Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HOCO MUDAHKAN PEMBELIAN AKSESORI TELEFON BIMBIT


Apabila mendapat undangan daripada rakan media yang Kak Fas sapa "Dragon" dari portal muzik Rentak Sejuta untuk hadir pada majlis pelancaran sebuah kedai peralatan 'tech' yang dinamakan Hoco O2O Retail Concept Store' di Plaza Low Yat, Kak Fas terus bersetuju untuk hadir memberikan sokongan.

Bukan apa Kak Fas memang suka jamu mata dan melayan produk-produk yang berkaitan IT mahu pun aksesosi telefon bimbit dan yang sewaktu dengannya. Apatah lagi apabila kedai tersebut merupakan yang terbaharu dilancarkan di sebuah kompleks membeli-belah yang terkenal sebagai pusat barangan IT.

Jadi walau pun majlis berlangsung pada tengah hari minggu iatu pada hari Ahad, Kak Fas gagahkan juga untuk meluangkan waktu ke sana dengan menaiki MRT dari Semantan di mana Kak Fas parkir kereta.

Untuk ke kawasan segi tiga emas seperti di Bukit Bintang itu, menaiki kemudahan awam lebih mudah apatah dengan MRT yang cuma lebih kurang 10 minit dah pun sampai.
Terletak di Aras UG-46, Plaza Low Yat, Hoco diperkenalkan oleh  pengedar aksesori telefon bimbit Malaysia, Cosmos Online Sdn Bhd.



Mungkin ada yang belum mengenali jenama ini kan?

"hoco" adalah jenama aksesori gaya hidup premium antarabangsa dari Hong Kong Haoco (hoco.) Technology Co., Ltd, yang didedikasikan untuk pembangunan aksesori digital berkualiti tinggi.

Ditubuhkan pada tahun 2009, syarikat ini memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengeluaran produk digital dengan falsafah reka bentuk yang mudah, untuk menghasilkan produk gaya hidup digital yang indah.

Dan majlis pelancarannya yang berlangsung di hadiri bersama oleh 'brand principal' merangkap  Pengurus Besar Hong Kong Haoco (hoco.) Technology Co., Ltd, Gavin Ou (dua dari kiri) serta Pengerusi Cosmos Online Sdn Bhd,  Choong Sang Joo (tengah).



Turut hadir pada majlis memotong riben tanda pelancaran ialah  Pengurus Marcom & A & P Low Yat Plaza, Raymond Foo (kanan), Grace Wang (Pengarah Cosmos) dan wakil dari Persatuan Komunikasi Mudah Alih Malaysia (PPTM), Jacky Chee (kiri).

Dalam ucapan ringkasnya,  Gavin Ou (kanan) berkata:


"Hoco." menghasilkan aksesori yang bergaya dan dibezakan berdasarkan idea-idea unik dan ketukangan yang halus. Syarikat induk Hong Kong Haoco Hoco, Shenzhen Hoco Technology Development Co., Ltd. telah memenangi pengiktirafan dari pasaran antarabangsa dan pelanggan global, untuk inovasi reka bentuk dan teknologi mahu pun dari segi fungsi khas yang ditonjolkan. Selepas bertahun-tahun pembangunan, dan R & D yang berterusan, ditambah pula dengan sistem pengeluaran yang sangat baik, "hoco." telah mencipta pelbagai rangkaian produk yang sering dicari pelanggan."

"hoco." disasarkan pada pelanggan  pertengahan hingga  mewah dengan pelbagai produk yang signifikan, dan mesra pengguna dalam reka bentuk, bergaya dan dilengkapi dengan kualiti pembinaan yang sangat baik.

Pendekata,  jika anda mencari produk yang indah, "hoco." adalah jawapannya.




















Rangkaian produk yang boleh didapati di kedai ini termasuk aksesori untuk Apple, Samsung, HTC, MEIZU dan jenama utama lain.

"hoco" juga telah menubuhkan reputasi yang sangat baik di China, Hong Kong, Taiwan, Asia Tenggara, Amerika Utara, Timur Tengah, Eropah dan kawasan-kawasan lain di seluruh dunia, dan telah menjadi jenama utama dalam ruang pasaran aksesori digital.

Malah, jenama ini menjadi sinonim dengan gaya hidup digital mewah waima telah menembusi pasaran global dan diiktiraf dengan baik oleh pengguna global.




Dengan penubuhan Kedai Konsep Runcit Hoco O2O ini, Cosmos Online dan Hong Kong Haoco (hoco.) Technology Co., Ltd, berharap dapat memimpin rakan-rakan runcit Malaysia memecahkan dilema industri dengan pemikiran O2O.(online to offline)

Sebagai pemain dalam industri runcit aksesori telefon bimbit selama hampir 10 tahun,hoco telah menubuhkan satu pasukan profesional, barisan produk yang beragam dan inovatif, dan model runcit inovatif O2O yang terkemuka untuk menyelesaikan masalah dalam inventori, tunggakan modal dan jualan komoditi.



Meninjau dalaman kedai, Kak Fas dapati pilihan desain pada setiap produk yang diperkenalkan memang banyak malah harganya pun mampu milik dan tidak mahal.

Memang rambang mata... semua nak beli.... dan memandangkan pada hari pelancaran ditawarkan beberapa produk dengan harga semurah RM1 untuk kabel telefon bimbit contohnya, apa lagi ramai yang berebut-rebut untuk membelinya sebelum kehabisan stok yang terhad kepada 100 pelanggan sahaja.

Jom renung sejenak video di bawah ini dan lihat sendiri pelbagai produk yang disediakan di bawah satu bumbung. 

Jadi tak perlu lagi penat merayau-rayau dari satu tingkat ke tingkat lain untuk mencari barang.... pergi sahaja ke hoco... semuanya ada you alls!

Jika nak cari barang dalam talian boleh KLIK SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan