SENTUHAN MAGIS SERIKAN KRISMAS DI SURIA KLCC
Foto: Megatz
Sejak tahun 2015, pusat membeli-belah ternama, Suria KLCC
masih kekal memegang rekod untuk ‘ The Tallest Christmas Tree in Malaysia” atau
dalam bahasa Melayunya ‘Pokok Krismas Paling Tinggi di Malaysia’ di mana ia
berdiri tegak setinggi 100 kaki terletak di kawasan luar esplanadenya.
Setiap tahun menjelang sambutan Xmas, Suria KLCC tidak
pernah ketinggalan melakukan upacara tradisinya iaitu menyalakan mentol yang mengelilingi pokok Krismas berkenaan
agar cahayanya bergemerlapan di sekitar.
Jadi sekali lagi, baru-baru ini Kak Fas berpeluang
menyaksikan buat kali ketiga nyalaan lampu pada pokok Krismas berkenaan sebaik
sahaja majlis pelancaran bertemakan ‘Magical Whimsical Christmas Wonderland’
disempurnakan di ruang Center Courtnya.
Majlis pelancaran diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC, Encik Andrew
Brien bersama para tamunya yang terdiri
daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Kementerian Pelancongan
Tuan Syed Yahya Syed Othman dan Ketua Sekretariat Pusat Membeli-belah
Sekretariat Kementerian Pelancongan Malaysia, Puan Norliza Md Zain.
Dekorasi Krismas kali ini menyaksikan Suria KLCC berubah menjadi lokasi keajaiban Christmas
yang mengagumkan berupa sebuah pekan
flora poinsettia, dihiasi dengan ribuan lampu berwarna-warni berserta perhiasan
kristal dan pokok krismas bersalji.
Malah keseluruhan ‘wonderland’ berkenaan dijaga rapi oleh
tentera Nutcracker berwarna-warni.
“Krismas merupakan salah satu musim yang paling dinanti-nantikan Suria
KLCC kerana kami ingin membawa
keajaiban. Tahun ini, pekan Krismas kami yang ajaib dijaga oleh tentera
Nutcracker sekali gus memberi
kebahagiaan pada anak-anak muda dan mengembalikan kenangan sambutan Krismas
semasa zaman kanak-kanak kita dahulu,” ujar Andrew Brien.
Di samping itu seperti kebiasaannya, Suria KLCC tidak lupa
menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan di mana kali ini tambah Brien,
pihaknya berkerjasama dengan Hospis Malaysia melalui kempen yang dinamakan
‘Speak Up – There’s an Elephant in the Room’.
Melalui kempen itu, pengunjung boleh menyokong dengan
menyumbang RM15 di mana sebagai balasan mereka akan menerima token appresiasi
daripada Suria KLCC. Jika tidak, mereka juga boleh menyumbang pada kadar yang
sama melalui aktiviti lukisan muka dan
tangan yang boleh disertai kanak-kanak.
Selain itu bagi para pembeli pula, Suria KLCC telah
bekerjasama dengan Citibank untuk memberi ganjaran eksklusif keatas setiap pembelian di
mana 30 orang pertama pemegang kad VISA Citibank yang menghabiskan minimum
RM 1,000 dalam satu resit
setiap hari akan menerima hadiah misteri dan flat rate tiket
parkir kereta Suria KLCC bernilai RM10.
Manakala untuk pembelian sebanyak RM 3,500 dan ke
atas dalam maksimum dua resit, pembeli akan menerima set
hadiah khas L’Occitane. Pembelian mesti dibuat pada hari Jumaat, Sabtu atau
Ahad sahaja dan ganjarannya terhad kepada 60 pembeli pada hari Jumaat dan 40
hari pada hujung minggu.
Pelanggan bukan Citibank juga tidak ketinggalan untuk
menerima hadiah misteri apabila mereka membelanjakan RM 1,000 ke atas dalam
satu resit tunggal. Sementara itu 30 pelanggan pertama yang membelanjakan RM3,500 ke
atas dalam satu resit pada hujung minggu juga akan diberikan set hadiah L’Occitane.
Bagi menjadikan perbelanjaan membeli-belah lebih menarik di
Suria KLCC, Lima pemenang bertuah yang berbelanja RM3,500 ke atas pada
hari Jumaat, Sabtu atau Ahad berpeluang memenangi barang kemas dari De Beers.
Peraduan ini terbuka kepada pemegang kad Citibank Visa dan
pelanggan bukan Citibank. Dalam masa yang sama kemunculan Secret
Santa akan memberikan hadiah misteri kepada pembeli bertuah.
Oleh itu, jika nak membeli hadiah Krismas elok sangat berbelanja di Suria KLCC. Mana tahu tuah
menyebelahi anda kan?.
Kempen yang bermula pada 23 Novermber lalu akan berakhir
pada 25 Disember 2018. Sepanjang tempoh itu, pengunjung boleh menyertai
pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan
termasuk berhibur dengan beberapa persembahan seperti tarian ballet,
marching band dan Christmas Carol selain bertemu Santa Claus.
Keterangan lanjut berhubung waktu aktiviti boleh layari www.suriaklcc.com.my . Selain Suria
KLCC, kempen Krismas turut dijalankan di Alamanda dan Mesra Mall di Kertih
dengan pelbagai aktiviti masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan