IKUTI SENAMAN TRADISIONAL GAYA 'SARINA'S SECRET'
Hanya empat patah perkataan, berbunyi ‘berapa usia ibu kamu?" yang ditanya oleh seorang doktor kepada sang suami telah mengubah
persepsi dan hidup wanita bernama Hajah Sarina
Hashim yang ketika itu baharu berusia 48 tahun namun terbeban dengan obesiti kritikal
seberat 90 kg.
Terasa malu dengan pertanyaan itu, Sarina atau lebih
mesra disapa Kak Tam mengambil langkah drastik sehingga 360 darjah untuk
mengubah penampilan dirinya agar tampil lebih sihat, awet muda dan bertenaga.
Bagaimana caranya?
Jom Kak Fas ‘story’ kisah perjalanan
hidup Sarina Hashim yang mahu berkongsi resepi rahsia kekal sihat dalam usia 54
tahun kini.
Hadir di majlis pelancaran program yang dinamakan ‘Sarina’s
Secret” ala-ala ‘Victoria Secret’ gitu huhu…. Kak Fas dan rakan-rakan blogger
serta media yang hadir pada mulanya tertanya-tanya apakah sebenarnya ‘Sarina’s
Secret” yang mahu diwar-warkan itu?
Adakah ia satu rangkaian produk kesihatan waima
‘banner’ yang ditampilkan memperlihatkan tubuh badan langsing Sarina Hashim
sendiri dengan tagline ‘Kini Giliran Mu Tampil Persis Ku’, malah ‘door gift’
yang kami terima pun penuh dengan pelbagai jenis produk kesihatan.
“Ini satu program yang saya mahu kongsikan kepada wanita
terutama yang berusia untuk kembali memiliki graviti diri mereka, agar sentiasa
kekal cantik dan sihat,” ujar Kak Tam dalam ucapan mukadimahnya.
Menurut Kak Tam, program ‘Sarina’s Secret’ bertujuan
membantu kaum wanita tampil sihat, cergas dan aktif di mana antara pembelajaran
yang bakal dikongsi termasuk tip dan petua senaman tradisional termasuk kaedah
pemakanan mahu pun pantang larang.
Dengan mensasarkan lebih kurang 10,000 penyertaan dalam
tempoh hingga akhir tahun 2018, program ‘Sarina’s Secret’ memilih 10 destinasi
seluruh Negara yang akan bermula pada pertengahan Ogos depan.
“Seramai 300 penyertaan layak mengikuti program ini bagi
setiap lokasi dengan yuran pendaftaran sebanyak RM25 sahaja,” ujar Ketua Pegawai Operasi SSDJ, Dr. Hairi Hashim.
Menurut Dr. Hairi, sesi pertama program dijangka bermula di
Pahang pada bulan Ogos dan diikuti oleh beberapa negeri lain.
Mengulas tentang penjagaan kesihatan, Sarina memberitahu dia
mematuhi pantang larang dan mengamalkan senaman tradisional yg diajarkan oleh
ibunya, Cik Puteh.
Mendengar beberapa senaman tradsional yang disebut Kak Tam,
Kak Fas sendiri pun baharu tahu malah nama-nama senaman itu pun agak unik
seperti senaman ular senduk dan banyak lagi lah...apa kata kita dengar seketika nama unik dan fungsi setiap senaman tradisional berkenaan. Klik video di bawah ini ya....
Jadi jika korang nak tahu bagaiama rupa setap senaman itu kenalah ikuti program ‘Sarina’s Secret’ tak gitu?
Pendaftaran program ini boleh dilakukan melalui online dan semua info akan didapati melalui laman Facebook Sarinas Secret. Sila klik DI SINI.
Sebagai bekas guru dan terlibat dalam perniagaan produk kesihatan selama 23 tahun, Kak Tam mahu terus berbakti dengan berkongsikan ilmu kesihatannya kepada kaum wanita yang meningkat usia.
"Harapan Kak Tam agar wanita Malaysia menyedari tentang kewujudan program ini supaya menyertai dan seterusnya menjadi alternatif kepada mereka terutama yang berusia untuk kembali memiliki graviti diri,” tambahnya yakin.
Kak Fas dapat melihat keyakinan yang ditunjukkan Kak Tam bukan calang-calang atau sekadar mahu mengaut untung sahaja bahkan dengan hanya membayar RM25, ilmu yang bakal diperolehi melebihi nilai wang ringgit yang dibayar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan