Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SITI SALEHA LEBARKAN SAYAP KE HONG KONG!


Siapa tidak kenal Siti Saleha? Adik  kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam ya tak?

Selepas perkahwinannya bersama Ahmad Lutfi Azhar pada bulan Julai tahun lalu, rezeki pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum ini semakin melimpah ruah rezekinya. 

Mana tidaknya, baru-baru ini pelakon dan model Malaysia terkenal ini dilihat tiba di Hong Kong  untuk menjalani rakaman Extreme Ends, sebuah siri realiti terbitan saluran televisyen hiburan aksi KIX HD (Saluran Astro 729) yang akan  memaparkan sisi bertentangan “ekstrem” Hong Kong yang jarang dipaparkan.

Saleha merupakan salah seorang daripada empat selebriti Asia Tenggara yang akan ditampilkan dalam siri realiti empat episod ini. 

Bersama suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, mereka akan mengembara dan mencipta pengalaman baharu sebagai pasangan suami isteri sempena menyambut ulang tahun pertama mereka di luar negara.

Sudah tentu mereka teruja kan? 

“Saya teruja untuk memulakan rancangan Extreme Ends dengan KIX kerana belum pernah membintangi rancangan aksi dan pengembaraan atau siri realiti sebelum ini. Ini juga pengalaman pertama saya di Hong Kong; saya berharap peminat akan terhibur menyaksikan saya melakukan pelbagai aktiviti baharu dan menarik di sana. Lebih menyeronokkan apabila suami saya Fi akan turut serta. Sepanjang perkenalan kami, Fi sering memberi galakan dan mencabar diri saya untuk menerokai pengalaman baharu. Oleh itu, beliau adalah teman yang paling sesuai untuk menerokai tempat-tempat baharu di sana,” kata Saleha.


Extreme Ends adalah sebuah rancangan realiti yang menampilkan empat selebriti bersama tetamu istimewa mereka dalam pengembaraan di pelbagai tempat menarik di Hong Kong. Siri terbitan asal bercorak santai ini akan mempertontonkan pengalaman percutian para selebriti dan tetamu mereka. Selain itu peminat juga akan dapat menyaksikan wajah negara Hong Kong yang tidak pernah dipaparkan. Setiap episod akan menggambarkan tema bertentangan yang ekstrem seperti “pantas berbanding lambat” atau “tinggi berbanding rendah”. Tema-tema ini akan mempamerkan perbezaan ketara yang sangat menarik dan ciri khas Hong Kong yang bergaya.

Extreme Ends diterbitkan oleh syarikat induk KIX iaitu Celestial Tiger Entertainment, pengendali persendirian saluran pan Asia terbesar yang diterbitkan khusus untuk hiburan Asia.

Rancangan ini disokong oleh Hong Kong Tourism Board dan Harbour City.  Extreme Ends akan disiarkan secara eksklusif di KIX HD (Saluran Astro 729) pada bulan Oktober. KIX HD adalah saluran GE Bahasa Inggeris #1 di kalangan penonton Astro pada tahun 2018.


Tags #sitisaleha #astromalaysia #hongkong #extremeends



Tiada ulasan:

Catat Ulasan