UFORA SKINCARE ATASI KULIT MUKA BERMASALAH
UFORA – satu nama yang agak asing bagi Kak Fas sebelum ini namun bagi
pengguna yang sering mengikuti perkembangan produk kecantikan, jenama ini sudah lama meniti dari bibir ke bibir khususnya di kalangan mereka yang mahukan wajah awet muda, putih
dan berseri.
Sambutan yang hangat daripada produk pertamanya, UFORA BEAUTY
COLLAGEN melonjakkan hasrat pengasasnya, sepasang suami isteri, Encik Nik Mohd
Hilman Mustapha dan Puan Supia Saupi untuk terus mengembangkan perniagaan waima
terhasilnya siri produk kecantikan keduanya, UFORA Skincare.
Pelancaran set tiga dalam satu kotak ini telah dilancarkan
baru-baru ini dalam suasana glam dan meriah di dewan utama The Club Bukit Utama
Golf Resort yang memperlihatkan Puan Supia tampil di pentas bersama produk
terbaharunya meliputi Ufora Facial Foam,
Ufora Sunscreen dan Ufora Night Serum.
Hadir bersama lapan lagi rakan-rakan blogger yang diundang,
Kak Fas tertarik dengan ‘packaging’ UFORA ini yang sudah tentu boleh
dikategorikan sama standard dengan produk antarabangsa.
Justeru, dengan perancangan pengasasnya untuk membawa produk
terbaharu mereka ini ke pasaran luar Negara sudah tentu menepati piawaian global..
“Buat permulaan kami akan memperkenalkan produk ini ke benua
Asia terlebih dahulu antaranya Negara jiran seperti Thailand,
Indonesia, Singapura dan lain-lain yang berdekatan,” Encik Nik bayangkan kala
ditemubual santai.
Timbul persoalan dari mana tercetusnya nama UFORA?
Jangan salah anggap ya.. ini bukan produk dari 'UFO' (Unidentified Flying Object) tau... haha... walau pun ada tiga abjad pertama tersebut di hadapannya.
Jawab Nik, UFORA adalah singkatan bagi maksud 'You For All'...gitu!
Dan soalan yang sering selalu ditanya tentulah apa kelainannya produk kecantikan kulit ini berbanding persaingannya di pasaran?
“Ketiga-tiga produk ini telah diformulasi khas untuk semua jenis kulit muka sebagai rejim lengkap dalam menyelesaikan masalah seperti jerawat, parut, jeragat dan
sebagainya malah membendung penuaan agar kulit nampak awet muda, putih lagi
berseri,” jawab Sufia disisi Nik.
Menurut Sufia, ketistmewaannya juga terletak pada formulasi
kandungan bahan-bahannya seperti ekstrak
aloe vera yang terkandung di dalam pembuatan Ufora Night Serum di mana ia mampu
merawat kulit bermasalah sambil mengecilkan pori-pori sambil mencerahkan kulit.
Manakala Ufora Sunscreen boleh digunakan pada waktu siang
bagi melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari apatah lagi kandungan anti
penuaan yang turut diformulasikan di dalamnya mampu mengekalkan kulit nampak muda seraya anggun.
“Dan sudah tentu Ufora Facial Foam yang dirumus khas dengan
bahan ekstrak buah kranberi mampu melembut, menstabil dan melembapkan kulit
muka selepas membersihnya,” tambah Sufia.
Jelasnya lagi buih daripada Ufora Facial Foam membersihkan
kulit muka jauh ke dalam liang pori selain mencerah, menegang dan
mengilatkannya.
Melihat pada wajah Sufia yang putih gebu serta mulus itu,
Kak Fas yakin set UFORA Skincare ini
sesuatu yang harus dicuba semua kaum wanita dalam golongan pelbagai peringkat
usia malah pastinya buat kaum lelaki juga.
Seperti kata pelakon, pelawak dan pengacara, Fazlisham Mat
Hussein atau lebih dikenali sebagai Issey Titan. “tengoklah wajah saya yang
bertambah molek ini semua kerana saya menggunakan UFORA Skincare….” diikuti
sorakan hadirin.
Issey menyatakan demikian ketika dijemput sebagai tetamu
bagi menyampaikan kata-kata semangat buat rakan sekolahnya, Nik Hillman.
“Saya memang sanjung tinggi semangat dan usaha Nik
memandangkan pada waktu sekolah dulu dia ni bukannya rajin dan cerdik sangat,”
ujar Issey kepada Kak Fas seloroh
.
.
Berkat kegigihan dan usaha membawa kejayaan di
mana hari ini Nik Hillman sudah dikenali sebagai seorang usahawan yang sama
tinggi dan sama rendah dengan beberapa pengasas kecantikan dan kosmetik
tempatan lainnya.
Tak perlulah Kak Fas sebut nama-nama usahawan tempatan yang
dah berjaya memandangkan anda pun sudah tentu maklum siapa kan?
Dengan harga RM139 sekotak bagi tiga produk, Kak Fas percaya ia mampu dimiliki semua golongan apa tah lagi jika selama ini anda belum temui produk yang sesuai kulit muka.
Bolehlah cuba yang ini memandangkan kesan penggunaannya menurut
Sufia dapat dilihat dalam tempoh seawal dua minggu.
“Namun segalanya bergantung kepada kulit masing-masing, jika kulit
bermasalah teruk mungkin ia mengambil masa agak lama sedikit tetapi
penggunaannya harus disiplin dan mengikut urutan rejim produk. Kena guna
ketiga-tiganya untuk berkesan. Jangan pula guna serum sahaja tetapi kulit tidak
bersih dan dilindungi pada waktu siang,” jelas Sufia.
Bercerita mengenai perancangan masa hadapan, Sufia dan Nik memberitahu
banyak lagi promosi dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang beberapa
bulan ini.
Jadi seperti kata mereka, “Tunggu sahaja…..".
Kita lihat nanti bagaimana perkembangan bisnes pasangan suami isteri ini. Namun yang pasti kedua mereka percaya segala usaha dan kejayaan yang dimiliki adalah atas restu ibu bapa masing-masing.
Mungkinkah selepas ini ada lagi beberapa produk terbaharu
dalam segmen kosmetik pula?
Kita pun tunggu dan lihat ya?
Sementara itu apa kata kita dengar perbualan yang dirakamkan
di bawah ini manakala info tambahan berhubung testimoni pengguna bolehlah
layari laman sosial INI.
Dengar kata jualan tertinggi yang mencapai 62,000 unit dalam tempoh 5 bulan akan dihadiah wang lumayan gitu! Nak tahu berapa jumlahnya? Tengok angka pada paparan skrin dalam foto di bawah ini,,,,
Siapalah agaknya yang bertuah nanti ya…apa pun anda sudah boleh mendapatkan produk ini samada melalui ejen/stokis atau pun di kedai-kedai jamu seluruh Negara.
Jom layan beberapa lagi kepingan gambar yang Kak Fas dan rakan-rakan merakamkan pada majlis malam itu.....
DUA orang penerima (pix atas dan bawah)menerima cenderamata bagi jualan tertinggi setekat ini. |
ISSEY... |
KAK Fas dan sebahagian rakan-rakan blogger sempat bergambar bersama Nik dan Sufia, |
INI Dia kumpulan kecil kami............. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan