Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ZAHIRAH DUTA 'MEERACLE' TERBAHARU GANTI IZREEN


Produk kecantikan  'Meeracle' bukanlah satu jenama baharu di pasaran tempatan. Sudah tiga tahun sebenarnya diperkenalkan.

Seingat Kak Fas inilah satu-satunya produk kecantikan wanita yang diformulasikan daripada tiga batu permata meliputi berlian, ruby dan mutiara. 

Jika nak 'recap' kembali fungsi yang dimainkan setiap permata berkenaan bolehlah KLIK DI SINI sebab Kak Fas pernah menulis berkaitannya sewaktu majlis pelancaran oleh pasangan suami isteri sebagai pengasasnya, Meera Nordin dan Raja Mohd Nasrullah Haziq di bawah syarikat Edelsteen Sdn Bhd pada awal Februari lalu.



Dan baru-baru ini, Meeracle sekali lagi mengadakan majlis mengundang pihak media tetapi melangkah setapak dengan memperkenalkan duta baharunya, pelakon yang sedang popular dengan drama di tv3 kini, "Jangan Benci Cintaku" iaitu Zahirah MacWilson.

Jika tak silap Kak Fas sebelum ini, pelakon Izreen Azminda pernah dilantik sebagai duta 'Meeracle' namun kontraknya dah pun tamat dan tidak disambung.

Terkini, Zahirah MacWilson bertanggungjawab menggalas tugasan berkenaan di mana pemilihannya dikatakan tepat dengan konsep jenama 'Meeracle' iaitu 'simple, urban and expressive'.

"Berdasarkan aspek itu, Zahirah dilihat mempunyai ciri-ciri tersebut waima imej penampilan Zahirah  yang bersih, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, juga menjadi sebab utama Meeracle memilih beliau," ujar Raja Mohd Nasrullah Haziq.

Apa pula kata Zahirah mengenai pemilihannnya? Adakah kerana wang ringgit atau produk itu sendiri yang memberikannya kepuasan untuk menerima tawaran sebagai duta?


"Sebelum memberikan kata putus, Ira mencuba dahulu produk Meeracle dan dalam masa dua bulan Ira dapati ia amat serasi dengan kulit wajah Ira yang sensitif ini. Sebenarnya, bukan semua produk Ira boleh guna," jawab Zahirah yang membahasakan dirinya Ira.

Menurut Ira, selepas berpuas hati dengan hasilnya yang mampu menyegar serta melembutkan kulit wajahnya baharulah dia berani menerima tawaran daripada Meeracle.

"Saya rasa bangga ada produk tempatan yang mempunyai kualiti bagus malah mampu milik," kata Ira kala ditemui.

Cuba korang perhatikan wajah Ira... semakin mulus dan berseri kan?

Itulah penangan jika korang guna dua produk 'Meeracle' ini yang digabungkan bersama ekstrak tiga batu permata yang disumberkan dari Perancis.

Khabarnya, ada beberapa lagi produk dalam perancangan dan bakal dipasarkan pada bulan September depan bagi melengkapi set kecantikan Meeracle.

Majlis yang berlangsung meriah turut menyaksikan pelancaran kempen terbaharu Meeracle yang dinamakan "Menjadi Dengan Meeracle" bagi menarik minat lebih ramai wanita di luar sana untuk menggunakan Meeracle.

Sepertimana yang Kak Fas tulis dahulu, 'Meeracle' bukanlah bermaksud ajaib dalam bahasa Inggeris tetapi adalah gabungan nama Meera dengan abjad 'cle' pada hujungnya bagi mengindahkan sebutan sekali gus memberi mesej keajaiban yang dapat disaksikan kepada kulit wajah apabila menggunakannya.

"Pengguna akan dapat melihat kulit wajah yang muda, mulus dan berseri," ujar Meera Nordin yakin.


Upacara menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Zahirah Macwilson dan Pengasas Produk Meeracle, Meera Nordin menjadi kemuncak kepada majlis pelancaran.

Bermula dengan dua produk iaitu Meeracle Facial Serum dan Meeracle Facial Cleanser, ia sudah boleh diperoleh di lebih 3,000 stokis dan pengedar Meeracle di seluruh negara malah di beberapa negara Asia terpilih.



Memiliki kilang sendiri yang bertaraf GMP beserta barisan pakar kimia dan kulit, produk 'Meeracle' telah melalui beberapa ujian klinikal sebelum diproses dan dipasarkan.

Untuk maklumat lanjut sila klik ke laman sesawang INI atau hubungi Bahagian Pemasaran Meeracle – Sahira di sahira@meeracle.com.my/ 018-252 4467.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan