SUMBER AYU: FEMININ WANITA CERAHKAN 'MISS V"
Sepanjang tempoh berehat lama, Kak Fas menerima pula sebuah bungkusan yang dikirim oleh syarikat PR, Salina & Associates Sdn Bhd, mengandungi sekotak produk Sumber Ayu.
Rasanya semua kaum wanita khususnya, dah mengenali Sumber Ayu kan?
Sudah lama sebenarnya bungkusan itu dihantar namun disebabkan Kak Fas tiada di rumah jadi hanya selepas lebih 10 hari baharu lah Kak Fas mengambilnya daripada pondok pengawal keselamatan apabila ia ditinggalkan di situ,
Selepas dibuka, terdapat sebuah kotak yang mengandungi dua produk Sumber Ayu terbaharunya dalam segmen pencuci feminin wanita iaitu Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White.
Tujuan penghantaran sudah tentulah untuk Kak Fas cuba dan merasai pengalaman menggunakannya.
Tetapi sebelum itu ingin Kak Fas bertanya......Pernahkah
anda terfikir mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan
yang lain?
Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan
warna kulit di kawasan intim tetapi belum ada yang berkesan?
Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri
dan menimbulkan masalah apabila bersama suami?
Usah bimbang lagi! Kini dengan
adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ia dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area
Miss V anda.
Sebenarnya, anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah
di bahagian intim. kerana sudah pasti anda tidak berseorangan berhadapan dengan masalah ini.
Pelbagai faktor yang menyumbangkan kepada perubahan
warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia,
ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan
kebiasaan bercukur.
Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali anda berasa diri anda
kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber
Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di
kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda.
Sumber
Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu
meringankan dan mencerahkan tona warna kulit.
Ekstrak tersebut adalah licorice,
bengkoang dan susu.
Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah
digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk
mendapatkan tona kulit yang cerah.
Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1
dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan
kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk
mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan
sekaligus mencerahkan kulit.
Dengan
memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5
sehingga 4.5, ia dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada
golongan wanita moden hari ini.
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi
tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5
hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa .
Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau
yang kurang menyenangkan dan kegatalan.
Selain
daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber
Ayu 3X Whitening Pearly White uga menggandakan kuantitinya untuk
memberikan faedah yang lebih besar.
Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan
bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat
memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan
perkahwinan yang lebih mesra.
Tambahan
pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga
memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan
kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman
Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf halal.
Apabila ramuan-ramuan
ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White
dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan
pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit.
Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH
disekitarnya.
Sumber Ayu
3X Whitening Pearly White kini
dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan
terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat.
Produk ini
boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza
iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50.
SUMBER
AYU rangkaian produk penjagaan diri
yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga
farmasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan