INGAT TARIKH 11.11.2018, INGAT LAZADA MALAYSIA
Pada hari Khamis ini kita akan menyambut 1 Novermber 2018.
Lazimnya pada bulan yang membawa angka kembar contohnya 9.9.2018 atau pun 11.11.2018 akan berlakunya perayaan membeli-belah dalam talian yang dilaksanakan oleh beberapa platform e-dagang tempatan.
Dan menjelang 11.11. 2018 ini bermula dari 1 November 2018 ini, platform dalam talian dan jualan nombor satu di Asia Tenggara, Lazada Malaysia tidak ketinggalan meraikannya dengan pelbagai tawaran dan hadiah menarik.
Korang yang sering membeli-belah dalam talian tentu tidak sabar menunggu apa tawaran menarik yang diberikan Lazada Malaysia ini kan?
Ya... Kak Fas tak nafikan memang 'da boom' tawaran yang akan diberikan kepada setiap pelanggan setianya.
Petang tadi, Lazada Malaysia melancarkan acara
beli-belah terbesarnya bagi tahun 2018, iaitu Lazada 11.11 Shopping Festival.
Ekstravaganza beli-belah dalam
talian selama 24 jam tersebut akan bermula pada tengah malam 11 November 2018,
dengan pertunjukan pengiraan turun detik pelancaran yang disiarkan secara
langsung pada 10 November 2018.
Bonanza beli-belah tahun 2018 ini menjanjikan
pengalaman beli-belah yang sangat mengujakan bagi mereka yang mencari
keseronokan dan memburu tawaran harga rendah, dengan pelbagai aktiviti
multideria dan multiskrin.
Pada malam menjelang Lazada 11.11 Shopping Festival, pembeli akan
dihiburkan dengan Lazada 11.11 Super Show, sebuah program variasi yang
dibarisi bintang terkenal yang bakal berlangsung secara siaran langsung di TV3 dan ntv7.
Antara mereka itu meliputi artis-artis popular lama dan baharu seperti Ziana Zain, Ella, Aiman Tino, Haqiem Rusli, Kumpulan Bunkface dan ramai lagi termasuk Cakra Khan dari Indonesia serta kumpulan K-Pop. Pendekata, tentu happening malam tu nanti.
Malah lebih menarik lagi, penonton yang menonton persembahan tersebut turut
berpeluang untuk mengambil bahagian dalam sesi permainan secara langsung dan
memenangi pelbagai hadiah hebat.
Christophe Lejeune, Ketua
Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia menjelaskan usaha berterusan gergasi e-dagang
tersebut untuk mewujudkan hubungan yang lebih akrab dan kukuh dengan para
pembeli.
“Lazada kini
berkembang menjadi sebuah platform gaya hidup, menawarkan pengalaman di luar batasan
beli-belah dalam talian. Kami sentiasa memperluas rangkaian produk kami, dengan
fokus terhadap fesyen dan produk kecantikan bagi memenuhi pasaran wanita kami
yang semakin berkembang. Bukan sekadar harga terendah, kami berusaha
membangkitkan keterujaan dan melibatkan pelanggan, sekali gus mencipta festival
beli-belah terbesar menerusi tawaran hebat, permainan yang menghiburkan dan
alat penemuan (discovery tools) menerusi aplikasi kami,” jelas Lejeune.
“Dengan lebih 9 juta muat turun aplikasi
Lazada, ini merupakan bukti kukuh terhadap keupayaan dan kepakaran kami dalam
menangani keperluan para pembeli dalam talian. Dengan lebih lima kali ganda jenama
dan penjual berbanding tahun lepas, para pembeli akan memperoleh akses kepada
lebih 100 juta produk dan lebih 300 jenama, yang dihantar dari gudang dengan armada
kami sendiri untuk mengawal proses penghantaran. Kami juga bekerjasama dengan
penyedia khidmat logistik yang boleh dipercayai bagi memastikan kami berupaya memperluas
rangkaian penghantaran demi mencapai pelanggan kami tidak kira situasi mereka,”
tambah Lejeune.
Sertai Super Show 11.11
Dipentaskan di Axiata
Arena, dianggarkan 3 juta rakyat Malaysia akan menyaksikan acara ini secara
serentak merentas saluran Media Prima iaitu TV3 dan ntv7, tonton, dan juga aplikasi mudah alih Lazada.
Pastikan anda
merupakan sebahagian daripada aksi tersebut dan temui sendiri Aiman Tino,
Haqiem Rusli, Ayda Jebat, Wany Hasrita, Ella, Ziana Zain, Bunkface serta
bintang hebat Malaysia dan antarabangsa yang lain dengan memuat naik sekeping
gambar individu yang anda ingin pergi bersamanya di Instagram dengan kapsyen "Sudikah
anda pergi ke Super Show Lazada 11.11 bersama saya?" berserta tanda pagar
#MYLazada1111.
Individu tersebut hendaklah membalas ya atau bersetuju untuk
pergi bersama anda.
Pertandingan ini berlangsung hingga 31 Oktober dan
pemenangnya akan diumumkan pada 1 November. 50 pemenang bertuah akan dipilih!
Para penonton di arena dan di rumah yang
menonton pada 10 November 2018 juga akan menerima panggilan video daripada
artis kegemaran mereka dan memperoleh satu peluang untuk memenangi hadiah
menarik termasuk dua buah kereta Volkswagen Beetle 1.2 TSI melalui permainan secara langsung di
aplikasi Lazada ketika program ini berlangsung.
Wow! Siapalah yang bertuah dapat kereta tu nanti kan?
Apa pun korang harus sentiasa perhatikan skrin untuk membawa pulang beberapa hadiah lain daripada L'Oreal Paris, Carlo Rina, Phillips, Lactogrow, Sunsilk, Drypers dan Xioami!
Ambil Kesempatan Tawaran Terhebat Tahun 2018!
Usah tunggu hingga 11.11 untuk menambahkan
barangan ke troli anda! Mulai 1 November 2018, anda boleh memulakan previu
harga 11.11 dan menambahkan barangan tersebut ke troli anda, dengan itu anda
boleh mendaftar keluar serta membayar dengan cepat dan selesa pada hari jualan
berlangsung.
Jangan ketinggalan mendapatkan Baucar Kolektibel sehingga
RM11,000,000, tawaran serendah RM0.99 dan hadiah percuma bernilai RM200,000!
Terdapat juga lebih daripada 10,000 Kotak Kejutan untuk direbut mengandungi
produk daripada pelbagai jenama dengan potongan sehingga 70%. Unit adalah
terhad sahaja!
Bagi pelanggan yang berjaga malam, mereka
boleh menikmati harga terendah tahun 2018 menerusi lebih 50 jenama pada 11
November bermula tengah malam hingga 2 pagi . Bagi pelanggan yang bangun awal
pula mereka boleh memanfaatkan kelebihan baucar Flash seawal pukul 8am
dalam tempoh masa yang terhad sahaja.
Bermain untuk mendapat lebih tawaran menarik
dengan ciri-ciri aplikasi baru Lazada
Wonderland! Dari 1 hingga 10
November, pengguna aplikasi Lazada akan mempunyai 20 peluang untuk membuka
kotak barangan berharga yang mengandungi baucar jenama dan penjual terkenal.
Berlangsung setiap hari bermula 11 pagi hingga 5 pagi, klik web banner
Wonderland di halaman utama aplikasi Lazada. Anda akan dibawa ke Wonderland untuk
melihat semua stor yang mengambil bahagian. Tekan stor mengikut kehendak anda
untuk membongkar kotak barangan berharga yang terdapat di dalamnya!
Beli Lebih untuk Dapatkan Lebih*
·
Simpan* Mastercard (kad kredit, debit, prabayar) anda di Lazada dan
dapatkan pulangan tunai sebanyak 12% dalam Lazada Wallet anda apabila membuat
pembelian di Lazada. 11 pemegang Mastercard pertama pada setiap jam yang
menggunakan Mastercard yang disimpan untuk membeli-belah di Lazada akan
menerima pulangan tunai sebanyak RM111 dalam Lazada Wallet mereka.
Sementara itu, semua pemegang kad kredit, debit dan prabayar CIMB boleh mendapatkan potongan sebanyak RM20,
dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM150.
· Dan jika anda ke mana-mana restoren McDonalds tunjukkan aplikasi Lazada dan
nikmati 11 ketul CHICKEN McNUGGETS® dengan harga hanya RM11, sah dari 5 hingga
11 November 2018.
*Tertakluk pada terma dan
syarat
*Hanya kad Mastercard
yang disimpan buat pertama kali di Lazada adalah layak.
·
Faedah lain-lain:
* Dapatkan baucar dalam aplikasi sebanyak RM11 untuk Lazada hanya dengan kredit
GrabPay RM1.
· * Dapatkan diskaun 11% terhadap tambang Malaysia Airlines (MAS) dan ambil
bahagian dalam Hadiah Pas Satellite Golden Lounge Lazada 11.11.
* Beritahu kami tempat
tarikan kegemaran anda di Kuala Lumpur! 50 pemenang akan menerima penginapan
hotel dua malam bagi suatu pasangan, dan satu perjalanan pergi balik tiga malam
tajaan penuh terpilih ke Thailand.
Membawa Luar Talian ke Dalam Talian
Tekan ikon kamera yang
dilabelkan “Scan” yang terletak di sebelah kiri atas sekali laman utama
aplikasi Lazada. Anda hanya perlu mengambil gambar atau memilih suatu imej
daripada galeri anda. Begitu mudah sekali!
Kini anda boleh mendapatkan semua
yang pernah anda ingini, di mana sahaja anda melihatnya dengan harga dan
pilihan yang lebih baik! Fungsi yang sama juga akan digunakan untuk mengimbas
kod QR, yang akan membawa anda terus ke laman promosi, produk atau penjual
dalam lingkungan aplikasi Lazada. Pelanggan boleh mendapatkan kod QR Lazada di
jenama dan penjual stor luar talian terpilih.
Jadi tandakan kalendar anda ya... jangan lupa tarikh 11.11.2018.
Kunjungi laman lazada KLIK SINI dan laman media sosialnya untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang Festival Beli-belah Lazada 11.11!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan