VIVO PERKENAL VIVO 11 & VIVO V11i MAMPU MILIK
Kak Fas adalah pengguna setia #VivoV5. Dah lama guna telefon pintar jenama ini malah yang paling istemewa Kak Fas memperolehnya daripada cabutan bertuah ketika Vivo V5 dilancarkan awal tahun 2017 lalu.
Sehingga kini Vivo V5 masih dalam genggaman dan Kak Fas memang suka dengannya terutama gambar selfie yang diambil amat jelas dan terang. Malah merakamkan video dari jarak jauh pun agak cantik.
Dan baru-baru ini ketika lahirnya adik fberadik baharunya, sudah tentulah Kak Fas tidak melepaskan peluang hadir pada pelancarannya yang berlangsung melalui acara yang agak berlainan apabila berlangsungnya di pentas MBSA di mana setiap minggu rakaman siaran langsung program realiti #Bigstage dilangsungkan.
Iya pentas yang sama digubah menjadi set pelancaran Vivo V11 dan Vivo V11i dengan menampilkan dutanya, Dato Seri Siti Nurhaliza (yang juga juri Bigstage) serta dua daripada peserta program berkenaan iaitu Sarah Suhairi dan Afieq Shazwan.
Bersama mereka Vivo tidak ketinggalan menjemput bersama duta terbaharunya mewakili generasi muda iaitu pelakon dan penyanyi popular Janna Nick.
Kesemua selebriti berkenaan memberikan persembahan pada konsert pelancaran Vivo V11 dan Vivo V11i malah ada pula persembahan fesyen.
Memang happeninglah petang itu dengan sorakan peminat artis masing-masing.
Dan sebaik sahaja pelancaran Vivo V11 dan Vivo V11i disempurnakan bersama Siti Nurhaliza dan barisan team Vivo, hadirin memberikan tepukan gemuruh apabila mendapati harga yang ditawarkan mampu milik iaitu RM1,699 bagi Vivo V11 dan RM1,299 bagi Vivo V11i.
Mesti pengguna Vivo suka kan. Dan jika korang nak tahu lebih lanjut dan terperinci mengenai spesifikasi telefon pintar terbaharu berkenaan boleh lah klik di halaman ruangan PRODUCT ini ya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan