'SAFI DERMASAFE' SELAMAT DIGUNA SEMUA JENIS KULIT
Salam 1 Zulhijjah 1439H!
Bila Kak Fas sebut jenama ‘SAFI” korang mesti tahu kan?
Bila Kak Fas sebut jenama ‘SAFI” korang mesti tahu kan?
Iya lah jenama yang
diperkenalkan pada tahun 1985 ini semakin dikenali ramai apatah lagi
produknya moden dan feminin, sesuai untuk para wanita milenia sekarang ini.
Malah dengan sambutan yang begitu hangat, SAFI merupakan
jenama terbesar syarikat Wipro Unza (M) Sdn Bhd sejak 2005.
Pelbagai produk telah dijenamakan SAFI antaranya seperti
syampu, kosmetik, produk mandian dan banyak lagilah.
Setiap pengeluaran SAFI
dihasilkan bagi memenuhi keperluan
wanita melalui penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI Excellance
in Research and Innovation), makmal
produk HALAL terbesar di dunia.
Kak Fas antara penggemar produk SAFI antaranya seperti SAFI
Rania Gold dan SAFI SHAYLA malah jika
ada pelancaran SAFI, Kak Fas pasti tidak mahu ketinggalan meraikannya.
Dan baru-baru ini terima kasih kepada PR yang manis, Ilya
Qastalanni dari Tell PR & Events yang sudi menjemput Kak Fas hadir untuk
majlis pelancaran produk SAFI terbaharu, iaitu SAFE DERMASAFE.
Namanya sahaja sudah cukup membuat Kak Fas rasa yakin dan
selamat untuk mengguanaknnya… ‘safe’ lah katakan… hihi.
Tetapi apa kata kita kenali dulu produk ini ya…
SAFI DERMASAFE merupakan rangkaian produk penjagaan wajah
“mesra kulit”yang diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal , mempunyai kadar pH yang
seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben.
Ia sekali
gus berfungsi sebagai produk penyegar
dan pelembap dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi
,pewarna, alkohol, minyak mineral dan ujian keatas haiwan.
Rangkaian SAFI DERMASAFE turut merumuskan
khasiat kecantikan sumber semulajadi ekstrak Bunga Chamomile dan Likouris.
Kedua-dua bahan ini mengandungi manfaat terupatik dan anti-radang yang dapat
mengurangkan dan mengatasi masalah kulit sensitif seperti jerawat, ruam dan
menyamankan kulit dari kerengsaan selain membuatkan kulit lebih segar dan
bermaya.
Menurut Aishah Zulkifli (pix bawah, dua dari kanan), Eksekutif jenama SAFI, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit
apatah lagi yang mempunyai kulit
sensitif.
“SAFI Dermasafe adalah sebahagian daripada
komitmen berterusan SAFI dalam mendidik para wanita pentingnya memulakan rutin
penjagaan wajah dari usia muda serta formulasi produk yang sesuai dengan
keperluan kulit juga gaya hidup. Rangkaian produk “mesra kulit” ini diuji secara
dermatologi dan amat sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki kulit sensitif,”
tambah Aishah.
Pada majlis
pelancarannya, Kak Fas dan rakan-rakan turut mendengar info lanjut berhubung faktor
penyumbang & tanda-tanda awal masalah kulit sensitif, rutin penjagaan wajah
serta formulasi produk yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif
disampaikan oleh Dr. Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan (kiri).
“Diantara faktor
utama wanita moden kini mengalami masalah kulit sensitif adalah akibat terdedah
kepada pencemaran luar, komitmen kerjaya yang memerlukan mereka menjaga
penampilan membuatkan mereka kerap mencuba pelbagai produk penjagaan kulit
serta bersolek untuk tempoh yang lama. Selain daripada itu gaya hidup seseorang
invidu itu juga turut memainkan peranan dalam masalah ini,” ujar Dr. Maryati.
Tambah
beliau lagi, “Ramai wanita yang beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam ,
jerawat yang dialami mereka terutamanya apabila mencuba produk penjagaan wajah
adalah hanya kesan sementara dan menjadi penanda aras keberkesanan sesebuah produk.
Sebenarnya ini adalah tanda-tanda awal bahawa kulit telah terdedah kepada
produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda sekaligus
menyebabkan kulit menjadi sensitif.
Turut hadir pada majlis yang berlangsung penuh elegan itu terdiri daripada Ketua Eksekutif Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd, Encik Sriram Krishnamurthy (foto atas, dua dari kiri), serta 'team' nya Puan Mahsuri Sulaiman, Ms Caryn Loh dan Ms Pan Choi Yen.
Turut hadir pada majlis yang berlangsung penuh elegan itu terdiri daripada Ketua Eksekutif Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd, Encik Sriram Krishnamurthy (foto atas, dua dari kiri), serta 'team' nya Puan Mahsuri Sulaiman, Ms Caryn Loh dan Ms Pan Choi Yen.
Hah! Korang
dengar tak apa kata Dr. Maryati?
Jadi ketahui kandungan bahan produk korang
sebelum guna lebih lama ya.
Apa pun,
korang boleh cuba SAFI DERMASAFE ini sebab rangkaian produknya diformulasi bebas Alergen dan “mesra kulit”
dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit serta pencegahan awal dengan rutin
produk penjagaan kulit yang betul dapat mengurangkan risiko kulit sensitif yang
lebih teruk.
Ada lima jenis produk rangkaian ini yang boleh dicuba meliputi Pembersih Muka Mousse Gentle Care , SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild
& Gentle, SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate
& Refresh, SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe &
Hydrate & SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover.
Dengan
harga mampu milik antara RM19.90 – RM48.90,
produk-produk ini hanya boleh didapati di WATSONS
– rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia.
Untuk
maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI,
sila layari laman sesawang rasmi SAFI di
www.safi.com.my , laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFIMalaysia
dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia.
Jika tiada
masa ke kedai boleh jer beli secara atas talian melalui laman web https://www.watsons.com.my.
Jom! Kita
memperkasa dan bina keyakinan diri setiap wanita bersama-sama dengan berkongsi
kisah kulit sihat anda dengan memuat naik foto atau video di profil media
sosial masing-masing berserta tanda palang #SAFIDERMASAFE
dan #SAFISKINSTORY.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan