U MOBILE BIKIN PELANGGAN RASA 'GILER' SANGAT!!!
Sesuai dengan tag linenya yang berbunyi “Giler Unlimited”…
memang giler lah apabila U Mobile
sebagai penyedia terbaik bagi pelan data memperkenalkan dua pelan data tanpa
had bagi semua aplikasi telefon pintar
pada harga RM50 untuk pelan GX50 dan
RM30 bagi pelan GX30 baru-baru ini.
Sudah tentu pelancaran itu sesuatu yang dinantikan oleh
golongan berpendapat rendah mahu pun pelajar yang sering menggunakan telefon
pintar untuk tugasan harian.
Menariknya, pelan yang diperkenalkan itu tidak mempuyai had
tempoh masa atau penggunaanya berbanding data lain yang berada di pasaran.
Dengan itu, pengguna boleh strim muzik dan video, menghantar
mesej sosial dan melayari media sosial, bermain permainan mudah alih dan strim
secara langsung setiap hari pad bila-bila masa tanpa risau.
Memang gila kan haha!
Selain mempunyai data tanpa had bagi semua aplikasi, pelan
pasca bayar ‘Giler Unlimited GX50 turut menawarkan panggilan tanpa had dan kuota
kawasan khas yang percuma sebanyak 5GB.
Manakala pelan prabayar GX30, pelanggan dapat menikmati
datan tanpa had dengan kuota kawasan khas percuma sebanyak 3GB pada harga RM30
sahaja di mana ini bersamaan dengan RM1 sehari.
Ketika majlis pelancarannya baru-baru ini, Jasmine Lee (kanan),
Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile berkata:
“U Mobile sentiasa mementingkan penciptaan idea tanpa
batasan bagi memberi peluang kepada pelanggan setianya untuk memaksimumkan
pengalaman gaya hidup digital mereka. Kami percaya ‘Giler Unlimited’ akan
menjadi tanda aras yang baru kepada industri kerana pelanggan boleh menikmati
pelan data tanpa had bermula pada harga serendah RM30. Sekali lagi, tiada
batasan – hanya pengalaman yang tidak terhad, tanpa risau. Ia tawaran terbaik
di pasaran kini.”
Turut hadir meraikan
pelancaran ialah Pengurus Besar Kanan,
Pemasaran Produk U Mobile, Lee Fook Heng (kiri).
Pun begitu, kuota data tanpa had ini memiliki sekatan
kelajuan di mana bagi prabayar GX50, kelajuannya disekat pada 5Mbps manakala pascabayar GX30 pula, kelajuannya terhad
kepada 3Mbps.
Apa pun sebagai promosi pelancarannya, U Mobile tel membina
sebuah alam GIler Raya yang penuh dengan karakter-karakter magical dan luar
biasa bagi para tetamunya malah mereka berpeluang menaiki karusel U Mobile yang
unik.
Sudah tentu korang dah cuba naik karusel ini kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan