Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GUARDIAN MALAYSIA TUNAIKAN IMPIAN KE KOREA!


Korang nampak tak kotak berbentuk hati yang dipenuhi produk 'Guardian Jeju Mask' ini? Tu gambar di atas tu.....
Jika korang boleh kira dengan tepat berapa kah jumlah kepingan produk tersebut...then korang dah boleh dah berangan berada di Korea, negara yang mencipta fenomena K-Pop yang sehingga kini masih hangat sambutannya.
Bagaimana caranya untuk memenuhi impian nak ke Korea tu? Jawapannya... mudah aje.
Melalui peraduan “Shop Your Way to Korea” yang dilancarkan di sebuah pusat membeli-belah hari ini, korang berpeluang memenangi hadiah utama berupa pakej percutian eksklusif ke Korea untuk dua orang, dimana mereka boleh menyelami budaya, trend dan gaya hidup masyarakat Korea.
Best tak? Kalau ada yang kata tak best tu mesti ada yang tak kena tu. Giler tak mahu percutian percuma...ke Korea pulak tu kan?
Bagi mereka yang impikan percutian tersebut korang cuma perlu berbelanja minimum RM40 termasuk satu jenama yang mengambil bahagian, dalam satu resit. 

Selepas membuat pembelian, korang perlu ‘mengira bilangan Guardian Jeju Mask yang terdapat di dalam bekas akrilik 'Guardian Heart' yang berukuran  780mm (lebar), 600mm (tinggi) dan 270mm (diameter) tu. Setiap Jeju Mask pula berukuran 11.4cm x 15.9 cm.
Setelah yakin dengan bilangan Guardian Jeju Mask tersebut, korang perlu menulis jawapan dan menghantar penyertaan melalui borang fizikal atau melalui atas talian,
Jangan lambat tau sebab peraduan yang bermula pada 1 November lalu akan berakhir pada  31 Disember ini.
Sebanyak 38 jenama mengambil bahagian dalam peraduan ini, termasuk lima penaja utama iaitu Dove, L’Oreal, Maybelline, Pantene dan Safi. Jadi korang boleh beli  mana-mana jenama pilihan hati tetapi janji harus ada satu resit pembelian minima RM40.
Maklumat lengkap peraduan serta terma dan syarat boleh didapati di: w2korea.guardian.com.my atau jika nak mudah KLIK SINI.


























Kak Fas pun teruja juga dengan promosi yang dianjurkan Guardian Malaysia ini. Ternyata aktiviti-aktiviti serta promosi yang dianjurkan selama ini memikat hati pelanggan.
Malah pada majlis pelancarannya yang berlangung semalam, pelbagai booth disediakan untuk kami mencuba beberapa produk kecantikan Korea baharu malah dapat sampel percuma lagi.


Sesungguhnya peraduan seperti Shop Your Way to Korea” ini memperlihatkan Guardian Malaysia sentiasa mengutamakan pelanggannya.
Bak kata Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), pada majlis pelancaran:
“Sebagai peneraju dalam peruncitan kesihatan dan kecantikan, kami telah menyaksikan bagaimana produk penjagaan kulit dan kecantikan Korea dengan cepat menarik minat para pelanggan kami, yang sentiasa mencari variasi, kualiti dan nilai yang lebih hebat.
“Jadi peraduan ini adalah untuk mengiktiraf kehebatan produk-produk Korea dalam mempengaruhi gaya hidup dan tabiat berbelanja, dalam masa yang sama, memberi ganjaran kepada para pelanggan kami.” 
Tambah Ms Wong lagi, peraduan tersebut juga sejajar dengan polisi Guardian Malaysia yang sentiasa mengutamakan pelanggan. 
"Kami terus berusaha untuk menawarkan pelbagai promosi baru dan inovatif yang memberikan produk bervariasi, berkualiti dan bernilai hebat serta perkhidmatan terbaik untuk pelanggan sebab kami yakin para pelanggan akan teruja dengan peraduan sebegini kerana ia sangat mudah dan hadiah-hadiah yang ditawarkan pula sangat menarik, " sambung Ms Wong  

Hadiah Utama adalah Pengalaman Kecantikan dan Kesejahteraan Korea selama 7 hari 5 malam untuk dua orang, bernilai hampir RM36,000! 
Malah terdapat EMPAT Hadiah Utama you alls... Wow! Siapa lah yang bertuah tu nanti ya?
Selain itu, terdapat 16 hadiah kedua berupa Samsung Note 9 dan 30 hadiah ketiga berupa baucar Guardian bernilai RM300 untuk setiap pemenang! 

Jadi tunggu apa lagi, cepat pergi Guardian dan jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah-hadiah yang berjumlah lebih RM200,000 ini! Mana tahu tahun ini tuah korang!
“Kami menyarankan agar pelanggan menghantar seberapa banyak mungkin penyertaan, agar peluang untuk mereka memenangi hadiah-hadiah menarik ini lebih besar,” ujar Ms Wong.
Huh! Dengar nasihat Ms Wong tu... hantar seberapa banyak penyertaan... pasti ada yang sangkut 

Kepada semua Kak Fas ucapkan ....Good Luck!.....semoga tuah menyebelahi anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan