ESSANO: PRODUK ORGANIK NZ KINI DI MALAYSIA
Sekira nak ditulis mengenai produk kecantikan pelbagai jenama... ia sudah pun la,a membanjiri pasaran. Cuma rasi atau tidak dengan kulit wajah yang menjadi persoalannya. Betul tak?
Setengah orang tu beli produk murah pun serasi dengan kulit tetapi sebaliknya pada setengah orang kulitnya sesuai menggunakan produk mahal pula. Macam-macam lah.... jadi pokoknya jenama mana yang sesuai dengan kulit wajah kita?
Itu persoalan yang penting cuma tidak salah rasanya nak mencuba beberapa produk terbaharu yang hadir bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan dewasa ini.
Maklumlah Malaysia terbuka kepada perdagangan impot ekspot yang boleh menjana pendapatan kepada kedua negara betul tak?
Maklumlah Malaysia terbuka kepada perdagangan impot ekspot yang boleh menjana pendapatan kepada kedua negara betul tak?
Terbaharu, satu jenama yang dinamakan Essano dari New Zealand sudah pun membuka pasarannya di Malaysia malah Essano mencatat jualan melebihi 6,000 produk yang berada di pasaran antarabangsa antaranya Singapura.
Khabarnya, ini produk organik kecantikan nombor satu di negara "All Blacks" itu.malah paling laris juga jualannya di benua Australia.
Kenapa dan apa agaknya yang menarik pengguna terhadap Essano ini?
Untuk mendapatkan jawapannya... maka itulah Kak Fas berusaha hadir pada undangan ke majlis pelancaran Essano yang diadakan baru-baru ini.
Dimaklumkan oleh Pengasas bersama Essano, Anthony Gadsdon bahawa nama Essano berasal dari gabungan 'essence' dan 'sano'.
"Essence mewakili intipati alam semula jadi manakala 'sano' adalah perkataan Latin yang bermaksud semula jadi dan sihat," ujar Gadsdon dalam ucapan ringkasnya kala memperkenalkan Essano pada tetamu yang hadir.
Istimewanya, Essano dihasilkan tanpa bahan pengawet, tiada warna buatan, tiada wangian, tiada minyak mineral, tiada bahan tercemar dan tiada ujian terhadap haiwan, tambah beliau.
Diilhamkan oleh tumbuhan liar, Gadsdon dan rakannya. Shane Young menghidupkan Essano pada tahun 2013 dengan harapan untuk menyediakan pengguna dengan kebaikan bahan semula jadi dari alam semula jadi berasaskan minyak rosehip yang mampu menghidrate secara aktif, menyuburkan dan mencerahkan kulit.
Rangkaian set penjagaan kulit Essano hadir dalam 11 kategori produk meliputi Rosehip Oil, Collagen Repair Serum, Rosehip Miceller Water, Rosehip Clay Mask, Mist Toner, Facial Moisturiser, Eye Cream, Night Cream, Facial Exfoliator, Cream Cleanser dan Foaming Facial Cleanser.
Harga jualan bagi setiap produk bergantung pada saiz ml di antara serendah RM56.50 hingga RM103.70 bagi Collagen Repair Facial Serum.
“Essano turut mendapat pengiktirafan dan pemeriksaan serta pensijilan daripada EcoCert, sekali gus menjadikannya mendahului produk penjagaan kulit organik di seluruh Australiasia.
Sementara itu, Ketua Penjagaan Kulit Guardian, Sheryn Soo berkata, ke semua produk Essano boleh didapati secara eksklusif hanya di rangkaian cawangan Guardian di seluruh negara dan juga secara atas talian pada harga berpatutan.
“Untuk peringkat awal, produk-produk Essano boleh didapati di 200 rangkaian cawangan Guardian dan dijangka akan berada di lebih 400 cawangan Guardian di seluruh negara pada masa akan datang,” tambahnnya.
Majlis yang turut dihadiri tetamu kehormat, Richard Mann dari New Zealand Trade & Enterprise merangkap Pemangku Duta Besar New Zealand ke Malaysia serta wakil Guardian Malaysia menyaksikan pelancaran berlangsung dengan acara memotong riben.
Tetamu turut diraikan dengan demonstrasi empat produk utama Essano seperti Miscellar Water, Mist Toner + Rosehip Oil, Collagen Repair Serum dan Clay Masque.
Info lanjut boleh layari facebook essanomy, instagram @essanomy atau laman web https://www.essano.co.nz/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan