Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PANGOI SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI WANITA



PANGOI – satu label yang sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri fesyen serta produk yang berkait rapat dengan ‘lifestyle’ golongan wanita khususnya.

Kak Fas mula mengenali pengasasnya, Encik Patrick Goi kira kira empat tahun lalu. 

Pertemuan kami berlangsung secara kebetulan ketika menghadiri majlis pelancaran produk lain.

Patrick yang ramah menegur Kak Fas seraya menghulurkan kad namanya sambil memaklumkan akan mengeluarkan produk sendiri.

Hasilnya tertubuhlah PANGOI Group Sdn Bhd pada tahun 2014 dengan matlamat untuk metakrifkan dunia fesyen menerusi jenama “PANGOI”.


Dan hari ini  dari sebuah ‘flagship store” yang pertamanya di Hartamas, Kak Fas dapat melihat perkembangan PANGOI yang sudah pun memiliki tujuh  outlet di sekitar Lembah Klang manakala sebuah di Paradigm Mall, Johor Bahru dan terbaharu di Pusat Membeli-belah Plaza Masalam di Seksyen 9 Shah Alam, Selangor.

Lokasinya yang strategik di Lembah Kelang meliputi pusat membeli-belah ternama seperti KLCC, Nu Sentral, Avenue K, Quill City Mall, Paradigm Mall dan Subang Parade sudah cukup memberi tanda kemajuan yang dibina melalui ‘Pangoi’.

Kak Fas pernah ke Pangoi di Nu Sentral dan kagum melihat barangan jualannya di mana ‘signature’ produknya sudah tentulah bag tangan kulit berkualiti dan  tidak ketinggalan koleksi apparels dan aksesori.

Berada di dalam industri yang mempunyai ramai persaingan sudah tentu mencabar buat Patrick namun kegigihan serta semangat juangnya yang tidak mengenal erti kekecewaan adalah pintu kejayaan yang dimiliknya hari ini.

Kak Fas tidak mahu berceloteh panjang mengenai usahawan yang cukup mesra ini. Walau pun tidak mengenalinya lama namun hubungan yang dijalinkan bagaikan kawan lama.
Jom Kak Fas perkenalkan secara ringkas perjalanan dan usaha Patrick membina empayar Pangoinya….

Menurut Patrick, bahagian paling sukar untuk menguruskan PANGOI adalah hakikat bahawa industri itu sendiri sangat berdaya saing.
Namun tanggungjawab utamanya mahu  memperluaskan pasaran bukan sahaja Malaysia malah ke luar Negara khususnya Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Memegang prinsip mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan, Patrick yang mengetuai pasukan penyelidikan dalam melihat tuntutan dan keperluan pelanggannya turut membimbing dan melatih pasukan pemasarannya.

Nilai-nilai penting yang diutamakan oleh syarikat meliputi  kejujuran, keghairahan, didorong hasil, komunikasi yang efektif dan perkongsian pengetahuan dan kepakaran.

"Amat penting bagi kakitangan PANGOI untuk menegakkan nilai-nilai ini agar kami dapat mencapai matlamat kolektif,"  ujar Patrick Goi

Antara produk dan barangan PANGOI berupa  koleksi baru batik, beg, apperals dan aksesoris untuk wanita Malaysia dengan sentuhan ketukangan Mediterranean. 

Pendekata, setiap produk direka betuk berkualiti, serbaguna, selesa dan bergaya sesuai untuk semua majlis dan peringkat usia.

Jom kita lihat produk-produk jenama PANGOI… Kak Fas yakin mesti ada yang anda berkenan…jadi carilah outlet yang terdekat dengan anda ya....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan