Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AKADEMI MUZIK D-FLAT BUKA KELAS DI MALAYSIA

Sejajar namanya D-Flat Music Academy atau Akademi Muzik D-Flat,, sudah mencerminkan jenis perniagaannya waima sesiapa yang meminati muzik  tentu arif dengan nota muzik seperti 'd-flat'.

Dan sekiranya anda antara mereka yang sedang mencari-cari sebuah akademi muzik untuk mengasah bakat yang terpendam samada untuk diri sendiri atau pun anak-anak, barangkali Akademi Muzik D-Flat ini sesuatu yang anda nanti-nantikan selama ini.

Akademi. Muzik D-Flat yang berpangkalan di SIngapura kini sudah melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pelancaran rasmi studio pertamanya di Sunway-Damansara Geo Avenue baru-baru ini.


Dengan lokasinya yang strategik, di tengah-tengah kawasan kediaman yang ideal, D-Flat Music Academy yakin jenamanya yang unik itu akan diterima baik dalam kalangan komuniti.

“Kami mengambil pendekatan jangka panjang dalam pendidikan muzik dengan menggalakkan pelajar menghargai muzik sebagai elemen estetik melangkaui aspek pembelajaran mereka. Kami menumpukan kepada DUA perkara penting - pembacaan melalui penglihatan dan aura. Muzik umpama bahasa, jika anda membaca - melihat dengan baik, anda akan mampu untuk bermain apa jua bahasa muzik. Aura pula membabitkan keupayaan mendengar dan sensitiviti seseorang. Ini penting bagi pelajar untuk melahirkan kreativiti muzik mereka,” ujar  Aaron Goh, Pengarah Muzik D-Flat Music Academy dan D-Flat Studio dalam ucapan aluannya.

Dengan keyakinan yang disampaikan melalui ucapannya itu, Kak Fas yakin pembelajaran muzik di akademi berkenaan mampu melahirkan individu yang mempunyai asas yang teguh dan kukuh malah bersedia untuk menawan dunia.

Bak kata pepatah, 'Melentur buluh biarlah dari rebungny', jadi jika ternampak anak-anak mempunyai bakat seni dan meminati muzik sebaiknya hantar mereka menimba ilmu secara profesional bukan sekadar 'by heart' je.

Jika dahulu seperti filem-filem P.Ramlee yang banyak mengutarakan tentang betapa ahli muzik itu satu pekerjaan yang hina sebagaimana yang diperlihatkan oleh Seniman Agung itu melalui filem "Ibu Mertua Ku', kini anggapan itu sudah tidak relevan.aman se

Zaman sekarang sudah nampak ibu bapa membenarkan anak-anak mereka berkecimpung dalam bidang muzik dan seni suara. Tidak hairan begitu ramai artis yang 'baru nak up' timbul mengisi industri hiburan tanah air.

Sebenarnya, bermain alat muzik bukanlah satu pembaziran bahkan diakui dapat memberi
pelbagai manfaat kepada kanak-kanak. 


Secara saintifik, ia telah dibuktikan membantu otak kanak-kanak berhubung sekaligus meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Bermain alat muzik juga meningkatkan keupayaan mendengar kanak-kanak, yang merupakan komponen penting dalam kemahiran sosial, koordinasi fizikal dan ketepatan masa. Ia memupuk disiplin dan kesabaran, menyuntik jati diri di samping menyediakan saluran kepada kanak-kanak untuk menghilangkan tekanan dalam kehidupan harian.

Ketika membicarakan manfaat yang bagaikan tidak bertepi daripada pembelajaran muzik, ramai juga kanak-kanak yang hilang minat begitu cepat dan menjadi kurang tertarik.

Kenapa berlaku sedemikian?

Jawab Aaron Goh, ia disebabkan  kaedah yang digunakan sekarang oleh kebanyakan konduktor muzik menumpukan kepada pembelajaran secara menghafal dan mengejar sijil semata-mata, Kebanyakan sekolah muzik hanya mengutamakan gred dalam peperiksaan tanpa membenarkan pelajar meneroka genre seperti jazz dan pop.


“Bahasa muzik memang mampu difahami semua tetapi ia kerap berkembang. Merasai sendiri muzik melalui jazz dan pop memberikan pelajar peluang untuk meneroka tekstur dan bunyi berbeza yang melengkapkan lagi pendidikan muzik mereka,” ujar Goh sambil menambahkata, D-Flat agak berlainan kerana mereka mengetengahkan muzik secara berbeza.

Ketika ditanya mengenai matlamat dan hala tuju syarikat pada masa depan, Goh mengakui, syarikat mempunyai matlamat untuk mewujudkan komuniti ahli muzik yang sentiasa teruja untuk memupuk minat mereka dalam muzik pada masa lapang, yang mana muzik akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka, untuk melangkah alam dewasa dengan lebih baik , sebagai mana mereka mengejar karier mereka.

Berpengalaman lebih 21 tahun dalam industri tersebut khususnya dalam aspek pengajaran dan persembahan, Goh ternyata amat mencintai dan menjiwai seni tersebut.

“Muzik adalah darah daging saya,” jelasnya.

Malah dalam memastikan kualiti pembelajaan muzik di akademinya bermutu, D-Flat Music Academy hanya memiliki guru-guru kelulusan Ijazah dan ijazah sarjana dalam muzik dari universiti-universiti yang terkenal dengan jurusan seni persembahan, atau sekurang-kurangnya 20 tahun pengalaman mengajar. 

Dengan cara itu, ibu bapa diberi jaminan bahawa pendidikan muzik anak-anak mereka sentiasa dalam keadaan baik, tambah Goh.

Bercerita lanjut, Goh memberitahu pencapaian peperiksaan dan persembahan pelajar mereka di Singapura merupakan testimoni terbaik bagi membuktikan keberkesanan kaedah yang mereka miliki.

 Sebahagian pelajar-pelajar cemerlang di Singapura terbabit dalam persembahan-persembahan terkenal seperti Child Aid (2017), Forbidden City (2016), Monkey Goes West (2014), Hansel & Gretel (2012), The Sound of Music, (2016) dan The Lion King (2011). 

Bagi meningkatkan lagi kecemerlangannya, D-Flat Studios serta mereka yang bekerja di bawahnya, telah menerima pelbagai anugerah di Singapura, antaranya 10 Akademi Muzik Terbaik Singapura (theasianparent.com), Anugerah Straits Times Life! Theatre - Pencalonan Aktres Terbaik 2015, Pembantu Aktres Terbaik Supporting 2016 & 2017 (dianugerahkan kepada Frances Lee - guru vokal dan muzikal dari akademi tersebut).

D-Flat Music Academy menawarkan kelas Piano, Gitar dan Vokal sertaTeater Muzikal kepada  kanak-kanak mahu pun dewasa.

 Akademi tersebut juga menawarkan penggunaan rangkaian buku dan alat muzik yang luas bagi melengkapkan lagi pembelajaran. Pelajar juga berpeluang mempelajari teori muzik melalui platform e-pembelajaran yang ketika ini berkembang pesat, sekali gus meningkatkan lagi proses pembelajaran.

Sementara itu, bagi pendaftaran sebarang kelas sebelum Jun 2019, akan memperoleh pembelajaran percuma pada bulan kedua.

Dalam pada itu, majlis pelancaran diakhiri dengan petikan daripada Nietzche oleh Goh kepada tetamu yang berbunyi, “Tanpa muzik, hidup satu kesilapan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Instagram @dflatmusicacademy atau berhubung melalui talian telefon bernombor
+6012-2393-873/

Mereka juga boleh berkunjung terus ke akademi yang beralamat di  D-Flat Music Academy, Sunway Geo Avenue G02-03A Jalan Lagoon Selatan Sunway South Quay 47500 Subang Jaya.

#D-FlatMusicAcademy.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan