AVANTI RESIDENCES: RUMAH MEWAH DI PINGGIR KOTA
Mungkin kah sebelum penghujung tahun ini anda merancang untuk membeli
sebuah rumah idaman?
Apakah rumah impian yang ingin
didiami itu bercorak Semi-D?
Maklumlah dah lama simpan duit nak juga merasa
tinggal di rumah mewah jenis Semi-D kan?
Tetapi di mana yang paling menarik?
Jika selama ini anda mendiami kawasan Shah Alam dan mahu mencari sebuah
rumah mewah jenis Semi-D di kawasan milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),
barangkali Avanti Residences adalah jawapannya.
Terletak di Saujana Permai U17,
Shah Alam, bersempadan
dengan Saujana Utama dan berdekatan pula dengan Elmina dan Denai Alam,
lokasinya tidak jauh dari UiTM Puncak Alam malah cuma 15 minit sahaja ke Kota Damansara waima hampir dengan tiga lebuh raya utama antaranya Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh
Raya Guthrie (Rawang- ShahAlam), dan Lebuh Raya Latar (Selayang- Kuala
Selangor).
Dibangunkan oleh Johawaki Development Sdn. Bhd. projek perumahan ini terletak di kawasan membabitkan 8 hektar daripada 33
hektar bank tanah sedia ada di Saujana Permai U17, Shah Alam dengan nilai
pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM120 juta.
Baru-baru ini Kak Fas dijemput ke majlis pelancaran baki jualan 30 unit edisi terhad fasa 3 Avanti Residence
berkenaan tetapi disebabkan perjalanan daripada Kuala Lumpur melalui jalan
Sungei Buloh terasa pula jauhnya.
Ya lah, Kak Fas jarang benor sampai ke
penghujung kawasan Shah Alam ini. (Sebenarnya
tak jauh pun masa drive pulang baharu rasa dekat hihi…
Pada mulanya ingat lokasi ini di Sungei Buloh apatah lagi bila waze
menunjukkan kawasan Sungei Buloh tetapi sebenarnya masih di dalam kawasan Shah
Alam.
Dan bila sampai sahaja di pintu masuk utama Avanti Residence, Kak Fas
tarik nafas lega….
Pendekata berbaloi rasanya walau pun terasa jauh perjalanan
tetapi suasana sekeliling menggamit rasa tenang dijiwa.
Selepas parkir kereta walau pun tidak jauh, Kak Fas dan rakan blogger,
Nanie disambut untuk menaiki buggy ke sebuah rumah ‘corner lot’ yang dihiasi
lampu bergemerlapan cahaya malam.
Alunan muzik indah menyusuk halwa telinga …. seindah pandangan hiasan
dalaman rumah contoh Semi-D yang diperlihatkan.
Mempunyai enam kamar tidur serta 5-6 bilik air, atur letak haisan dalamannya yang dikendalikan oleh syarikat Fella Design amat menambat hati.
Jatuh cinta rasanya Kak Fas seketika melihat gaya haisan dalaman dan
bentuk dalaman rumah dua tingkat jenis Semi-D ini. Terasa terus nak membelinya kalau
mampu haha… tetapi mampu tengok je lah bak kata rakan media, Hazrul dari Utusan yang turut hadir huhu..
Apa pun anda lihat sendiri gambar-gambar hiasan dalaman pada rumah pada lot
tanah berukuran 40 ‘ x 80’ dengan keluasan 2,750 kaki persegi ini. Cantik kan?
Kak Fas percaya anda pun pasti terpikat malah jika berduit sanggup beli sahaja rumah
contoh yang siap sepenuhnya dengan perabot yang bernilai lebih kurang RM2juta ini.
Sebenarnya harga asal bagi sebuah rumah intermediate biasa cuma RM1,080
juta sahaja tetapi jika ‘corner lot’ harganya mencecah lebih kurang RM1.8
juta.
Sementara Kak Fas meninjau dari satu bilik ke satu bilik, bertembung
dengan jejaka bersusuk tubuh langsing. Macam kenal je haha…malah baharu sahaja
bertemu beliau di majlis FANtastik ABPBH di Istana Budaya petang itu.
Terkejut pula tengok kehadiran Sufian Suhaimi di Avanti Residence. Mula
terfikir apakah beliau dilantik duta residence atau pun beliau pemilik rumah
Semi-D yang Kak Fas sedang tinjau ini?
Tekaan Kak Fas jauh tersasar.
Jangan nak membawang ya….haha…
Kehadiran Sufian Suhaimi dijemput sebagai artis undangan bagi
menghiburkan para tamu pada malam berkenaan dengan
menyampaikan beberapa buah lagu termasuk lagu hitnya ‘Di Matamu” dan ‘Terakhir”.
Gitu ceritanya tau… tetapi bila ditanya apakah Sufian ingin membeli rumah
Avanti Residence… dia sekadar senyum dan menjawab ‘Insha Allah… rumah ini
memang cantik”.
Ok… berbalik pada pokok cerita….. Avanti Residence mempunyai 84 unit
keseluruhannya di mana Fasa 1 dan Fasa 2
telah habis dijual meninggalkan 30 unit pada fasa terhad ke 3 ini sahaja yang masih dibuka untuk jualan.
“Kami sasarkan saki baki 30 unit ini dapat dijual habis menjelang akhir
tahun ini, “ ujar Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kewangan), Johawaki Development, Mohamad Akmal Johari, 36. sewaktu ditemui.
Kak Fas yakin dengan kecantikan dan kualiti rumah yang dibina, Avanti
Residences mampu sold out dalam waktu terdekat malah sebagai pemaju perumahan
Johawaki menawarkan kemudahan pembelian serta insentif seperti pemberian baucer
RM15k bagi pemilik mendapatkan perabot atau perhiasan rumah daripada Fella
Design.
“Kami turut menawarkan elemen rumah pintar kepada pembeli dengan menyediakan kemudahan kunci pintu
pintar (smart lock), butang kecemasan (panic button), sistem takungan air hujan
berpam dan beberapa ciri rumah pintar yang lain termasuk sistem alarm dan air
panas,” tambah Mohamad sambil memberitahu pihaknya juga memberikan frame
tingkap berkualiti serta reling kaca pada bahagian tangga.
Di samping itu,. Avanti Residences juga
menyediakan perkhidmatan sekuriti dan kawalan keselamatan 24 jam sehari selama
setahun selain membina pagar disekeliling kawasan perumahan tersebut.
Manakala kawalan
kamera tertutup atau cctv ditempatkan di beberapa kawasan strategik bagi
memudahkan pihak keselamatan memantau sebarang aktiviti.
Kawasan kediaman berkonsepkan Bali ini turut
menjanjikan kawasan sekeliling yang hijau dan mendamaikan. Lebih menarik lagi, persekitarannya ditanam dengan pokok buah-buahan bagi menambah landskap
hijau sedia ada.
Sesungguhnya, Avanti Residences adalah pilihan
terbaik bagi individu atau keluarga yang inginkan ketenangan di kawasan bandar
sekitar Lembah Klang.
Walau pun hadir seketika, Kak Fas dapat
merasakan suasana aman dan damai apatah lagi tiupan angin malam yang
sepoi-sepoi dingin menambahkan lagi rasa tenang. Memang nyaman jika nak aturkan
‘garden party’ di halaman depan rumah.
Dengan pembinaan berkualiti tidak
hairanlah Avanti Residences dinobat sebagai pemenang acara tahunan
Anugerah QLASSIC anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) pada 16
Ogos lalu.
Pencapaian itu menyaksikan Johawaki Development
Sdn Bhd telah mencapai kualiti tertinggi atas pembangunannya untuk Avanti
Residences.
.Jika anda rasa tidak puas hati dengan komen
Kak Fas elok sahaja melihat sendiri rumah
contoh dan unit sedia ada di Avanti Residences Fasa 3 ini.
Ada harga
istimewa tau bagi pelanggan terawal. Jadi, jika nak tahu lanjut boleh je hubungi
talian pejabat Johawaki melalui nombor 03-26319999 atau 017-7557768.
Sementara itu, bercerita lanjut, Mohamad memberitahu, sebagai persediaan
tahun hadapan Johawaki Development akan melancarkan projek Selangor Ku dengan
pembinaan rumah apartmen lima tingkat dengan keluasan 1,000 kaki persegi pada
harga mampu milik iaitu RM180k.
“Rumah apartment tiga bilik ini bakal dibina sebanyak 90 unit, khas untuk
anak-anak Selangor di mana permohonan perlu dibuat terlebih dahulu melalui
Lembaga Perumahan Hartanah Selangor,” tambah Mohamad.
Dan selain itu, bagi projek jangka panjang pihaknya bakal memberi tumpuan
kepada pembinaan rumah teres dan townhouse mampu milik berharga di bawah RM500k
di kawasan Semenyih, Rawang dan Bangi.
“Semua ini dijangka bermula tahun hadapan,” yakini Mohamad dengan harapan polisi baharu yang bakal
diperkenalkan oleh Kerajaan PH mampu membantu rakyat Malaysia memiliki kediaman
sendiri dengan lebih mudah.
Jadi apa lagi… anak-anak Selangor bolehlah merancang untuk membeli rumah
mampu milik ini.
Apa pun segala pertanyaan atau
info lanjut mengenai Avanti Residence boleh layari laman web http://johawakidevelopment.com.my/ atau KLIK INI..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan