancang mahu menerokai peluang baharu dalam membina masa hadapan yang lebih terjamin dan yang mampu menjana pendapatan lumayan.

Sebenarnya, jika ada kemahuan dan keinginan untuk memajukan diri…. banyak peluang yang terbentang luas di hadapan mata cuma bergantung kepada kehendak hati samada mahu atau pun tidak mahu untuk meneroka teknologi baharu dalam dunia yang serba pantas pada era digital ini.

Jom kita renung seketika pada waktu pilihan raya ke 14 baru-baru ini. Rasanya semua tidak terlepas daripada beratur berjam-jam semata-mata untuk mengundi dan setelah segalanya selesai nak tunggu keputusan pengundian pula memakan masa berjam-jam sehingga menjelang subuh.

Tidak kah terlintas di fikiran anda dengan persoalan tiada cara terbaik kah untuk kita mengendalikan sistem pengundian yang lebih transparen dan cepat?

Jawapannya sebenarnya ada… cuma Negara dan rakyat belum memanfaatkannya secara terbuka. Dan caranya adalah melalui sistem aplikasi ‘blockchain’.

Sebagai mukadimah,  jom kita layan dan dengar sedikit penerangannya daripada pengasas teknologi blockchain di Malaysia, BCMY Pte. Ltd. (BCMY),  Dato  Azrainuddin Zainal yang turut ditemani isterinya, pengasas bersama, Datin Nur Ezdiani Baharoddin dalam video di bawah ini:

di

Macam mana? Dah dengar kan? Anda faham tak?

Nak tahu lebih lanjut mengenai teknologi Blockchain ini boleh layari kembali apa yang Kak Fas pernah tulis sewaktu menghadiri 'Meet Up Summit 2018' yang dianjurkan oleh mereka berdua beberapa bulan lalu. Klik .DI SINI

Bertemu kembali dengan kedua pengusaha teknologi blockchain ini secara  lebih intimate di pejabatnya di Batu Caves, Gombak, baru-baru ini.baru-baru ini iaitu di cafe Blockspace yang turut memuatkan sebuah auditorium milik mereka, Kak Fas dan rakan-rakan media yang dijemput khas mendengar sekali lagi hala tuju Blockchain,my dalam menyumbang ke arah memajukan teknologi digital negara.

Sudah dua tahun kedua mereka bertungkus lumus mendidik masyarakat mengenai kepentingan teknologi blockchain malah pernah melalui detik cemas apabila ditahan dan disoalsiasat pihak berkuasa mengenai kegiatan mereka.

Dituduh terlibat dengan jenayah 'money laundering' malah dilabel sebagai penipu, namun ia tidak mematahkan semangat Dato Azrai dan isteri untuk terus menerokai teknologi yang mereka yakin akan diterima generasi baharu kelak.

"Kami sedang dalam perancangan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan baharu mengenai pentingnya teknologi blockchain untuk masa hadapan," jelas Azrai sambil diangguk isteri tercinta yang menjadi pendukung utamanya.

Yakin dengan penerimaan masyarakat terhadap teknologi blockchain, Azrai mengambil langkah berani dengan  memperkenalkan produk terbaharunya iaitu mata wang digital yang dikenali sebagai  DDK (DD Koin) pada 1 Julai depan. 


INI laman webnya yang sedang dalam pembinaan... anda boleh klik situ jika mahu tahu lanjut setelah siap kelak.

DDK merupakan mata wang kripto (cryptocurrency) yang dibangunkan untuk lebih berdaya saing de­ngan mata wang digital lain.

Sedikit berbeza dengan Bitcoin, DDK terhad untuk negara sekitar Asia dengan harga lantai dibuka pada kadar  USD190 per unit dan sebaik sahaja di senaraikan pada 1 Julai ini, harganya akan ditentukan oleh komuniti berdasarkan kepada permintaan dan bekalan, 

Ia bakal disenaraikan dalam CoinmarketCap.(platform bagi senarai mata wang digital di seluruh dunia)  di mana pelabur boleh melihat pergerakan harganya malah Azrai berharap DDK mampu berada dalam senarai 20 teratas.(layari SINI).

"Kami juga akan adakan forum terbuka mengenainya supaya masyarat boleh mendapatkan segala informasi secara telus tanpa ada apa apa terselindung," ujar Azrai.



Setekat ini, blockchain,my mempunyai bilangan komuniti sehingga 200,000 meliputi lebih kurang  10 negara Asia.

Mengakui berhadapan dengan beberapa halangan memandangkan kesedaran masyarakat berhubung blockchain masih di awang-awagan mahu pun insititusi kewangan negara juga masih belum mahu menggunakannya walau pun sedar ia suatu teknologi masa hadapan yang lebih jamin, Dato Azrai dan isteri tidak akan putus asa untuk mengetengahkan teknologi blockchain sehingga diterima umum.

"Langkah awal kami adalah untuk menyumbangkan teknologi ini dan memperkenalkannya terlebih dahulu kepada Kerajaan baharu dan berharap mereka dapat menerimanya," tambah kedua pasangan suami isteri yang gigih ini.

Apa pun jika mahukan maklumat lanjut bolehlah mengunjungi laman web mereka DI SINI atau laman facebook INI.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan