Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG PELAJARI ILMU PENYEMBELIHAN TERNAKAN

Tinggal lagi hampir dua minggu, kita akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Adha. Cepat sungguh masa berlalu kan?
Pun begitu sekiranya ada sesiapa yang masih mahu mendalami ilmu dan praktikal penyembelihan ternakan sempena Hari Raya Korban ini... anda belum terlambat.
Ini kerana radio islamik, ZAYAN, dengan kerjasama INSAF Malaysia bakal  menganjurkan Kursus Penyembelihan & Pengurusan Haiwan Ibadah Korban 2018.
Ada yang berminat? 
Jom baca seterusnya ya....
Penyampai ZAYAN, Mawi akan membawa bersama 5 orang peserta tambahan yang telah disaring melalui rancangan pagi SALAM BROS untuk mempelajari teori dan praktikal penyembelihan haiwan mengikut tuntutan Syariah.
Pengurus Kandungan ZAYAN, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata:
“Melalui kempen QURBAN ZAYAN ini, kami ingin memberi pendedahan kepada golongan muda mengenai kaedah sembelihan secara teori dan praktikal menurut Syariah. Generasi muda akan menjadi pelapis dalam bidang pengurusan dan penyembelihan haiwan ternakan supaya dapat terus menjamin kesejahteraan dan kebersihan.
Dengan ini, kami ingin menjemput para pendengar ZAYAN untuk mempelajari ilmu sembelihan yang sempurna menurut Syariah secara percuma. Sertai Anas dan Mawi dalam usaha ZAYAN untuk terus berkongsi ilmu dan dakwah bersama.”
Bagi yang berminat untuk menyertai kempen ini, hantarkan butiran peribadi anda dan sebarang pertanyaan mengenai kursus menerusi WhatsApp INSAF MALAYSIA ke +6010 8080 447 sebelum 10 Ogos 2018. Tempat adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada peserta terawal yang mendaftar. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai ZAYAN dan kempen-kempen yang akan dianjurkannya, sila layari https://zayan.my/ atau ikuti ZAYAN di laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter ZAYAN, serta frekuensi ini:





Tiada ulasan:

Catat Ulasan