WATSONS RAIKAN AHLI KAD ELIT NIKMATI DURIAN
Agak lama juga Kak Fas tidak hadir ke majlis sebelah malam anjuran Watsons Malaysia. Maklumlah bila malam jarang benar Kak Fas keluar kecuali majlis yang dirasakan penting dan tidak harus disisihkan huhu.
Tetapi baru-baru ini apabila mendapat undangan untuk ke majlis malam penghargaan yang melibatkan parti durian...apa lagi Kak Fas tidak fikir dua tiga kali lagi tetapi terus rsvp kehadiran apatah lagi ia satu acara eksklusif yang 'by invitation only'.
Kak Fas lak hantu durian..,,,, pantang tengok buah durian depan mata,,, pasti ngappp.... haha...
Majlis yang berlangsung di sebuah lokasi yang Kak Fas baharu tahu iaitu Durian BB Park dihadiri lebih 200 tetamu khususnya ahli kad Watsons Elite serta para selebriti termasuk pihak media.
Nak jadikan cerita, sebelum tiba ke lokasi, Kak Fas betul-betul fikir BB Park tu di kawasan BB Park Bukit Bintang yang berhadapan Plaza Low Yat. Jadi Kak Fas ambil keputusan untuk menaiki tren dan parkir di Hotel Hilton/Le Meredien memandangkan pada awalnya ada acara di situ. Jadi daripada nak rempuh kesesakan lalu lintas baik naik tren fikir hati.
Namun sangkaan Kak Fas melesit. Tak perasan pula alamat Durian BB Park itu bertulis Jalan Imbi huhu... jadi menapaklah Kak Fas berpusing-pusing cari tempatnya. Nasib baiklah ada teman bersama, Max Lim dari femagonline... dialah yang mencari jalan melalui google maps....kira berpeluh gak la jalan pergi balik dari stesen MRT ke Durian BB Park tu....
Ok kembali kepada pokok cerita hihi...
Dengan tema 'durian' sudah tentu segala aktiviti dan makanan utama adalah durian walau pun wujud gerai stimbot yang disediakan bagi menambahkan selera tetamu.
Ini kerana seperti kata Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, "durian dan stimbot dirasakan sesuai digabungkan malam ini."
Dalam ucapan ringkas seterusnya Caryn Loh berkata:
"Di Watsons, kami sentiasa memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami yang berbelanja lebih daripada kebiasaannya.Oleh itu, setiap ahli Watsons Elite diberi ganjaran istimewa di mana mereka boleh memperoleh 5x mata apabila membeli produk berjenama Watsons dan berupaya juga mendapat 10x mata apabila membuat pembelian pertama di mana-mana kedai Watsons semasa bulan hari lahir berbanding dengan ahli Watsons biasa yang hanya akan mendapat 5x mata ganjaran.
"Ahli elit juga akan menikmati penghantaran bulanan secara percuma apabila mereka berbelanja secara dalam talian di Watsons atas pembelian pertama setiap bulan. Selain itu, kod promo penghantaran percuma yang unik akan diberikan kepada ahli Elite setiap bulan. Faedah keahlian lainnya termasuk promosi bulanan khas dan pengalaman "wang tidak boleh beli" apabila dijemput Watson ke acara 'undangan sahaja' seperti parti malam ini yang luar biasa! Oleh itu, kami menggalakkan semua ahli Watsons kami membeli lebih banyak untuk dinaikkan ke status 'elit' seterusnya."
Korang mesti nak tahu kan bagaimana nak menjadi ahli Watsons Elite?
Keanggotaan Watsons Elite yang dilancarkan awal tahun ini, membolehkan ahli Watsons ditingkatkan secara automatik sebaik sahaja mereka telah mengumpulkan sekurang-kurangnya RM1,000 dalam perbelanjaan dalam tempoh satu tahun yang dikesan dalam sistem keahlian.
Pembelian boleh dibuat di mana-mana kedai Watsons di seluruh negara dan Watsons dalam talian untuk mendapatkan keahlian Watsons Elite berkenaan.
Tu dia caranya.... jika dalam tempoh setahun korang rasa dah berbelanja RM1k maka dah boleh dinaikkan taraf menjadi ahli Watsons Elite.
Apa pun majlis yang berlangsung cukup meriah. Selain hidangan durian, pelbagai aktiviti diadakan untuk para tetamu memenangi hadiah dari Watsons seperti membaling bola, menembak dan membaling gelang dalam botol.
Antara para selebriti yang hadir memeriahkan majlis terdiri daripada Amber Chia, Sasha Saidin, Kamal Adli dan lain-lain termasuk produser David Teo dan isterinya, Jane.
Maklumat lanjut mengenai bagaimana mahu menganggotai keahlian Watsons Elite boleh layari www.watsons.com.my/promo-elite atau hubungi talian hotline 'customer service' iaitu 1-300-880-847.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan