Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT DUO LAGENDA CIPTA SEJARAH PEMBABITAN WANITA PERTAMA MALAYSIA

Kredit: Mstar.

Buat julung kalinya, pentas berprestij Istana Budaya akan bergema dengan kelunakan gesekan biola Wanita Pertama Malaysia,Tun Dr. Siti Hasmah Hj Mohamad Ali pada Konsert Duo Lagenda Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir yang akan berlangsung di Malam VVIP pada 22 Disember 2018 ini.
Isteri Perdana Menteri Malaysia itu akan mengalunkan muzik daripada biolanya mengiringi persembahan Jamal dan M. Nasir.
"Sepatutnya, persembahan bersama Tun  hanya untuk lagu "Gubahan Ku' sahaja tetapi Tun menambah lagi dua buah  lagu dengan memilih lagu "Kau Laksana Bulan" dan 'Fatwa Pujangga' secara instrumental," ujar Jamal ketika ditemui pada temuramah khas yang diadakan semalam. 

Turut hadir, penyanyi undangannya berasal Australia, Cassidy Anderson atau lebih dikenali dengan jolokan nama Cassidy Le Creme.

Menurut Jamal, beliau amat terharu apabila Tun sendiri mahu menambah dua lagi lagu dan perkhabaran baik itu disuarakan Tun sendiri ketika hadir ke sesi latihan yang diadakan selama dua jam di kediaman beliau semalam.

Segmen khas bersama Tun Dr SIti Hasmah itu bagaimana pun hanya akan disaksikan pada malam ketiga Konsert Duo Lagenda yang akan bermula pada 20 hingga 23 Disember 2018 ini.
Melalui konsert yang dinamakan Malam VVIP  pada 22 Disember itu,  bakal menghimpunkan ahli korporat, tetamu kehormat serta pihak swasta  di mana segmen persembahan khas Tun Dr. Siti Hasmah bakal dibuka untuk tajaan.
"Wang yang dikumpul daripada pihak penaja akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan di bawah naungan Tun," tambah Jamal yang nampak begitu teruja dengan komitmen diberikan Tun Dr. Siti Hasmah yang bersedia mengundang guru muziknya untuk berlatih.
Dalam pada itu, Konsert Duo Lagenda ini turut mencipta sejarah bagi Jamal sendiri yang juga buat pertama kalinya berkongsi pentas dengan sifu Datuk M. Nasir, biar pun mereka berdua pernah berduet melalui lagu 'Ghazal Untuk Rabiah".
"Saya mahu berkerjasama dengan M. Nasir kerana dia seorang lagenda dalam industri muzik tanah air," ujar Jamal yang akan berduet dengan M. Nasir  melalui empat buah lagu iaitu 'Kepadamu Kekasih', 'Kiambang',  'Malam'.dan sudah tentu 'Ghazal Untuk Rabiah'.
Selama empat jam, penonton akan dibawa melayari lebih dari 20 lagu-lagu malar segar daripada Jamal dan M. Nasir antaranya seperti Penghujung Rindu, Takdir Penentu Segala (lagu favourite Kak Fas hihi), Di Sudut Kamar Hati dan Kau Lupa Janji manakala lagu-lagu M. Nasir pula antaranya Sekutum Bunga Plastik, Mustika, Keroncong Untuk Ana dan lain-lain.
Pendekata, kekuatan muzik Jamal yang lebih ke arah genre pop manakala M. Nasir berlatar belakang muzik Nusantara rock dan pop pasti menjanjikan gandingan luar biasa apatah lagi persembahan mereka dihebatkan dengan iringan 21 orang pemuzik profesional diketuai oleh pengarah muzik, Raja Shah Raja Sari.
Selain kekuatan vokal kedua penghibur ini, konsert juga menjanjikan kepuasan buat penonton dengan penggunaan skrin LED, 'stage mobile' dan kesan khas bagi membangkitkan mood pada lagu.
Sementara itu, buat pertama kalinya juga bagi penyanyi undangan mereka, Cassidy Anderson berpeluang berada di pentas IB waima menjadikan impiannya satu realiti.
"Saya pernah memberitahu ibu saya ketika melalui Istana Budaya beberapa kali bahawa satu hari nanti saya akan bernyanyi di pentas berprestij ini," kenang Cassidy dalam bahasa Malaysia yang loghat 'mat salleh'.
Dan sudah tentu Cassidy berasa begitu teruja dapat undangan daripada Dato Jamal untuk bernyanyi pada Konsert Duo Lagenda berkenaan.
Cassidy dijangka menyampaikan sebuah lagu solonya dan berduet dengan Jamal melalui lagu "Sandarkan Pada Kenangan' serta lagu 'Dua Insan' bersama M. Nasir.
Dalam pada itu, satui lagi segmen khas yang bakal disaksikan penonton buat pertama kalinya juga di mana Jamal akan mengundang anaknya, Osama untuk bermain gitar sambil beliau menyampaikan lagu 'Seniman Menangis".
"Pada segmen ini hanya nyanyian saya dan gitar Osama akan bergema tanpa iringan muzik lain," tambah Jamal yang bangga dengan pencapaian Osama bermain gitar. 
Konsert Duo Lagenda yang dianjurkan oleh Bin Jamal Event dan dibawa khas oleh Shapadu ini menyaksikan jualan tiket sudah mencecah 70% dan hampir ke arah 'sold out'.
Jadi peminat Jamal dan M. Nasir mahu pun yang ingin menonton Cassidy, yang ala-ala pelakon lagenda Hollywood, Marilyn Monroe ini, apa lagi cepat membuat tempahan melalui www.ilassotickets.com atau hubungi 03-21706333.
Tiket-tiket berharga RM1,000 (Golden Seat/VVIP); RM558, RM458, RM358, RM258 dan RM158 yang khabarnya laris dijual bagaikan goreng pisang panas.
Keterangan lanjut boleh berhubung dengan pihak pengurusan promosi, Mewah Event Management di talian 0122166873 (Aida Husin).
Media bersama Jamal, Cassidy dan Aida Husin (dua dari kanan) pada sesi temuramah eksklusif semalam.
Corat-Coret:


  • Jamal berazam untuk berusaha memperoleh cahaya mata bersama isterinya tahun hadapan setelah Zai Izzati Khiruddin, 24, mengalami keguguran sebanyak tiga kali. Mereka bernikah pada 1 April 2017.
  • Jamal larang isterinya, Zai melayan social media terutamanya Instagram kerana tidak suka setiap aktiviti peribadi jadi bualan dan tontonan netizen. "Kadang tu saya terpaksa rampas telefonnya dan campak!"
  • Jamal tidak mahu isterinya bekerja tetapi menemaninya kemana sahaja dia berada. Katanya, disebabkan perbezaan usia yang jauh kadang kala timbul perselisihan fahaman dan pendapat yang membawa kepada pertengkaran kecil. Iya lah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ya tak?
  • Cassidy Anderson dedah masih meminati lelaki Melayu setelah putus berkawan dengan lelaki Melayu Singapura. "Ada sesiapa nak saya..." guraunya.
  • Cassidy pernah berpuasa dua kali pada bulan Ramadan. Cabarannya katanya,"tak makan ok tetapi tak tahan bila dahaga".
  • Cassidy akan menghasilkan single terbaharu tahun depan dengan kerjasama Aliff Sleeq. Tetapi judulnya 'biarlah rahsia...." katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan