Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PUMA SURIA KLCC TAMPILKAN JUALAN PRODUK SUKAN GOLF



Jenama PUMA sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi khususnya bagi ahli sukan dan golongan yang sewaktu dengannya.

Produk-produk keluarannya memang berkualiti dan cantik malah sepadan dengan harga yang ditawarkan. Sungguh pun agak sedikit mahal bagi mereka yang berpendapatan rendah namun memilikinya bukanlah satu pembaziran kerana kualiti yang diberikan berbaloi wang ringgit yang dibelanjakan.

Bagi peminat PUMA sudah tentu tahu kan di mana untuk mendapatkan produk ini.

Menariknya, jika korang pernah ke gedungnya di Suria KLCC dahulu kini korang harus kembali dan melihat transformasi serta perubahan mewah yang dilaksanakan.

BERSAMA blogger Iena.

Baru-baru ini Kak Fas berkesempatan hadir ke majlis pelancaran semula pembukaan gedung PUMA tersebut yang disempurnakan oleh Pengurus Besar PUMA bagi kawasan Asia Tenggara, Phillippe Le Bretton.

Wah! Indah sungguh dekorasi sekeliling dan produk-produknya, membuatkan Kak Fas rambang mata. Ikut kan hati semua nak beli haha.... memang cantik koleksi terbaharu mengikut trend gaya hidup generasi sekarang.

Satu pertunjukan fesyen diadakan bagi memperkenalkan himpunan terbaharu daripada PUMA meliputi produk daripada kasut hinggalah kepada fesyen baju sukan dan baju kasual mahu pun barangan aksesorinya.

Para tamu khususnya media tidak ketinggalan diberi peluang memilih kotak 'door gift' mereka daripada mesin 'vending' yang disediakan.



Bertuahlah sesiapa yang dapat nombor bertuah yang di dalam kotak tersebut anda menawarkan sepasang kasut PUMA kan?

Kak Fas cuba tetapi dapat 'travelling set' yang tidak kurang menariknya.

Macam tahu tahu pula Kak Fas nak 'travel' tak lama lagi... jadi sesuailah Kak Fas dapat hadiah tersebut hihi...

Setengah tu hanya mendapat key chain atau pun tuala kecil.

Apa pun 'concept store' PUMA di Suria KLCC memang menarik untuk dikunjungi malah di sini juga adanya jualan produk sukan  'golf' yang pertama daripada mana-mana pusat jualan PUMA di Malaysia.

Jadi u alls... apa kata kita ke sana bila ada masa terluang tetapi jangan lupa bawa kad kredit/debit atau pun wang tunai ya... sebab macam-macam nak beli... kasut beriben pun ada tau!

Nak baca lanjut sila klik halaman LIFESTYLE dalam blog ini ya....! 

#pumamy #pumaklcc.




,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan