Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GUARDIAN SEDIAKAN 80 SET PILIHAN HADIAH KRISMAS

Setiap kali menghampiri musim perayaan Krismas, Guardian Malaysia tidak ketinggalan mencipta satu trend untuk menarik pelanggannya memilih hadiah Krismas dengan menampilkan set-set eksklusif lagi cantik.
Mengakhiri tahun 2018 ini juga tidak kurang menariknya setiap produk dan bungkusan set hadiah Krismas yang direka khas malah yang penting ia dijual pada harga mampu milik serta sangat berbaloi dengan wang ringgit dibelanja.
Mengumumkan demikian dalam satu majlis santai bersama media dan blogger baru-baru ini, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Ms Wong Vai Chi berkata:
“80 set hadiah yang cukup menarik, praktikal dan berguna telah dipilih daripada beberapa jenama antarabangsa eksklusif Guardian dan Jenama Sendiri (Own Brand) yang melambangkan nilai hebat untuk wang.


“Terdiri daripada barangan kosmetik, beg, penjagaan kulit, penjagaan bibir, penjagaan tangan, set mandian, wangian, set berus dan banyak lagi, kami pasti anda akan menemui hadiah yang tepat untuk orang yang tersayang, keluarga, dan sahabat handai, tidak kira umur dan gaya hidup mereka.”
Vai Chi menambahkata,  Guardian telah membina reputasi selama bertahun-tahun dalam memenuhi keperluan pelanggan untuk produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.
“Kami percaya para pelanggan akan gembira dengan pilihan, kualiti serta harga yang kami tawarkan,” ujar beliau.
“Kami telah berkembang dan kini merupakan peruncit utama dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Selaku pakar dalam kesihatan kecantikan, kami berbangga dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pelanggan. Set-set hadiah ini, yang merupakan siri kedua kami, adalah sejajar dengan polisi kami untuk memenuhi keperluan pelanggan tanpa mengira apa jua musim!


Vai Chi turut berkongsi bahawa bagi meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah pelanggan apabila berkunjung ke stor, ‘Your Personal Guardian’ diwujudkan untuk membantu pelanggan memilih hadiah yang ideal untuk orang yang disayangi.
“Mulai 10 Disember 2018, dapatkan khidmat ‘Your Personal Guardian’ yang boleh dikenal pasti dengan mudah dengan lencana yang mereka pakai. Jika anda buntu apa yang patut dihadiahkan untuk ibu saudara atau adik perempuan remaja anda, sila dapatkan cadangan hadiah daripada ‘Your Personal Guardian’. Setiap pelanggan yang membeli hadiah yang disyorkan oleh ‘Your Personal Guardian’ akan menerima beg membeli-belah percuma daripada Guardian.

Jadi jangan lepaskan peluang bertanya kepada Pembantu Peribadi Guardian anda jika mahu mendapatkan bag percuma tau!
Promosi ‘Lovely Gifts, Merry Deals’ Guardian Malaysia bermula pada 29 November 2018 di seluruh 430 stornya dan bakal berakhir pada 31 Disember 2018.
Dan untuk kekal relevan dengan pelanggan dalam arus zaman yang sentiasa berubah, Guardian Malaysia akan melancarkan ‘Your Personal Guardian’ di Facebook Messenger pada bulan Disember. Ia bertujuan membantu  dan memberi inspirasi kepada pengguna untuk mendapatkan hadiah yang sesuai untuk orang tersayang melalui kuasa chat.
Maklumat lanjut sila layari www.facebook.com/GuardianMalaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan