DDK KEMBANGKAN SAYAP MENYEBERANGI SINGAPURA
PENGASAS dan peneraju DDK - (Dari kiri) - Nurshuhada, Azrainuddin dan Nur Ezdiani di Singapura baru-baru ini. |
GAGAL – Lima abjad yang Kak Fas percaya semua orang takut mendengar perkataan itu. Ya lah siapa mahu GAGAL dalam hidup, Gagal peperiksaan, Gagal bercinta dan banyak lagilah kegagalan yang melanda manusia.
Namun bagi pasangan muda ini, Dato Azrainuddin
Zainal atau lebih dikenali dengan panggilan Dato Arai Ezzra (tengah) dan isteri Datin
Nur Ezdiani Baharoddin (kanan) perkataaan GAGAL tidak wujud dalam kamus kehidupan
mereka.
Dalam mengharungi dunia perniagaan pasangan ini tidak mahu
kegagalan melemahkan semangat mereka bahkan mahu menjadikan ‘Kegagalan itu
pintu Kejayaan’.
Barangkali itulah resipi kejayaan ibu dan ayah kepada empat
orang cahaya mata ini apabila mereka
tidak menjadikan kegagalan itu sebagai racun berbisa tetapi melihatnya sebagai
senjata atau perisai untuk melawan segala bentuk halangan.
Bagi netizen yang mengenali Arai dan Yanie sudah tentu
maklum mengenai kecekalan semangat keduanya dalam menerokai sebuah bidang yang
sukar dipercayai masyarakat khususnya dalam teknologi blockchain dan mata wang digital.
Tidak penat disoal siasat malah ditahan beberapa kali sekali
pun, pasangan suami isteri ini tak mengenal erti putus asa untuk terus membuka
mata masyarakat khususnya generasi Y yang kini bijak IT serta tekonologi
canggih mengenai masa hadapan wang digital.
“Macam juga internet, dulu orang tak berapa nak percaya
tetapi hari ini internet sudah menjadi sebahagian daripada kamus hidup seharian
kita,” teringat kata-kata Dato Arai suatu ketika dahulu.
Cuma nak mengajar mereka yang terpelajar itulah yang menjadi
masalah waima menyakinkan ramai yang rambut sama hitam tetapi hati dan citarasa
berlainan pun menyukarkan.
Kak Fas pernah menulis mengenai harapan dan cabaran yang
dilalui mereka sebelum ini.
Apa kata anda ‘flashback’ seketika dan klik HALAMAN ini. Jadi tidak perlu lah Kak Fas nak ulang semula bagaimana mereka berdua mengasaskan teknologi blockchain di Malaysia
melalui syarikat BCMY Pte. Ltd (BCMY).
Kak Fas juga ingat kata-kata
harapan Arai dan isterinya untuk mengemukakan
cadangan mewujudkan teknologi blockchain
dan sistem ‘cashless society’ kepada
tampuk kepimpinan Negara di bawah nama Malaysia Baharu.
“Usaha itu masih dalam perbincangan dan harapan itu cerah cuma
memakan sedikit masa yang lama untuk pihak Kerajaan menelitinya,” jawab Arai
sewaktu ditemui di majlis SImposium “DDK Trusted Delegates 2018' yang
berlangsung di Marina Square, Singapura baru-baru ini.
Seramai kira-kira 500 delegasi dari lebih 10 buah Negara meliputi antaranya Filipina, Indonesia, Jepun, Vietnam, Thailand, Cambodia, Myanmar, USA, Ukraine,
Singapura, Pakistan dan tentu sekali
Malaysia menghadirinya.
Inilah yang dikatakan, ‘jauh perjalanan luas pemandangan’ berbekalkan misi utama untuk memperkenal dengan
lebih lanjut teknologi DDK dan
projek-projek yang bakal dilaksanakan.
“DDK is ready to conquer the world,” itu tagline dan harapan
yang diluahkan kepada hadirin oleh Datin Ezdiani atau lebih mesra disapa Yanie pada ucapan aluannya yang menerima sorakan serta tepukan gemuruh ramai. Turut hadir CEO DDK, Nurshuhada Zainal.
Walau pun sudah lebih dua tahun
usaha tersebut dijalankan dan Negara tumpah darahnya sendiri masih belum
diyakini sepenuhnya, Arai dan Yanie harap dengan penerimaan dan sambutan dari negara-negara
luar ia mampu menyakinkan netizen bahawa sistem blockchain dan wang digital adalah peneraju masa depan Negara maju.
Untuk pengetahuan anda yang baru
mengenali apa itu DDK?
DDK merupakan mata wang kripto (cryptocurrency)
yang dibangunkan untuk lebih berdaya saing dengan mata wang digital lain.
Berbeza dengan Bitcoin, pasaran DDK terhad untuk negara sekitar Asia sahaja dengan harga lantai dibuka pada kadar USD190 per unit.
Berbeza dengan Bitcoin, pasaran DDK terhad untuk negara sekitar Asia sahaja dengan harga lantai dibuka pada kadar USD190 per unit.
Sejujurnya Kak Fas yang suatu
ketika dahulu tidak pernah mengenali apa itu bitcoin, blockchain dan segala
istilah wang digital ini sudah memahaminya sedikit sebanyak dan faham tujuan
kenapa sistem ini bermanfaat dalam kehidupan seharian.
Ia bukan sahaja ‘decentralized’ dan
telus malah boleh dicapai di hujung jari
tanpa melalui prosedur perbankan bahkan satu dunia boleh mengakseskannya tanpa
sempadan.
Mungkin selepas ini Dato dan Datin
kena anjurkan bengkel untuk media mengenali secara dekat bagaimana nak
menguruskan perihal mata wang digital ini dengan menyediakan satu koin pada
setiap seorang sebagai langkah awal…ya tak? Haha …. Baharulah senang bercerita lanjut!
Apa pun melalui simposium yang
berlangsung sehari suntuk selama lebih kurang 8 jam, para delegasi dan sub
delegasi yang dipercayai, diperkenalkan kepada sistem blockchains.my dan team pemaju
DDK dengan tujuan memberikan pendidikan serta mewujudkan kesedaran mengenai
bahagian teknikal BCMY dan DDK.
Ia juga sebagai langkah memberi
pemahaman dan pengetahuan lebih mendalam mengenai pembangunan teknikal dan
kemajuan projek DDK sekali gus mengemaskini perancangan perniagaan strategik
BCMY.
Team dari Indonesia dan di bawah dari Jepun. |
Agak menarik mendengar lontaran
daripada delegasi 5 buah Negara yang menyertai sesi bisnes ‘pitching’ di mana dalam
masa singkat mereka mampu melontarkan cadangan menarik yang di luar kotak pemikiran kita malah tidak
mustahil di laksanakan.
Delegasi yang terlibat dalam sesi ‘pitchng’ berkenaan terdiri daripada kumpulan dari Malaysia, Jepun, Indonesia, Filipina dan Singapura.
KUMPULAN dari Malaysia (atas) dan Vietnam melontarkan cadangan masing-masing. |
Dalam pada itu, kemuncak simposium
menyaksikan majlis menandatangani MoU oleh DDK bersama sebuah syarikat penukar
global terbesar di Singapura yang bekerjasama
sebagai platform pencairan ke bank2 berdaftar di dunia.
“Apabila platform matawang
kripto ini (DDK) berada di dalam genggaman firm penukar global itu, ia bermakna matawang ini telah menempatkan diri di bursa kripto
pasaran dunia dan harapan kami ia tersenarai dalam 20 yang terbaik,” ujar Arai.
Iya lah kadangkala manusia ini perlu
diberikan contoh terlebih dahulu bak kata pepatah ‘ 'gajah di hadapan mata tak
nampak tetapi kuman di seberang lautan nampak’.
Semoga hasrat murni Arai dan Yanie beroleh kejayaan dan
dipermudahkan tanpa ada lagi halangan berbangkit daripada golongan hasad dengki
serta pak chik atau mak chik bawang yang menyifatkan platform wang digital ini
sekadar skim cepat kaya atau ‘scam’ semata-mata dan tidak boleh dipercayai.
Apa pun ‘tepuk dada tanya selera”
dan jangan pula ‘putih mata’ apabila melihat kejayaan sistem ini suatu hari
nanti apatah lagi dengan kewujudan Yayasan DDK yang kini sedang giat dilaksanakan.
GAMBAR Kenangan bersama piha media dan bloggers yang hadir ke Simposium DDK di Singapura baru-baru ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan