SOLEKAN KAWAII 'CANMAKE' KINI DI GUARDIAN MALAYSIA
Guardian
Malaysia akan meningkatkan kerjasama dengan Canmake, salah satu daripada jenama
kosmetik yang paling popular di Jepun dengan memperluaskan rangkaian produk berkenaan agar tersedia di lebih banyak kedai.
Rasanya, di kalangan generasi muda yang gemarkan solekan konsep kawai tentu tahu mengenai kewujudan produk kosmetik Canmake ini kan?
Jika di alihbahasakan perkataan ini sudah tentu ia bermaksud 'Boleh Buat" haha tetapi perkataan itu tak happening lah... tak macam bunyi Canmake kan?
Sejujurnya ini kali kedua Kak Fas berhadapan dengan jenama dari Jepun ini. Kali pertama ketika jenama ini terlibat dalam Ekspo Kecantikan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Dah lupa lak bulan bila dan tahunnya tetapi Kak Fas pasti itulah produknya kerana Canmake terkenal dengan gaya solekan kawaii!
Tak apa lah yang pasti majlis karnival Canmake yang dianjurkan khusus untuk pihak media memang 'happening'. Bermacam-macam kaunter di buka untuk para media dan bloggers bermain. malah hadiahnya pun menarik.
Rata-rata rasa seronok bermain sambil memenangi lagi beberapa produk Canmake termasuk juga patung Can Can yang amat comel.
Majlis bermula dengan ucapan Pengarah Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Wong Vai Chi yang berkata:
"Keputusan ini untuk memberi lebih banyak ruang kepada Canmake bertujuan untuk memenuhi keperluan pembeli yang semakin meningkat untuk produk kecantikan yang sentiasa segar pada nilai-nilai yang hebat."

Jika korang nak tahu produk Canmake, telah dilancarkan 33 tahun yang
lalu di Jepun dimana ia sangat popular di kalangan semua generasi ,muda karena
menawarkan berbagai produk yang comel, bergaya, berkualiti dengan harga
yang murah
Sebenarnya Guardian telah melancarkan jualan Canmake digedungnya pada tahun 2015 melalui 12 kedai. namun terkini produk itu boleh didapati di 55 kedai malah menjelang akhir tahun ia akan meningkat kepada 80 kedai.
Jadi jangan merungut susah nak beli ya sebab dah bertambah gedung Guardian yang menjual produk Canmake.... memang 'can' (boleh) sangat jika nak membeli huhu...

Menurut Wong, untuk
memastikan pelanggan mendapat maklumat yang berpengetahuan dan mendapat peluang
untuk mencuba produk, Guardian beberapa kaunter tester untuk pelanggan mencuba produk.
Barang-barang Canmake direka comel dalam saiz kecil untuk keselesaan yang boleh
dimasukan ke dalam kantung kosmetik kecil atau beg tangan.
Sebenarnya saiz dan keunikan packagingnya inilah yang menarik Kak Fas untuk leka memandang produk-produk Canmake. Memang sesuai sangat diguna remaja yang mahukan sentuhan solekan kawaii pada wajah mereka.
Dengan harga jualan yang sangat berpatutan antara RM31.90 hingga RM86.70 produk ini memang mampu milik malah paling cantik jika diguna untuk solekan malam.
Jika korang lihat gambar-gambar produknya ini sudah tentu korang pun mudah jatuh hati. Warna-warna dan packagingnya memang cantik. Korang tengok gambar-gambar ini ya untuk mendapatkan gambaran sebenar apakah kata-kata Kak Fas ini benar.
Tentu jawapan korang memang comel dan cantik sangat... jadi sekarang korang tak perlu risau atau nak terbang jauh ke Jepun mahu pun nak pesan pada rakan-rakan yang tinggal di negara matahari terbit itu untuk membeli Canmake.
Pergi aje ke Guardian berdekatan tentu ada punya.... ok selamat bersolek kawaii u alls.. terutama pada mereka yang sedang nak bersiap sedia ke parti itu bolehlah cuba kosmetik Canmake ni ya...

PELBAGAI Game disediakan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan