IKUTI PENGGAMBARAN MONG CHIN DI 6 BENUA ASIA MULAI 23 JULAI INI
Dia seorang pelari wanita. Seorang 'influencer' dari Singapura yang popular dengan 147,000 pengikut di laman Instagram
Bagi seorang pelari yang aktif sepertinya sudah tentu nama Yeoh Mong Chin atau lebih dikenali sebagai 'Mongabong" tidak asing lagi tetapi sudah tentu ada juga yang tidak mengenalinya atau tahu siapa pemilik nama ini sebenarnya.
Sejujurnya Kak Fas bukan seorang pelari jadi agak asing bila mendengar nama Wong Chin ini. Jadi apabila mendapat undangan daripada pihak syarikat perhubungan awam IN.Deed Communications, sudah tentu Kak Fas tidak mahu melepaskan peluang bertemu Mong Chin.
Pertemuan bersama media dalam satu sesi sidang akhbar berlangsung di sebuah kafe yang bernama "Juan Valdez" di pusat membeli-belah The Intermark kelmarin.
Korang mesti tertanya-tanya kenapa buat di kafe tersebut?
Jawapannya sudah tentu kafe berkenaan antara penaja lokasi Mong Ching yang gemar minum kopi di mana beliau akan mempelajari cara membuat minuman Latte di Juan Valdez.
Menarik kan?
Itu antara segmen aktiviti yang diperuntukkan kepada Mong Chin bagi program bertajuk 'Who Runs The World with Mong Chin' ketika berada di Malaysia.
'Who Runs The World with Mong Chin' merupakan rancangan enam bahagian yang berkonsepkan digital yang bakal disiarkan di saluran A+E Networks iaitu LIFETIME Asia pada 23 Julai 2018 ini. Penerbitan rancangan ini menandakan kerjasama terbaharu antara LIFETIME Asia dan Canon.
Dihoskan oleh Mong Chin siri ini memperlihatkan beliau mengembara ke enam buah negara di Asia Tenggara dalam masa lapan minggu:
Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.
‘Mongabong’ gelaran yang diberi oleh pengikut Instagramnya mula mencipta nama menerusi minatnya dalam
fesyen, kecantikan, pelancongan dan makanan. Kariernya bermula 5 tahun lepas
dan kemunculannya dalam rancangan bersiri ini merupakan pengenalan pertamanya
di kaca TV dan mencatat kejayaan baharu dalam kariernya.
Melalui penggambarannya di Asia Tenggara itu, Mong Chin akan mencari lokasi-lokasi unik yang jarang dikunjungi pelancong.
Beliau yang baru
mengenali dunia marathon akan dibantu oleh beberapa individu yang mempunyai
minat yang sama dalam larian, muzik, makanan, fesyen dan banyak lagi.
Menurut
Mong Chin, “Walaupun ini adalah pengalaman pertama, tetapi saya berasa seronok
kerana dapat melakukan perkara yang suka iaitu mengembara, mencuba makanan
baharu dan fotografi. Melalui 'Who Runs The World With Mong Chin; saya belajar untuk tidak cepat berputus
asa apabila berhadapan dengan cabaran. Ia juga memberi saya peluang untuk lebih
mengenali pengikut saya di media sosial. Rancangan ini adalah platform terbaik
untuk saya berkongsi pengalaman menarik dengan mereka melalui pendekatan yang
unik dan asli.”
Program tersebut menggunakan pendekatan secara digital
dimana pengikut Mong Chin dan penonton LIFETIME Asia dapat mengikuti pengembaraannya
secara eksklusif secara langsung di lokasi semasa siri ini dirakam.
Penonton
boleh berinteraksi bersama Mong Chin dengan lebih dekat, sambil melihat
kehidupan seorang ‘influencer’ yang terkenal.
Rancangan
ini selaras dengan misi LIFETIME Asia untuk sentiasa menyokong dan menghargai
wanita dalam dunia penyiaran dan mengetengahkan lagi peranan wanita dalam media
massa.
Bagi pihak Canon selaku penaja, Edwin Teoh, Ketua Pemasaran, Operasi Domestik, Canon Singapura berkata:
“Canon mempunyai kepakaran dalam menghasilkan solusi pengimejan berkualiti
tinggi dan ini menjadikan kami sebagai pilihan utama buat pengguna yang ingin
menerbitkan kandungan secara pantas. Kami sangat teruja dapat bekerjasama
dengan A+E Networks dalam menghasilkan produksi siri digital pertama mereka.
Kamera Canon EOS M50 tanpa cermin terbaharu dengan keupayaan merakam video 4K dan
pindahan imej secara pantas ke peranti mudah alih akan membuatkan penonton
berasa lebih teruja untuk mengikuti pengembaraan Mong Chin.”
Jom kita lihat apakah aktiviti-aktiviti menarik
dalam 'Who Runs The World With Mong Chin' di negara-negara lawatannya:
- Singapura
Pengembaraan Mong Chin
bermula di tanah airnya sendiri, Singapura. Beliau akan menyertai ILLUMI Run,
sebuah acara larian santai dengan iringan muzik rancak, pancuran air bercahaya
dan zon-zon tarian. Beliau turut tidak melepaskan peluang menyertai acara kayak
di Punggol Waterway bersama Ministry of
Adventure. Selain itu peminat akan dapat menyaksikan aksi-aksi akrobatik
Mong Chin ketika berlatih bersama kumpulan Toruk:
The First Flight by Cirque du Soleil. Di Boufe Café, Mong Chin akan
berkongsi hidangan-hidangan pemanis mulut yang lazat dan cantik untuk diposkan
di Instagram.
- Malaysia
(Kuala Lumpur)
Mong Chin bersama
pelari-pelari dari seluruh dunia akan menyertai acara larian terkemuka di
bandar ini iaitu Standard Chartered Kuala
Lumpur Marathon. Sebelum itu, Mong Chin perlu memastikan tahap
kecergasannya berada pada tahap memuaskan. Bagi membantu persediaannya, beliau
akan dilatih oleh jurulatih peribadi dan usahawan, Nana Al Haleq. Selain itu
Mong Chin juga bertemu dengan artis batik, Lazim Ismail dan Nadia Hasbi untuk
mereka seluar sukan bercorak batik. Seorang penggemar kopi, Mong Chin tidak
melepaskan peluang untuk mempelajari seni membuat latte di Juan Valdez, kafe yang terkenal dengan kopi berkualiti.
- Thailand
(Chiang Mai)
Larian Singha Songkran
Chiang Mai diadakan untuk meraikan Tahun Baharu Thai. Larian yang diadakan pada
waktu malam ini adalah sebahagian daripada sambutan selama empat hari di Chiang
Mai. Saksikan pengalaman pertama kali Mong Chin bermain air sambil berlari
bersama penduduk tempatan dan pelancong lain di sepanjang jalan di Bandar Lama
Chiang Mai. Beliau juga akan mendaki Air Terjun Bua Ton yang unik. Air terjun
itu bukan sahaja cantik tetapi mempunyai keunikan yang membolehkan pengunjung
memanjat batu-batu di dalam air terjun dengan senang walaupun melawan arus yang
deras. Paling menarik, Mong Chin turut berpeluang memberi makan dan bermain
dengan kambing biri-biri di Farmyard Café
sambil menikmati pemanis mulut ais popular – bingsu mangga!
- Vietnam
(Hanoi)
Di Hanoi, Mong Chin
menyertai Hash Hound Harriers, sebuah
kelab larian tempatan dalam sebuah ekspedisi di kawasan kampung. Mereka perlu
mengikuti trek yang telah ditetapkan oleh ‘Hares’ sebelum sampai ke lokasi
misteri dan Mong Chin turut diberi peluang membantu anggota Hares membuat trek.
Di bandar Hanoi, Mong Chin menunggang Vespa dan menyinggah sebentar di Unicorn Pub untuk menikmati Pho Cocktail. Beliau turut melalui Train Street di Bandar Lama Hanoi. Mong
Chin berkesempatan memenuhi jemputan seorang penduduk tempatan untuk merasa
hidangan asli Hanoi di rumahnya. Bagi mengakhiri pengembaraannya di Vietnam,
Mong Chin menyertai sebuah parti bertemakan pembunuhan misteri tahun 1920-an
yang memerlukan peserta meneka siapakah pembunuh misteri sebelum tengah malam!
- Indonesia
(Lombok)
Sebagai persediaan untuk
menyertai larian Rinjani 100 yang terkenal, Mong Chin melawat gunung berapi
kedua terbesar di Indonesia, Gunung Rinjani, dan menyertai larian pendek Bukit
Sisek. Mong Chin turut bertemu Chelsea Etienne, pemilik Island Mermaids, sekolah pertama di dunia yang mengajar gaya
renangan ikan duyung di laut! Beliau tidak melepaskan peluang berenang sebagai
ikan duyung dan turut dibawa ke Pantai Pandanan menaiki bot berlantai cermin.
Selain itu, Mong Chin turut dibawa ke pasar Tanjung untuk membeli bahan-bahan
mentah yang kemudiannya digunakan untuk kelas masakan tradisional Indonesia.
- Filipina
(Cebu)
Pengembaraan Mong Chin
diteruskan di Filipina. Di sana, beliau menyertai acara larian Spartan Sprint yang merupakan sebahagian
daripada Spartan Race Cebu 2018.
Beliau perlu berdepan beberapa cabaran seperti memanjat dan merangkak melintasi
api, lumpur dan pagar besi untuk menghabiskan larian ini. Bagi meraikan
kejayaannya, Mong Chin menjamu selera di Larsian
Sa Fuente, sebuah jalan di Cebu yang terkenal dengan pelbagai pilihan
hidangan BBQ yang menyelerakan.
Tontonilah 'Who Runs The World With Mong Chin' unuk mengenali lebih lanjut tentang budaya Asia Tenggara dan lihat Mong Chin
beraksi pada 23 Julai, setiap hari Isnin, 9.30malam di LIFETIME Asia (Saluran Astro 709).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan