Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JAMU MATA DI 'FTA', JAMU SELERA DI 'FATIMAH FOOD'

 Ab Ghani bersama selebriti undangannya Ayu Damit (kiri), Syafeek Iqwan dan Reyhana Yunus.. Foto Megat.

Asalnya kafe ini dibuka tiga tahun lalu sekadar suka-suka. Namun, biasalah apabila dah lama berkecimpung tentu sayang pula hendak diabaikan waima mendapat sambutan sekali gus menambah rezeki kehidupan harian ya tak?

Apatah lagi jika darah yang mengalir di dalam tubuh mewarisi  jejak langkah keluarga berasal Kelantan yang terkenal bijak berniaga.

Dan atas kesinambungan perniagaan itulah terhasilnya sebuah kafe yang dinamakan “Fatimah Food” sempena nama ibunda mertua tercinta, Datuk Ab Ghani Salleh.

Terletak di Aras 4, Bangunan Busana MARA, Kuala Lumpur, di satu sudut terpampang logo ‘Fatimah Food’ pada dinding lengkap poster mempamerkan hidangan'signature' nya, Nasi Kerabu dan Nasi Dagang.

Turut menjadi pilihan ramai Nasi Lemak serta Laksam, termasuk jualan beraneka jenis snek seperti kacang, kuih muih mahu pun pes nasi dagang serta sos tiga rasa.

Emm... Kak Fas yakin tengok sahaja hidangan lauk pauk yang disediakan memang terasa nak makan kesemuanya tetapi apa kan daya perut mampu memilih salah satu daripadanya sahaja dan Kak Fas memilih Nasi Dagang sebagai hidangan utama sementara merasai bak secubit lauk pauk lainnya. 

Sejujurnya, ini pertama kali Kak Fas rasa Laksam dan ' ulalaaaa..... memang sedap' Kuahnya  pekat dan adunannya yang dilengkapi ulam-ulaman berhiaskan bunga kantan cukup menyelerakan Bila hirup sikit menyesal pula tak makan semangkok haha...

Selalunya hidangan 'laksam' ini memang jarang dijual dan Kak Fas sering nampak ia dijual di kedai mamak tetapi sudah tentu lain rasanya malah tak berani nak 'order' dan sebab itu juga Kak Fas agak was -was nak minta Laksam sebagai hidangan utama hihi...

Tetapi bila rasa dan hirup kuahnya yang pekat dan lazat ia akan menjadi menu pilihan kedua bila singgah sekali lagi nanti inshaAllah! Begitu juga dengan nasi kerabu, Kak Fas hanya mampu mencuit milik teman blogger, Halimah yang duduk sebelah, Pun sedap.

Apa pun Nasi Dagang yang Kak Fas pilih tidak kurang memenuhi citarasa perut. Kak Fas memang suka nasi dagang yang dihidangkan bersama ikan dan acar.

Menambah  keenakan selera petang itu, minuman istimewa, 'Honey Lemon' atau  limau madu membuat tekak rasa sejuk dan hilang dahaga.

Kenapa istimewa? 

Sebab ia diisi sekali dengan serat bijian limau menambahkan lagi rasa jus minumannya.

Samada sejuk atau panas, minuman air limau madu yang menurut Datuk Ghani diimpot dari luar negara memang sedap. Jarang Kak Fas jumpa minuman limau madu berserat macam ni.

Melihat kepada letaknya kafe ini disatu sudut bersebelahan sebuah butik yang dinamakan "First Time Around" (FTA), hati mula tertanya-tanya kenapa ada butik di sebelah restoren?

Rupa-rupanya, butik berkenaan juga diasaskan Datuk Ab Ghani. 

Menariknya nama yang catchy itu membuatkan Kak Fas berkata, ' memang betul ini pun 'first time around' Kak Fas datang ke Busana MARA ini..." hihi. Tepat dengan namanya kan?

"Memang itulah idea saya, mereka yang datang sini untuk pertama kalinya diharap akan kembali," balas Ab Ghani yang nampak begitu 'fashionable' juga gayanya dalam baju 'koyak--koyak' (seperti katanya).

Menurut Datuk, beliau mahu menerapkan konsep ' Hard Rock Cafe' yang menyediakan makanan dan butik sekali gus. Namun belum mempunyai ruang yang luas ke arah itu apatah lagi konsep sedemikian kurang mendapat sambutan rakyat Malaysia.

"Jadi terpaksalah diletak kedua-duanya bersebelahan agar selepas menjamu selera boleh pula menjamu mata atau sebaliknya," cerita Abdul Ghani.yang turut ditemani rakan kongsinya, Encik Asri.

Di butik "First Time Around" pelanggan boleh memilih antara bag tangan atau pun kemeja t bercorak flora fauna berwarna-warni. Dengan kualiti produk bermutu serta mampu milik pada harga antara RM40  hingga RM300 apa lagi yang tidak memuaskan hati.

Kak Fas tengok pun memang cantik malah aksesori berupa gelang tangan yang diimpot dari India pun menarik pandangan. Kira eksklusiflah kerana ia hanya dijual di butik berkenaan.

Sudah tentu minat Datuk Ghani merantau ke luar negara memberikan beliau peluang membawa pulang produk yang boleh menarik perhatian pelanggan.

"Saya memang suka bercuti ke luar negara. Jadi sambil makan angin saya bawa masuk produk yang dirasakan sesuai untuk pelanggan Malaysia," tambahnya.

Ya lah.. jauh perjalanan luas pandangan ya tak. Betul lah tu apa yang dinyatakan.

Apa pun kemeja t yang direka khas agak menarik perhatian ramai waima dengan harga RM40 ia satu pembelian yang berbaloi. Tengoklah gambar kami dengan baju t pilihan masing-masing... cantikkan... terima kasih daun keladi semoga murah rezeki!

Kak Fas yakin rezeki Ab Ghani dilimpah berganda apabila beliau tidak lokek memberi. Terserlah sifat pemurahnya apa tah lagi apabila diberitahu setiap lauk pauk berlebihan yang dimasak di Fatimah Food akan disedekahkan kepada rumah tahfiz, masjid atau  fakir miskin dan gelandangan.

Apabila operasi kedai yang dibuka dari jam 7,30  pagi hingga 5.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat berakhir, segala lauk pauk yang tidak habis akan disumbangkan kepada golongan tidak mampu berkenaan.

"Saya pentingkan kualiti dan kesihatan. Kami memasak setiap hari dan apa sahaja lebihan lauk tidak akan dibawa ke keesokan harinya," ujar Datuk.

Ternyata sifat sedekahnya itu membawa keberkatan apabila ditawarkan membuka outlet Fatimah Food oleh pengurusan SOGO KL.

"Kami tidak sangka dapat tawaran tersebut pada hal kami tidak memohon pun," itulah rezeki namanya," luah Ab Ghani dalam nada kesyukuran.

Ditanya perancangan tahun 2019, Datuk Abdul Ghani berharap dapat menembusi pasaran secara dalam talian sejajar dengan perkembangan teknologi moden sekarang.

"Kami bersedia menerima sesiapa yang mahu menjadi ejen jualan produk Fatimah Food atau pun dari butik untuk jualan secara dalam talian," Datuk Abdul Ghani menyuarakan harapan.

Memasang angan-angan mat jenin mahu membuka cawangan di kompleks tersohor Pavilion sambil ketawa Abdul Ghani memberitahu, "saya dan isteri mempunyai kpi yang perlu dicapai untuk merealisasikan impian itu'.

Kak Fas yakin dengan usaha dan kegigihan perniagaan keluarga ini, angan-angan mat jenin itu tidak mustahil menjadi kenyataan apatah lagi jika 'Fatimah Food' sentiasa kekalkan kelazatan pada masakan air tangan isteri tercinta, Datin Zainab Che Wok ini waima jualan dari  "First Time Around' turut menghasilkan produk berkualiti terhad yang hanya boleh diperoleh di butik itu sahaja.

Apa pun untuk maklumat lanjut boleh berkunjung ke #KafeFatimahFood dan  butik #FirstTimeAround beralamat di Aras 4, Busana Menara MARA, Jalan Tuanku ABdul Rahman, Kuala Lumpur.

Waktu perniagaan: Buka 7.30 [agi – 5.30  petang (Isnin - Jumaat sahaja)

Nombor telefon: 019-3764222. atau emel ke fatimahfood@yahoo.com mahu pun 
Emel: curatedkl@gmail.com
Fatimah Food turut menyediakan Khidmat Penghantaran Makanan: melalui Honestbee & FoodPanda.

Laman FB: www.facebook.com/fatimahfood/
Instagram: www.instagram.com/kafefatimahfood
Instagram: www.instagram.com/firsttimearoundofficial/


Kak FAS : Puas hati dengan layanan dan kemesraan Datuk Abd Ghani Salleh yang mesra sangat orangnya waima sempat pula bertemu rakan selebriti yang dah lama tak jumpa seperti Ayu Damit dan Reyhana Yunus

Ini antara gambar-gambar yang sempat dirakam di persekitaran....






@abghanisalleh @kafefatimahfood @firsttimearoundofficial @foodpandamy  #KafeFatimahFood #FirstTimeAround  #FoodPanda #HonestBee.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan