Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DEMETER DIINSPIRASIKAN DARI MEMORI INDAH

Demeter Fragrance Library yang jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu berbunyi 'Perpustakaan Pewangi Demeter'.

Huh! Perpustakaan?

Korang mesti keliru sikit kan apa kena mengena perpustakaan diselitkan dengan nama pewangi Demeter ini? Dan apa pula maksud Demeter?

Bagi menjawab pertanyaan pertama ... apabila Kak Fas hadir di majlis memperkenalkan produk Demeter ini baharulah Kak Fas faham maksudnya 'Demeter Fragrance Library'. Ia bermakna produk ini mempunyai rangkaian pewangi yang berbilang aromanya yang terdiri daripada 300 wangian berbeza.... macam buku-buku di perpustakaan kan?

Dan 'Demeter' pula adalah nama yang diberikan sempena nama dewi 'pertanian'  oleh pengasasnya dari Amerika Syarikat, Christopher Brosius dan Christopher Gable sejak tahun 1996 yang diinspirasikan daripada aroma pelbagai flora dan fauna serta alam sekeliling yang terdapat di  ladang Pennsylvania.

Demeter dihasilkan dengan tujuan memberikan aroma yang diinginkan manusia untuk mengimbau memori bahagia dalam kehidupan mereka.

Kak Fas pasti korang ada menyimpan memori terindah dalam hidup kan? Untuk memori indah itulah 'Demeter' dapat membantu korang mencipta aroma yang dapat mengenangkan kembali saat bahagia itu.

Barangkali kerana itulah, Kak Fas dan rakan media serta blogger yang hadir di majlis pelancaran 'Demeter' baru-baru ini diberikan peluang mencipta wangian tersendiri.

Terdapat 10 aroma disediakan untuk dicampur aduk meliputi floral musk, bonfire, dandelion, green tea, after the rain, grass, fresh lemon, wet garden, pink grapefruit dan peach & apricot.










Di antara itu, Kak Fas memilih tiga wangian - peach & apricot, pink grapefruit dan floral musk bagi mencipta parfum buatan sendiri yang Kak Fas namakan 'Iris Ivy'.

Harumannya 'sweet' ... emmmm... bau seperti aroma buah-buahan dan bunga seperti mana kandungan tiga  pewangi berkenaan.

Selain itu, Kak Fas juga agak tertarik dengan empat koleksi terhad yang dicipta berinspirasikan kepelbagaian kebudayaan Malaysia... dan sebagai orang Perak tentulah jenama IPOH menjadi pilihan.
















Edisi terhad ' The City' yang lain ialah  Kuala Lumpur,  Melaka dan Penang.

Pendekata, majlis yang berlangsung petang itu agak 'happening'.

Sebelum itu, pelancaran 'Demeter' disempurnakan bersama oleh Encik James Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Demeter Asia Pasifik; Encik Thoren Tan, Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia; Encik Danny Hoh, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia dan Encik Jason Park, Ketua Pegawai Eksekutif Finger Touch (M) Sdn Bhd.).

Selain edisi  terhad 'The City', turut diperkenalkan 6 wangian klasik seperti Crystal Rose, Sweet Baby, Something, White Musk, Icelandic Aurora dan Baby Powder. 

Dalam ucapan ringkasnya, James berkata, "“Asas Demeter Fragrance Library bermula dari memori. Otak kita menangkap setiap kebahagiaan kecil dalam kehidupan seharian kita apabila kita mengalami perkara-perkara baru dan menemui perasaan baru setiap hari. Dengan Watsons, kami berharap Demeter dapat memperluas pengaruh wangiannya dan membawa kembali gembiraan kenangan apabila pelanggan menggunakan minyak wangi kami. “

Ya... jika korang nak cuba wangian ini ia cuma boleh dibeli melalui Watsons Malaysia tau dan dengan itu menambahkan lagi pasaran global 'Demeter Fragrance Library' di mana 
haruman itu diekspot ke lebih daripada 20 negara dengan lebih daripada 350 cawangan di seluruh rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia, Hong Kong, Taiwan Thailand dan China. 

Kedai pertama Demeter terletak di Gangnam, Seoul, malah Demeter terdapat di lebih daripada 300 kedai di Korea. 

“Perniagaan wangian sering berubah mengikut masa, pengguna mencari kelainan tetapi dalam waktu yang sama berkehendakkan wangian yang lebih sesuai dengan pribadi. . Apabila membeli minyak wangi, pengguna kemungkinan besar akan mempertimbangkan wangian dengan nilai-nilai yang sangat menginspirasi dan daya tarikan kuat terhadap personaliti bau mereka. Ia adalah kualiti dan ciri-ciri yang baik bahawa botol minyak wangi mesti sesuai kepada si pemakainya.


"Demeter Fragrance Library tersedia secara eksklusif di kedai Watsons, para pelanggan boleh memilih wangian yang bersesuaian. Tawaran produk lain dari jenama Demeter termasuk krim tangan, lip balms dan lebih banyak minyak wangi akan direka dengan ciri yang berbeza. Bersempena dengan musim perayaan, Demeter Fragrance Library adalah hadiah yang sempurna untuk orang tersayang atau untuk diri sendiri,” kata Caryn Loh, 

Nah! Hebat tak? Selepas ini setiap memori ada baunya hihi...

Setiap botol Demeter dengan  kandungan 30ml sudah boleh diperoleh dari Watsons Malaysia yang terpilih serta dalam talian.

 Info lanjur boleh melayari laman social di bawah ini:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan